Showing posts with label Jalan Juang. Show all posts
Showing posts with label Jalan Juang. Show all posts

Protes Tunisia Merebak ke Mesir

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

POLIS menggunakan semburan air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mendesak Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di Kaherah semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KAHERAH – Sekumpulan aktivis menggunakan rangkaian sosial di Internet bagi meminta tunjuk perasaan diadakan lagi selepas ptotes terbesar diadakan kelmarin sehingga awal pagi semalam.


Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun atas dakwaan rasuah, penindasan dan pengangguran.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri memberi amaran bahawa polis tidak akan berlembut dengan tunjuk perasaan itu.

Ribuan anggota polis ditempatkan semalam di bandar raya ini bagi berdepan dengan tunjuk perasaan yang diilhamkan daripada gerakan demonstrasi di Tunisia sehingga menyebabkan bekas Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri.

Protes di Tunisia itu memuncak selepas seorang peniaga sayur-sayuran membakar dirinya bagi memprotes rasuah yang berlaku di negaranya.

Zine El Abidine dibenci rakyatnya kerana amalan rasuah yang berleluasa dan pembolotan harta oleh kaum keluarga dalam perniagaan manakala kadar pengangguran meningkat di Tunisia.

Protes di Mesir turut berlaku disebabkan kematian seorang lelaki, Khaled Saad yang menurut saksi-saksi dan keluarganya dipukul oleh dua anggota polis di Iskandariah pada tahun lalu.

Polis menyatakan kira-kira 200 anggota penunjuk perasaan ditahan awal semalam dalam pertempuran dengan anggota-anggota pihak berkuasa di sini dan di beberapa lokasi di Mesir.

– Agensi

Link : Kosmo Online

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Tulisan al-Maududi : Guru-guru Yg Dicurigai Merbahaya Kpd Islam

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Segala puji bagi Allah... Suka saya mahu kongsikan salah satu tulisan dari Abul 'Alaa al-Maududi, seorang tokoh gerakan Islam dari Pakistan. Beliau seorang intelektual Islam yang serba-boleh , punya peribadi yang unggul, seorang pemimpin pergerakan Islam yang sangat komited dalam gerak kerja dakwah dan dihormati kewibawaannya oleh ahli gerakan bahkan oleh pihak lawan.

Tulisan asal beliau yang bertajuk " Peranan Pelajar ( saya mentakrifkan mahasiswa) " hanya saya sentuh berkenaan tentang -Guru-guru ( Lecture di universiti-universiti ) yang Dicurigai Merbahaya Kepada Islam. Seperti mana yang kita tahu bahawa Konspirasi Freemason untuk menguasai bangsa-bangsa dunia ialah dengan menghancurkan generasi pemuda baik dari segi agama, syaksiah, fikrah dan sebagainya. 

 Kerana mereka sangat yakin bahawa dengan musnahnya generasi pemuda hari ini, akan hancurlah masa depan agama, bangsa dan negara. ~ Syababul Yaum, Rijalul Ghad ( Pemuda Hari Ini ialah Pemimpin Masa Depan )

Jadi , tulisan Abul 'Ala al-Maududi mengajak para remaja, khususnya mahasiswa agar berhati-hati terhadap perancangan musuh Islam yang ingin menghancurkan umat pilihan ini dengan segenap cara.

-------------------------------------------------------------------------------

GURU-GURU YANG DICURIGAI MERBAHAYA KEPADA ISLAM


Di pusat-pusat pengajian tinggi kita, terdapat sekumpulan guru-guru ( tenaga pengajar ) yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam di kalangan mahasisiwa. Mereka sentiasa berusaha menerangkan kepada mahasiswa-mahasiswa bahawa agama Islam itu tidak mempunyai tamadun, tidak mempunyai kemajuan, tidak mempunyai dasar-dasar politik dan ekonomi. Kalau pun ada, maka itu tidak sesuai lagi dengan tuntutan masa sekarang.Mereka berkata bahawa undang-undang Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan zaman kemajuan sekarang.

Orang-orang Islam menurut mereka tidak pernah mencatit peristiwa kepahlawanan dalam lembaran sejarah. Pahlawan-pahlawan yang kita dengar selama ini adalah dari orang-orang yang bukan Islam. Jaguh-jaguh segala ilmu pengetahuan dan bermacam-macam kesenian dan sastera, juga pereka-pereka alat sains moden semuanya dari orang-orang yang bukan Islam.

Di sini sukalah saya berkata dengan terus terang bahawa tenaga pengajar yang mengajar pelajaran-pelajaran seperti ini kepada mahasiswa-mahasiswa kita dan menuangkan fikiran-fikiran sempurna ini, mereka itu adalah pengkhianat..!! Bahkan mereka itulah pengkhianat dan seteru yang paling buruk kepada negara-negara Islam, kerana merekalah yang menghapuskan tamadun Islam atau dengan lain perkataan merekalah yang berusaha untuk menghancurkan negara.

Alangkah buruknya nasib bangsa yang generasinya dididik oleh pengkhianat-pengkhianat seperti ini. Dan perkara yang lebih membahayakan dari hal ini ialah terdapat juga beberapa jabatan di pusat-pusat pengajian tinggi di setengah-setengah negara Islam dikendalikan oleh tenaga pengajar bangsa Amerika ( orang barat ) dan pakar-pakar pengajian timur ( liberal, sekular dan seumpamanya ).

Paling malang lagi mereka ini mengendalikan Jabatan-jabatan Pendidikan dan ilmu kemasyarakatan. Mereka itu tidak silu-silu mencurahkan tenaga mereka untuk merosakkan generasi kita dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan kemasyarakatan. Tidakkah ini membunuh diri namanya..??


KEAIBAN SISTEM-SISTEM PELAJARAN

Kerajaan kita juga harus memikirkan: Bagaimanakah cara kita boleh menghapuskan keaiban yang terdapat dalam sistem pelajaran dan pendidikan kita? Ada pun pengetahuan-pengetahuan dan kesenian yang diajar di negara-negara Islam sebenarnya tidaklah ada cacatnya, Apa yang merosakkannya ialah orang-orang yang mengendalinya itu tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya.

Oleh sebab itulah mereka menciptanya dengan cara yang dengan sendirinya menimbulkan di kalangan mahasiswa-mahasiswa perasaan tidak percaya kepada alam semesta dan apa yang ada di dalamnya ini tumbuh. Dengan itu pelajar-pelajar akan memikirkan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya
tanpa kehendak pihak yang mentadbirkannya, berjalan tanpa dikuasai oleh sesiapa dan di sana tiada Tuhan yang menjadikannya, menguruskannya dan mengatur perjalanannya.

Begitu juga tanggapan yang menjadi asas pengetahuan ini ialah: Bahawa manusia itulah tuan dan pengarah kepada dirinya. la tidak lagi memerlukan Tuhan untuk memberi petunjuk kepadanya, bahkan pertunjuk dari Tuhan itu dianggapnya tidak ada. Kedua-dua tanggapan inilah yang mencabut tamadun
Islam dari akar umbinya.

Maka berkewajipanlah kita mengubah aliran ini dalam mencipta setiap pengetahuan secara aliran baru yang berasaskan iman kepada Allah. Tidaklah dapat dipertikaikan lagi bahawa kita semua wajib melibatkan diri untuk mengkaji segala pengetahuan, seperti falsafah dan ilmu kemasyarakatan. Kita juga harus melibatkan diri untuk mengkaji setiap cabang pengetahuan serta mengambil faedah dari maklumat-maklumat yang telah dihasilkan oleh manusia dalam peringkat-peringkat sejarah.

Tetapi sekiranya kita mahu hidup kekal sebagai orang Islam maka wajiblah kita mempelajari pengetahuan-pengetahuan ini dengan syarat sesudah pengetahuan itu diislamkan. Tidak syak lagi bahawa pengetahuan ini dalam bentuknya yang ada sekarang ini akan mengkafirkan kita, samada kita mahu
atau tidak. Inilah masalah pokok bagi sistem pelajaran kita sekarang. Sekiranya ia lekas difahami dan diubati maka akan hampirlah kita kepada kebajikan dan kebahagian.

Ramai orang hairan dan dukacita apabila mendengar pendapat ini. Mereka berkata: Adakah ilmu pengetahuan praktikal (yang memerlukan ujian dalam bilik makmal) itu mempunyai hubungan dengan ugama Islam..??. Mereka bersuara demikian sekalipun mereka telah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang telah berlaku di Rusia yang menyeru kepada konsep sovit bagi ilmu pengetahuan praktikal.

Dengan nama Allah, katakanlah kepada saya wahai saudara-saudara sekalian: Jika ilmu pengetahuan praktikal itu tidak ada kaitannya dengan agama Islam, maka adakah ianya pula mempunyai kaitan dengan Marxsism?.

Mana-mana anggota masyarakat komunis tidak mahu mempelajari ilmu pengetahuan, falsafah, sejarah dan ekonomi yang bercorak borjois, tetapi orang-orang itu mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan tersebut yang sudah dicelup dengan fahaman Marx dengan tujuan akan lahirlah dengan banyaknya ulama-ulama dan pakar-pakar sosialis.

Masyarakal sosialis tidak akan kekal tegak atas dasar-dasarnya sekiranya pelajaran yang dicipta mengikut acuan borjois dibenarkan diajar dalam pengetahuan masyarakat mereka. Bahkan sudah menjadi kebiasaan bahawa setiap orang yang mempunyai tamadun dan cara hidup yang tertentu tidak rela anak-anak mereka dididik dengan ilmu pengetahuan dan kesenian yang dicipta oleh orang-orang yang menentang tamadun dan cara hidupnya yang tersendiri. Kerana ini ertinya, akan menghapuskan identitinya serta meresapkannya ke
dalam bentuk yang lain.

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Air Mata Mereka, Mereka Telah Lama Berduka..

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Al-Quds tanah wakaf yang tidak mungkin menjadi milik musuh-musuh Islam..!! Hatta HARAM untuk dipijak oleh seorang kuffar pun.. Ingatkah oleh mu, setiap siri perjuangan untuk membebaskankanya seperti peperangan Khaibar, Mu'tah, pengutusan pasukan Usamah bin Zaid, peperangan Ajnadain, peperangan Yarmouk dan banyak lagi siri peperangan lainnya yang membuktikan ianya bumi para syuhada' yang berjuang bermati-matian untuk membebaskannya. Di mana perjuangan kita untuk al-Quds..??

Ramai yang tidak dapat membezakan di antara isu bangsa dan agama.. Bukankah Islam tidak membezakan yang mana arab dan yang mana bukan..??  Bukankah kita diikat dengan ikatan ukhuwah di bawah panji Islam..?? Bukankah merah darah yang mengalir di dalam tubuh kita berasas dari warna akidah yang satu..!!
Tiada ikatan yang lebih utuh dan mulia di sisi Allah melainkan ikatan persaudaraan atas nama akidah Lailaha Illa Allah wa Muhammadur Rasulullah..!!

Wahai saudaraku seakidah sekalian..Saudara-saudara Islam kita di sana sedang menderita. Kezaliman yang dilakukan kafir laknatullah ke atas mereka benar-benar menyiksakan. Setiap hari air mata mereka menitis. Air mata itu menjadi saksi kepayahan juga keperitan mereka berjuang demi hidup dalam kemuliaan Islam dan bejihad demi meninggikan kalimah Lailaha Illa Allah wa Muhammadur Rasulullah walaupun mereka mencintai syahid.

Wahai saudaraku..Sedarlah, hati kita yang hitam dan bernoda dosa ini tidak mungkin merasai kesakitan yang telah dirasakan mereka. Hati kita yang sekeras kerikil ini tidak mungkin sama sekali merasa belas kasihan dan rendah hati apabila melihat tangisan penderitaan mereka. Semuanya kerana DOSA yang telah kita lakukan dalam sehari-hari kita..!!

Tidaklah sama sekali melainkan sebaliknya..!!.Kerana hati orang-orang yang beriman itu sangat halus dengan perasaan saudaranya sendiri. Mereka sangat kasihkan saudara mereka seperti mereka mengasihi diri mereka sendiri..Suka dan duka saudaranya adalah kebahagiaan dan kesakitan dirinya sendiri.

Wahai saudaraku..Lihatlah..Pandanglah ke luar sana.. Abang,kakak,adik-adik, ibu bapa,pakcik makcik, atuk dan nenek saudara seagama kita dizalimi dan dicabuli.. Marilah kita membantu mereka dengan segala daya dan cara. Hadirkanlah mereka dalam setiap doa kita. Semoga doa itu memberi kekuatan kepada mereka yang telah lama berduka..

Ya Allah.. Bantulah aku terhadap jiwaku yang zalim, yang sering mengajak kepada keburukan dan kejahatan. Lunakkanlah dan rendahkanlah hatiku untuk mencintai saudara-saudaraku.. Tolonglah mereka menghadapi musuh-musuh Mu.. Kuatkanlah mereka dengan Qahhar Mu dan hancurkanlah musuh-musuh Mu yang zalim.Amin Ya Rabbal 'Alaminn...

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Kami Mahukan Kamu Menjadi PEMUDA Itu..!!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

As-Syaikh Mustafa Masyur ada menyebut :

" Kami mahukan kamu ( pemuda-pemuda ) sebagai  
" Rijal Aqidah "
, bukan " Rijal Kalam (percakapan ) " atau " Rijal Jidal (pertengkaran ) ".
Rijal-rijal Jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran - lembaran buku sahaja 
atau setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja 
atau kamu menghukum orang-orang selain dari kamu
dengan fasiq, kufur atau syirik. 
Kami mahukan kamu menjadi para du'at bukannya sebagai penghukum..!! 
Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan
, yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah serta tetap hati.."

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Kekaguman Seorang Failasuf Barat Terhadap Baginda Nabi s.a.w

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Kata-kata George Bernard Shaw - Failasuf Inggeris

" Sesungguhnya agama Muhammad menjadi tempat penghormatan
yang tinggi, kerana di dalamnya mempunyai kekuatan yang
mengkagumkan. Itulah satu-satunya agama yang mempunyai
kemampuan untuk mencerna kondisi kehidupan yang bermacam-
macam. Saya merasa wajib untuk memberi gelar kepada
Muhammad sebagai juruselamat kemanusiaan. Dan bila
seorang lelaki seperti dia mengendalikan dunia moden,
tentu akan berhasil memecahkan persoalan-persoalan
dunia..."

" Jika ada mana-mana agama yang dapat menjadi pilihan
di England mahupun Eropah dalam masa 100 tahun
akan datang, ianya hanyalah Islam.."

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Sangat Mengesankan : Video Kartun Budak Palestin

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Bekerjalah Untuk Kebangkitan Islam..!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Minggu ini saya dan teman-teman diminta menghadamkan kitab al-Muntalaq karangan Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Kitab yang amat bagus.

Gaya bahasanya agak ringan namun pengisiannya  sangat mendalam. Walaupun pada asalnya kami hanya merumuskan secara ringkas hasil bacaan dan berkongsi.

Saya ingin menceritakan serba sedikit, apa yang telah penulis sampaikan di dalam bab 1: Kita Menolak al-Hawa' di bawah subtopik : Jiwa Yang Beriman Itu Peka dan Sensitif  .

Penulis mengatakan sikap seorang mukmin itu harus berwaspada dari mengkafirkan orang lain namun ianya tetap tidak menghalangnya dari melihat pelbagai penyelewengan yang berlaku.

Sementelah sebelum tahun-tahun terakhir abad Pertama Islam berlalu, penyelewengan telah mula meresap masuk ke dalam generasi pemerintahan umat Islam yang bakal menggantikan generasi Pertama yang unik- Generasi Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Umat Islam mula kendur semangat jihad dan berlengah-lengah dalam berjuang. Penyelewengan juga telah berlaku. Namun, Allah telah menganugerahkan dan melahirkan seorang pemimpin Islam yang wibawa iaitu Khalifah Umar Abd Aziz untuk memimpin umat pilihan ketika itu.Beliau dikurniakan jiwa yang tinggi.

Beliau melihat sedikit penyelewengan dan berlengahan dari dakwah dan jihad itu sebagai tanda awal berlakunya penyelewengan dari kebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang daya juangnya lalu beliau berkata dengan nada dukacita :
 

”Sesungguhnya aku sedang merawat satu urusan yang tiada siapa dapat menolongnya
kecuali Allah. Sesungguhnya di atasnya telah mati orang tua, orang yang kecil telah
membesar, orang Ajam25 telah mahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah berhijrah
sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak
melihat kebenaran selain daripada itu.”

Begitu langsung khalifah Umar Abd Aziz  bertutur dengan rasa sedih hati dan dukacita melihat keadaan umat Islam yang telah mula dicemari dosa-dosa walaupun ia kecil, sedikit bid'ah, kezaliman yang ringan dan mula wujudnya petanda gaya hidup mewah.

Itulah jiwa mukmin yang terlalu sensitif dan peka terhadap erti-erti keadilan dan kezaliman. Mereka sangat perihatin tentang keadaan saudara-saudara seakidah mereka. Justeru,mereka tidak mampu untuk membutakan mata dan mengelukan lidah mereka tatkala melihat cahaya dakwah yang asalnya bersinar terang di jiwa kaum-kaum mu'min mula padam sedikit demi sedikit.

Beberapa generasi telah berlalu selepas zaman pemerintahan Umar. Islam seterusnya didokong oleh pahlawan-pahlawan Islam dan para reformist. Tetapi sesetengah waktu lain, berlaku juga kelekaan. Hinggalah kita dapati umat Islam pada waktu ini tunduk kepada perancangan Yahudi dan negara-negara kafir.
 

Kekayaan mereka dirampas, iman menjadi lemah, neraca kehidupan mereka bertukar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga mendidik anak-anak orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam,berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.

Jadi, adakah anda pada saat ini sedang melihat penderitaan umat Islam yang terpedaya oleh tangan-tangan durjana yang ingin melupuskan agama kita..?? Saudara-saudara kita telah disuntik virus-virus sulit yang amat
bahaya. Akhirnya apa tindakan kita..?? Hanya mendiamkan diri dan menutup mata..??

Kita perlu bangkit bersama para pejuang agama yang tulus ikhlas ingin melihat kebangkitan Islam kali kedua. Awas dengan taktik-taktik sulit dan dakyah musuh-musuh Islam yang sangat merbahaya.

Bekerjalah untuk kebangkitan Islam..!! 

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Gambar Pak Samad Said menziarahi Memali

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Berikut ialah gambar lawatan Pak Samad ke Memali..














Berkelah makan tengahari di tepi sungai 'Dataran Dato' A Samad Said' di Kampung Becah Sawa, Baling















Ucapan motivasinya di Sekolah Menengah Agama Taufikiah al-Khairiah al-Halimiah, Padang Lumat














Terharu menziarahi makan syuhada di Parit Panjang.




















Menerima beberapa naskhah buku mengenai sejarah Peristiwa Memali dari balu as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud, Solehah Husin.
















Kelongsong bom asap yang digunakan pada Peristiwa Memali 1985 mengenangkan Pak Samad kepada Gerakan Mansuh PPSMI.















Inilah kali pertama saya melihat gambar beliau yang sebenar," ujar Pak Samad menatap gambar as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

19 November : Hari Memperingati Tragedi Memali

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Hari ini bertarikh 19 November 2010 adalah hari memperingati Tragedi Memali yang telah berlaku pada 19 November 1985. Telah 25 tahun peristiwa berdarah itu berlaku.Berikut ialah video yang telah merakam tragedi tersebut. Al-Fatihah kepada para syuhada' Memali.Semoga para arwah dikalangan para penghuni JannahNya.Aminn..



Korban Memali

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Islam itu INDAH dan MUDAH..

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Solat di mana-mana...




















Hanya kepada Allah S.W.T kami menyembah...
Dia lah Tuhan yang menciptakan Langit dan Bumi ini...
Dia lah Tuhan Yang Esa.. Tiada dua atau tiga..
 


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Kemenangan Buat Mahasiswa : Tahniah dan syukur buat kalian..

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar

Hari ini merupakan satu titik sejarah di dalam Gerakan Mahasiswa kini, 5 Mahasiswa UM yang disabitkan kesalahan khianat dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 2 hari ini.

Ini merupakan kejayaan semua mahasiswa yang mendokong dan menyokong perjuangan menegakkan keadilan buat seluruh mahasiswa. Kita yakin dan percaya, keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa kelima-lima mahasiswa yang dituduh ini tidak pernah melakukan jenayah sepertimana yang dituduhkan.

Seluruh mahasiswa mengucapkan syukur dan gembira di atas kemenangan ini dan bagi pihak yang masih mengekang mahasiswa saya sarankan agar Hentikan sikap memperbudak-budakkan mahasiswa.

Cukuplah mahasiswa dikenkang sebegini rupa dan sudah tiba masanya mahasiswa diberikan ruang yang sebebas-bebasnya untuk menyatakan pandangan.

Terima kasih sekali lagi buat seluruh mahasiswa dan masyarakat yang sentiasa berdoa demi kemenangan di dalam kes ini.

Sumber Asal :  Solidariti Mahasiswa

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

STUDENT POWER : Anda Mahasiswa Kelas Mana..??

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Suka untuk saya berkongsi dengan teman-teman pembaca sekalian.Pernah saya membaca suatu artikel di laman web.Kemudian,saya terjumpa berkenaan dengan ciri-ciri mahasiswa yang hidup di kampus.Jadi saya catatkan di sini untuk perkongsian yang sangat bermanfaat kepada kita.
----------------------------------------------------------------------------------

Tidak semua mahasiswa itu sama. Mahasiswa yang berani turun ke jalan hanya sebagaian kecil dari jumlah mahasiswa yang ada di kampus. Begitu juga dengan "aktivis", tidak semua mahasiswa berkenan menjadi seorang aktivis kampus. Mungkin hanya 10% dari jumlah mahasiswa yang mahu menjadi aktivis, sisanya....??

Dalam kehidupan kampus terdapat berbagai jenis jalan yang dipilih oleh seorang mahasiswa. Kalau boleh saya gambarkan ada 4 dunia pilihan mahasiswa sekarang :


1. Mahasiswa Aktivis
Adalah mereka yang aktif dalam kegiatan orginasasi kampus,baik organisasi ekstra maupun intra. Mereka mahu untuk berpikir tentang apa yang ada di sekitar mereka (fenomena sosial kemasyarakatan) dan bagaimana mereka mengatasinya. Mereka inilah yang umumnya turun ke jalan untuk berdemo menentang suatu hal yang mereka rsa tidak berpihak pada masyarakat (rakyat) kecil. Dalam dada mereka bergelora nilai-nilai idealisme dan semangat berjuang. Jumlahnya kecil....


2. Mahasiswa Study Oriented
Mereka yang hanya memikirkan tentang kuliah, bagiamana mendapat keputusan cemerlang, lulus cepat dan dapat pekerjaan. Mereka inilah yang dengan senang hati akan menerima tawaran kerja di luar negeri tanpa memikirkan keadaan di dalam negeri. Jumlahnya lebih banyak dari kalangan aktivis,...


3. Mahasiswa Hedonis
Mereka yang hanya sukakan kesenangan, memikirkan kepuasan peribadi, tanpa mahu memikirkan kuliah apalagi berjuang menegakkan nilai-nilai idealisme. Jumlahnya lebih banyak dari aktivis dan mahasiswa study oriented.


4. Mahasiswa Tidak jelas 

Mereka tidak tahu memilih yang mana. Jika sesuatu hal itu mereka rasa suka,mereka akan ikut. Tidak disebut aktivis, tidak juga disebut hedonis mahupun study oriented. Jumlahnya labih banyak dari aktivis namun lebih kecil bila dibanding dengan study oriented dan hedonis.

-----------------------------------------------------

Begitulah keadaan mahasiswa kita.Saya sentiasa memerhati keadaan hidup teman-teman mahasiswa baik di universiti tempatan mahupun luar negara.Masing-masing berbeza.Ada yang jenis aktif bermasyarakat dan aktif di kampus,disamping pelajaran tetap diutamakan.

Ada pula yang jenis terlalu mementingkan kuliah dan talaqqi sehingga tidak mahu bermasyarakat dan hidup dan kesatuan di bawah persatuan,walhal ilmu itu tidak dapat dipraktikkan secara syumul jika kita tidak terjun di medan masyarakat.Walaupun ada yang mendakwa,lapangan perjuangan sebenar adalah ketika kita telah tamat belajar dan bekerja.Bukankah di mana bumi dipijak,di situ Islam dijunjung..?? Dakwah dan gerak kerja Islam perlu kita laksanakan di mana sahaja kita berada.Tidak terhad kepada umur tertentu dan tidak bersyarat setelah kita bekerja.

Lebih memburukkan dan membimbangkan lagi,mahasiswa yang hedonis.Hiburan dan kesenangan lebih utama ketika masing-masing di usia muda.Apa yang mereka kejar ialah kepuasan diri.Tidak memberikan nilai tambah kepada kebaikan masyarakat,bahkan menambah buruk lagi kondisi masyarakat yang kian runcing dan parah dengan gejala-gejala sampah yang busuk.

Bertambah sedih dan memilukan lagi,bila melihat kepada mahasiswa yang tidak jelas prinsip dan matlamat hidup mereka.Mereka ini gagal menjadi mahasiswa.Tidak tahu peranan dan tanggungjawab mahasiswa sebenar.Lebih baik mereka ini keluar bekerja.Sekurang-kurangnya
menambah pendapatan dan membantu keluarga,dari duduk di kampus menghabiskan wang ibu dan bapa, padahal mereka tidak tahu peranan mereka selaku mahasiswa,belajar dan menyumbang jasa kepada kebaikan masyarakat.  


Fikir-fikirkanlah..Anda selaku mahasiswa berada di kelas dan tahap mana..?? Mahasiswa adalah seorang yang bijak memilih..!!


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Konsert Lambert : GAMIS bimbang dengan masa depan rakyat

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.
Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.
Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.
Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.
Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya.

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

JENAYAH TERANCANG TERHADAP MAHASISWA..!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


Pastikan anda menontonnya hingga ke akhir video..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Majlis Ulamak Indonesia pantau siaran televisyen

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendapati 11 rancangan televisyen disiarkan sepanjang 10 hari pertama Ramadan sebagai tidak bersesuaian dengan bulan suci umat Islam berkenaan.

Daripada pemantauan kita masih ada beberapa tayangan televisyen yang tidak seharusnya ditayangkan pada bulan ini.

Kami mencatatkan ada 11 tayangan, kata Wakil Ketua Pasukan Pemantauan TV Ramadan MUI Pusat, Imam Suhardjo. Suhardjo berkata, pemantauan MUI bertujuan mengawal kandungan program yang ditayangkan di televisyen, terutama sepanjang Ramadan. Pemantauan dilakukan sejak 11 hingga 21 Ogos.

Masih banyak tayangan TV memperlihatkan kekerasan fizikal dan psikologi sepanjang Ramadan ini, katanya.

Kekerasan fizikal terbabit antara lain menampilkan tayangan adegan memukul atau menghempas kepala seseorang. Biasanya perkara itu berlaku dalam program rancangan komedi.

Kekerasan psikologi ini biasa dilihat menerusi tayangan komedi yang memuatkan perbuatan saling mengejek, menghina dan mencaci. Ini mungkin akan ditiru, terutama oleh kanak-kanak, kata Imam.
Sekurang-kurangnya 11 tayangan yang dinilai tidak sesuai oleh MUI termasuk Wayang on Stage (AnTV), Fiesta Buka Puasa (AnTV), Layar Kemilau, episod Warok Ponorogo (TPI), Cerita Pagi (TPI), Layar Pagi (TPI), Mister Olga (RCTI), InBox (SCTV), Sinetron Ustad Jaka dan Surga Untukmu (Indosiar), Saatnya Kita Sahur (TransTV), Berita Pagi dan Selebrita Pagi serta iklannya (Trans7) dan Shalat Tarawih dari Masjidil Haram (TVRI).

Tayangan solat Tarawih sepatutnya amat positif. Tetapi teknik pemotongannya ketika imam sedang membaca surah tidak sesuai, katanya.

Bukan setakat program biasa, beberapa iklan turut dipantau MUI yang didapati tidak bersesuaian. Agensi

 Link asal

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

KADER DAKWAH



"Jika dakwah adalah nafas yang terhembus di setiap saat,
maka jagalah ia,agar ia tetap terhirup & kita tetap hidup kerananya...
Jika dakwah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan,
maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan pencak...
Jika dakwah adalah jalan yang panjang,
maka janganlah berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yang terang-benderang.....
Jika dakwah adalah bunga,maka sebarkanlah rekahannya agar ia terus menebarkan wangi ke seluruh penjuru dunia
"

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI