Majlis Ulamak Indonesia pantau siaran televisyen

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendapati 11 rancangan televisyen disiarkan sepanjang 10 hari pertama Ramadan sebagai tidak bersesuaian dengan bulan suci umat Islam berkenaan.

Daripada pemantauan kita masih ada beberapa tayangan televisyen yang tidak seharusnya ditayangkan pada bulan ini.

Kami mencatatkan ada 11 tayangan, kata Wakil Ketua Pasukan Pemantauan TV Ramadan MUI Pusat, Imam Suhardjo. Suhardjo berkata, pemantauan MUI bertujuan mengawal kandungan program yang ditayangkan di televisyen, terutama sepanjang Ramadan. Pemantauan dilakukan sejak 11 hingga 21 Ogos.

Masih banyak tayangan TV memperlihatkan kekerasan fizikal dan psikologi sepanjang Ramadan ini, katanya.

Kekerasan fizikal terbabit antara lain menampilkan tayangan adegan memukul atau menghempas kepala seseorang. Biasanya perkara itu berlaku dalam program rancangan komedi.

Kekerasan psikologi ini biasa dilihat menerusi tayangan komedi yang memuatkan perbuatan saling mengejek, menghina dan mencaci. Ini mungkin akan ditiru, terutama oleh kanak-kanak, kata Imam.
Sekurang-kurangnya 11 tayangan yang dinilai tidak sesuai oleh MUI termasuk Wayang on Stage (AnTV), Fiesta Buka Puasa (AnTV), Layar Kemilau, episod Warok Ponorogo (TPI), Cerita Pagi (TPI), Layar Pagi (TPI), Mister Olga (RCTI), InBox (SCTV), Sinetron Ustad Jaka dan Surga Untukmu (Indosiar), Saatnya Kita Sahur (TransTV), Berita Pagi dan Selebrita Pagi serta iklannya (Trans7) dan Shalat Tarawih dari Masjidil Haram (TVRI).

Tayangan solat Tarawih sepatutnya amat positif. Tetapi teknik pemotongannya ketika imam sedang membaca surah tidak sesuai, katanya.

Bukan setakat program biasa, beberapa iklan turut dipantau MUI yang didapati tidak bersesuaian. Agensi

 Link asal

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Wujudkah Kelendar Jenayah..??

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Beginilah keadaan mutakhir tanah air tercinta kita.Bala dari tuhan bertimpa-timpa kerana maksiat yang tidak putus-putus dilakukan manusia.Selagi deenul Islam dan syariatnya tidak tertegak penuh dimuka bumi Malaysia,selagi itu jangan terlalu yakin hidup kita aman dari ditimpa pelbagai musibah dan bencana.Nauzubillah..Semoga Allah melindungi kita..

Kelendar Jenayah..??



Bunyinya begitu aneh sekali.Masakan tidak..!! Mana ada negara didunia ini mencipta taqwim jenayah untuk negaranya..Tetapi terima atau tidak,akur atau menolak.Kadar jenayah negara kita meningkat mendadak...kes demi kes.Apa resolusinya...?? Adakah undang-undang manusia yang dicipta hebat dulu masih tidak mampu mengawal semua yang berlaku..?? Tepuk dada tanya iman,bukan Aiman..

Untuk melihat banyak lagi Video Kelendar Jenayah.Anda boleh melihatnya di sini..

http://www.hmetro.com.my/Videos/jenayah_html
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Bingkisan untukmu: Kali kedua...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..



Buat teman-teman yang masih belum berjaya..Doa yang tidak putus ku panjatkan agar Allah kuatkan langkahmu untuk meneruskan perjalanan hidup.Kembara perjuangan ini terlalu berliku sebelum kita benar-benar tiba ke akhir destinasi.Keyakinan hati padaNya tidak mampu menggugahkan sekeping hati kerdil yang sentiasa bertimpa-timpa diuji.Kau,aku dan mereka sama... Ujian tetap hadir bila tiba masanya.. Sinar terang-benderang menanti di hujung sana... Senyumlah..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Mabuk Cinta

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Selamat Pulang buat delegasi Ramadhan di Gaza

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Selamat pulang ke tanah air buat rombongan Ramadhan di Gaza (RADIG) pada 17 Ogos baru-baru ini.Rombongan tersebut adalah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.Dengan izin Allah rombongan tersebut telah berjaya memasuki sempadan 'Arish-Rafah dalam destinasinya ke Gaza untuk melaksanakan misi kemanusiaan.Saya amat kagum melihat rombongan ini yang rata-ratanya sudah menjangkau usia 40-an,tetapi atas nama persaudaraan dan perjuangan,mereka sanggup menggagahkan tubuh mereka dan menguatkan jiwa semangat mereka semata-mata untuk bertemu saudara-saudara seIslam di Palestin.Begitu juga dengan ahli rombongan yang terdiri dari para intelek dan korporat selain peserta termudanya yang berusia 14 tahun.

Non-Muslim pun turut serta

Paling unik juga,rombongan mereka turut disertai seorang non-Muslim,seorang guru wanita Cina yang kami panggil mesra dengan nama Kak Yong.Biarpun dia masih belum memeluk Islam,namun sensitiviti kemanusiannya sangat menakjubkan,malah tidak keterlaluan saya kira,jiwanya lebih dekat dengan penderitaan umat Islam Palestin,perhatiannya sangat tajam terhadap isu-isu yang dihadapi sauadara-saudara kita berbanding warga Islam yang lain.Kalau tidak,masakan dia sanggup berbelanja sendiri beribu-ribu ringgit Malaysia semata-mata untuk bersama-sama rombongan ini.Jangan tak tahu,Kak Yong pun turut berpuasa bersama-sama sahabat rombongan yang semuanya beragama Islam.Semoga Allah berkenan mengurniakan dia hidayah dan petunjukNya..Amin..

Ramah mesra dengan pelajar Malaysia di Mesir

Sebelum berangkat pulang ke tanah air,rombongan sempat bertemu kami dan beramah mesra.Apa yang paling kami nanti ialah peluang mendengar pengalaman mereka yang amat berharga.Bukan senang untuk masuk ke semenanjung Gaza,berpuasa bersama-sama saudara Palestin dan mendekati mereka.Bertemu-muka dengan perdana menteri Palestin,Ismail Haniah.Melihat realiti keadaan tanah jihad tersebut yang dimusnahkan oleh puak Zionis laknatullah.Semuanya pengalaman tersebut tidak dapat ditukar dengan segunung emas.Saya hanya mampu berkongsi pengalaman yang mereka ada dan memasang cita-cita untuk menjejakkan kaki di tanah jihad tersebut.Mudah-mudahan Engkau makbulkan ya Allah..



Delegasi di Lapangan Terbang KLIA sebelum berangkat ke Cairo

Isu Palestin bukan isu bangsa arab,bukan isu negara arab.Bahkan ianya isu umat Islam global,isu saudara kita seIslam yang berjihad menentang Yahudi Zionis,isu mempertahankan masjid suci ketiga umat,Al-Quds.Di mana umat Islam dunia yang berpulh juta untuk membela saudara kita di tanah Al-Quds..??? Bangkitlah wahai jiwa-jiwa Islam yang merdeka...!!!


Wira Malaysia Mavi Marmara- Ashwad Ismail ( Astro Awani)
& Mustapha Mansor yang mendapat pengiktirafan dari Ismail Haniyeh

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Pesanan Ibu kepada Puterinya di saat perkahwinan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..
Pesan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

---------------------------------------
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.

Kerana itu, jadilah ‘hamba’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘hamba’ lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu:

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengengkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”

(Kitab al-Bayan wa’l-Tabyin oleh al-Jahiz)

-------------------------------------------------------

Q.I said: Semoga bermanfaat kepada kita selaku muslimah solehah yang benar-benar mengharapkan redha-Nya..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Selamat Hari Lahir....

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..
Belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada teman-teman perjuangan saya.dari tarikh 13-18 Ogos 2010.

Selamat Hari Lahir buat :

- Ukhti Halimah : 13 Ogos
- BP Faizudin    : 14 Ogos
- Along Azma    : 14 Ogos
-    ???              : 15 Ogos
- Acu Ain          : 18 Ogos

Semoga dengan pertambahan umur ini seiring dengan peningkatan mutu iman dan ketaqwaan kita kepada-Nya..Semoga thabat dan istiqamah terus dalam melaksanan amal Islami.. Syukran Jazilan kepada sahabat-sahabat yang sudi meraikan dan mengingati tarikh ini. :)

Berdasarkan kajian Dato' Dr Fadzillah Kamsah,ciri-ciri mereka yang lahir pada bulan Ogos ini ialah :


* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

Secara peribadi saya berpendapat tidak wajib untuk percaya atau menolak seratus-peratus. Mungkin juga ada persamaan dan percanggahan.. Apa-apa pun,kelemahan dan kelebihan itu terdapat pada semua insan..

Q.I said : Like number 8..... :)

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Nikmat Ramadhan di Bumi Musa a.s

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang beriman ! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.."
(al-Baqarah : 18)

Segala puji bagi Allah..Pada helaan nafas ini,nikmat penghidupan yang masih dipanjangkan oleh-Nya.Tiada yang lebih pemurah dari Dia yang Maha Razzaq,tiada yang lebih pengasih dari Dia yang Maha Rahim.Ya Allah,peliharah daku dari menjadi hamba-Mu yang tidak bersyukur,peliharah daku dari menjadi hamba kufur nikmat.

Jiwa yang berada di dalam genggaman-Nya

Pada ketika ini..juga pada saat ini,dengan keizinan & Rahmat Tuhan,Dia menyampaikan hayat saya,menemukan saya dengan bulan rahmat,kempunan dan pembebasan dari api neraka.Berakhirnya ramadhan yang lalu,membuatkan saya terfikir apakah umur manusia saya yang amat singkat ini memberi kesempatan kepada saya lagi untuk bertemu ramadhan yang akan datang.Hati saya bimbang jika peluang itu tidak ada.kebimbangan itu berterusan pada saat ramadhan itu telah hampir dan sangat hampir.2 hari lagi,kemudian 1 hari lagi.Kemudian saya telah pun bertemu ramadhan.Benar-benar saya dapat melaluinya.Syukur ya Allah.. Begitu kebimbangan jiwa saya pada kedatangan ajal itu yang akan membuatkan saya tidak dapat bertemu ramadhan lagi.Pada hari terakhir Sya’ban yang bakal saya tinggalkan,hati saya selalu mengingatkan bahawa ajal ini tidak pernah lewat mendatangi kita jika tiba saatnya.Sekiranya Allah tetapkan hari terakhir Sya’ban,saya akan dipisahkan dari penghidupan dunia walaupun esok umat dunia akan bergembira dengan kedatangannya,maka saya akan tetap pergi tanpa ada kesempatan untuk melaluinya ke sekian kali.Seperti maksud firman-Nya :

“ Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu,kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata,kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan..”
(al-Jum’ah : 8)

Tetapi,begitulah nikmatNya.Begitu juga takdirnya.Bagi yang sudah tetap saatnya untuk dipanggil menghadap Illahi,ianya telah dicatat di Luh Mahfuz.Saya memerhati keadaan ini,bila mana orang tersayang sahabat-sahabat saya baru sahaja pergi,biarpun ramadhan akan hadir tidak lama lagi.Saya bermonolog sendiri,tidak sempat mereka bertemu ramadhan kali ini.Begitulah kita manusia yang serba lemah dan kerdil ini.Kita hanyalah hamba-Nya.Hidup sementara ini hanyalah permainan dan senda-gurau yang Allah nukilkan firman-Nya di dalam Kitab al-Furqan yang bermaksud :

“ Dan kehidupan dunia ini,hanyalah permainan dan senda-gurau.Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Tidakkah kamu mengerti?? “
(al-An’am : 32)


Makna Ramadhan di bumi Musa a.s

Melalui madrasah ramadhan di bumi Musa a.s ini begitu mensyahdukan.Hari-hari Ramadhan seolah-olah seperti pesta kebajikan dan ibadah bagi umat Islam di Mesir.Amat berbeza dengan tanah air.Warganya berlumba-lumba dalam perkara pahala.Tilawah al-Quran terdapat di mana-mana sahaja,di tepi jalan semasa sedang berjalan kaki,sewaktu sedang bekerja,bila mana ada saja waktu terluang terus al-quran berada di tangan,di dalam kenderaan-kenderaan awam,diperhentian bas,di kedai-kedai,semuanya bersama al-Quran.Apatah lagi masjid-masjid yang sentiasa dipenuh dengan hamba-hamba yang ingin mendekati Tuhannya.Belum lagi dikira sedeqah yang terdapat di kebanyakan tempat.Makanan percuma yang dihidangkan di masjid-masjid,di restoran ataupun di tepi-tepi jalan manakala sedeqah wang ringgit dari orang yang berkemampuan pula sentiasa ada.Pada malamnya,setiap orang berkejar-kejar ke masjid untuk terawih sehingga tidak muat tempat,dari bayi yang tidak pandai menirap sampailah ke warga emas yang tidak larat berdiri untuk solat.Begitu mereka tidak mahu tertinggal dalam perkara ibadat walaupun morey tidak disediakan langsung oleh setiap masjid,tetapi mereka hadir bukanlah dengan tujuan itu.Firman Allah Taala yang bermaksud :

" Berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.Di mana sahaja kamu berada,pasti Allah mengumpulkan kamu semuanya.Sungguh,Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..”
 (al-Baqarah : 148)

Semuanya mewarnai hari-hari ramadhan saya di sini.Mungkinkah ini juga ramadhan terakhir saya bersama-sama teman..?? Hanya Allah yang Maha Tahu.. Pasti saya akan rindu suasana sebegini.

Saya menyeru kepada diri saya yang serba dhaif ini serta kepada pembaca yang budiman,jangan biarkan nikmat ramadhan yang telah kita kecapi ini disia-siakan begitu sahaja tanpa ada pembaharuan roh,iman dan jiwa di dalam diri kita selaku seorang hamba... Wallahua’lam…………..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Salam Ramadhan dari Saff Kepimpinan HEWI PMRAM PUSAT


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Warna-warni kenangan KEKAL 10'

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..
Ini antara gambar-gambar menarik sekitar program KEKAL 10'- Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM bersempena Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan kali-53 (PMHK) yang berlangsung dari 1-5 Ogos baru-baru ini.Wakil pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ( KBMK ), Encik Shaiful Anuar bin Mohammad selaku Kuasa Usaha Sementara merasmikan program kali ini.
jOM tengokk.................


Gimik perasmian KEKAL 10' oleh Encik Shaiful Anuar


Bersalaman dengan anak-anak kecil


VIP yang turut hadir memeriahkan program


Saff kepimpinan AJKT HEWI PMRAM sesi 2010


Bendera Jalur Gemilang dijatuhkan dari bangunan rumah Selangor
diiringi mercun memeriahkan acara gimik perasmian

 
Dataran dibanjiri ramai ahli PMRAM


Kontijen Ikhwah dalam perbarisan

Perbarisan di sebelah kontijen akhawat


Persembahan teakwando ITF PMRAM

Ini bukan Mat Rempit- tetapi persembahan motor bersisi tinggi :)


Bising dengan motor masing-masing


Penonton ikhwah


Banner acara outdoor KEKAL 10' ikhwah

Satu Hati,Satu Fikrah & Satu Amal..

Meriah...


Seronok sangat kot... :)

Mana belon saya yang tak sampai-sampai lagi ni..?? :D


BP Zuhaili : Haa..Jangan tengok-tengok je..Jom join sekali..


Badan Pengurus PMRAM : Dari kiri BP Farkhan,BP Shahrizan(Presiden),mantan BP Jamal yang ceria

Orang kuat disebalik KEKAL 10'

BP Firdauz selaku Timbalan Pengarah 2,di belakang : BP Huzaifah


Antara indoor ikhwah : Pertandingan Lukisan Khat


Wacana Presiden dan HEWI

Penonton akhawat

AJK PMC (PMRAM MULTIMEDIA CENTRE) akhawat

Keterampilan siswi Al-Azhar sebagai pengaraca majlis

Presiden PMRAM : Saudara Shahrizan menyampaikan cenderamata kepada perasmi penutup,saudara
Khairul Anuar Ismail selaku anggota Lembaga Penasihat PMRAM 2010


Persembahan seni silat oleh PMRAM Cawangan


Seni tarian Saman oleh mahasiswa Indonesia


Dikir Barat pun ada.. :)


Persembahan kumpulan nasyid rasmi PMRAM- Kumpulan AL WADI


Penuh penghayatan....


Ramai yang hadir menonton persembahan..


Mantan BP Jamal Najmuddin dengan motor besarnya... :D


Persidangan apa pulak ni..??


Singgah di bazar ye BP Zuhaili...


Wah...Kuih raya pun dah menembusi pasaran dalam bulan Sya'ban lagi ye.. :D


Jual..Jual...Beli..Beli..... : Penender dari Indonesia pun menjual di Bazar KEKAL 10'


Begitulah kemeriahan KEKAL 10' yang telah berlangsung di antara mahasiswa/i di Perlembahan Nil baru-baru ini... Kredit untuk http://allgreenislamic.blogspot.com/ dan http://galerifairuz.blogspot.com/ di atas pic yang menarik di atas....... Arigatooo... :D

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI