Bekerjalah Untuk Kebangkitan Islam..!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Minggu ini saya dan teman-teman diminta menghadamkan kitab al-Muntalaq karangan Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Kitab yang amat bagus.

Gaya bahasanya agak ringan namun pengisiannya  sangat mendalam. Walaupun pada asalnya kami hanya merumuskan secara ringkas hasil bacaan dan berkongsi.

Saya ingin menceritakan serba sedikit, apa yang telah penulis sampaikan di dalam bab 1: Kita Menolak al-Hawa' di bawah subtopik : Jiwa Yang Beriman Itu Peka dan Sensitif  .

Penulis mengatakan sikap seorang mukmin itu harus berwaspada dari mengkafirkan orang lain namun ianya tetap tidak menghalangnya dari melihat pelbagai penyelewengan yang berlaku.

Sementelah sebelum tahun-tahun terakhir abad Pertama Islam berlalu, penyelewengan telah mula meresap masuk ke dalam generasi pemerintahan umat Islam yang bakal menggantikan generasi Pertama yang unik- Generasi Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Umat Islam mula kendur semangat jihad dan berlengah-lengah dalam berjuang. Penyelewengan juga telah berlaku. Namun, Allah telah menganugerahkan dan melahirkan seorang pemimpin Islam yang wibawa iaitu Khalifah Umar Abd Aziz untuk memimpin umat pilihan ketika itu.Beliau dikurniakan jiwa yang tinggi.

Beliau melihat sedikit penyelewengan dan berlengahan dari dakwah dan jihad itu sebagai tanda awal berlakunya penyelewengan dari kebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang daya juangnya lalu beliau berkata dengan nada dukacita :
 

”Sesungguhnya aku sedang merawat satu urusan yang tiada siapa dapat menolongnya
kecuali Allah. Sesungguhnya di atasnya telah mati orang tua, orang yang kecil telah
membesar, orang Ajam25 telah mahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah berhijrah
sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak
melihat kebenaran selain daripada itu.”

Begitu langsung khalifah Umar Abd Aziz  bertutur dengan rasa sedih hati dan dukacita melihat keadaan umat Islam yang telah mula dicemari dosa-dosa walaupun ia kecil, sedikit bid'ah, kezaliman yang ringan dan mula wujudnya petanda gaya hidup mewah.

Itulah jiwa mukmin yang terlalu sensitif dan peka terhadap erti-erti keadilan dan kezaliman. Mereka sangat perihatin tentang keadaan saudara-saudara seakidah mereka. Justeru,mereka tidak mampu untuk membutakan mata dan mengelukan lidah mereka tatkala melihat cahaya dakwah yang asalnya bersinar terang di jiwa kaum-kaum mu'min mula padam sedikit demi sedikit.

Beberapa generasi telah berlalu selepas zaman pemerintahan Umar. Islam seterusnya didokong oleh pahlawan-pahlawan Islam dan para reformist. Tetapi sesetengah waktu lain, berlaku juga kelekaan. Hinggalah kita dapati umat Islam pada waktu ini tunduk kepada perancangan Yahudi dan negara-negara kafir.
 

Kekayaan mereka dirampas, iman menjadi lemah, neraca kehidupan mereka bertukar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga mendidik anak-anak orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam,berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.

Jadi, adakah anda pada saat ini sedang melihat penderitaan umat Islam yang terpedaya oleh tangan-tangan durjana yang ingin melupuskan agama kita..?? Saudara-saudara kita telah disuntik virus-virus sulit yang amat
bahaya. Akhirnya apa tindakan kita..?? Hanya mendiamkan diri dan menutup mata..??

Kita perlu bangkit bersama para pejuang agama yang tulus ikhlas ingin melihat kebangkitan Islam kali kedua. Awas dengan taktik-taktik sulit dan dakyah musuh-musuh Islam yang sangat merbahaya.

Bekerjalah untuk kebangkitan Islam..!! 

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI