KEKAL 10' tahun ini ganti EGP 09'.........

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Kalau anda semua nak tahu,tahun lepas Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan (PMHK)PMRAM memperkenalkan EGP 09'...Tetapi tahun ini KEKAL 10' menanti anda..
Jom tengok video promo EGP 09' tahun lepas..




Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Video Promo KEKAL 10' Kali ke-2



Memang Mantapp...!!!
Kreadit buat Ustaz Khairul Anuar Isnin untuk video ini.Tahniah..
Semoga KEKAL 10' kali ini mencipta sejarah sendiri dan kekal dalam ingatan semua..........

Nantikan dengan penuh debaran KEKAL 10' pada Ogos ini,bakal menggegarkan seluruh Perlembahan Nil..
We vote PMRAM for ALL.................... and ALL for PMRAM..!!!

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Antara 20 Julai 2010 dan 20 Julai 1963

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim....
 Hari ini tanggal 20 Julai 2010,hari yang punya sejarah dan kenangan tersendiri dalam hidup saya.Sejak dari 20 Julai 1963 sehingga ke hari ini,sudah 47 tahun rupanya usia emak yang tersayang.Cepat sungguh masa berlalu.Saya pun bukan budak kecil lagi yang sering dimarahi sebab kenakalan saya dan sekarang bukan lagi pembantu setia emak ketika di rumah kerana saya berada jauh dari pangkuannya.Sudah 3 tahun berpisah,tentu wajah emak sudah berubah seiring peningkatan usianya.Walau bagaimanapun keadaannya,dia tetap emak yang sama sejak saya lahir hingga sekarang.Tiada yang berubah...

Apa yang saya ingin kongsikan,selama ini kejayaan saya dengan iringan doa emak yang tidak putus-putus.Juga berjaya dengan kerisauan emak yang tidak sudah supaya saya selalu bersungguh-sungguh dalam pelajaran.Saya tahu dia sentiasa memikirkan saya bila saya lewat untuk menghubunginya,sentiasa rindu untuk bertemu saya sejak saya berpisahnya.Walaupun hati remaja saya sentiasa kental berjauhan,sebagai anak saya perlu menyelami perasaan emak kerana suatu hari nanti jika diizinkan Allah,saya pula akan menjadi seorang ibu.

Doa saya untuk emak yang tercinta,semoga Allah meredhai kehidupanmu,dijauhkan dari azab dunia dan akhirat serta dianugerahkan sebuah mahligai di sisiNya di sana.Andainya suatu hari nanti kunci pintu syurga anakmu ini bakal beralih kepada yang lebih utama kemudiannya,redhailah anakmu ini seadanya.

Ya Allah,aku bersaksi bahawa ibuku ini sentiasa berbuat baik kepadaku,mengasihiku sejak ku kecil sehingga saat ini,sentiasa berkorban untuk kebahagiaanku,mendoakankan ku setiap waktu...Ya Allah,sungguh jasanya amat besar dalam mendidikku sehingga ku kenaliMu,ampunkanlah dia Ya Allah...Redhailah dia dalam kehidupannya..Amin...

Akhir sekali,SELAMAT HARI LAHIR buat emak, 

 Pn.Khadijah binti Mansur  



Athirah (kiri,paling bongsu) dan Sofea (kanan,kedua bongsu)

Q.I said : Sayang sekali tak dapat posting gambar emak sekarang,mungkin lain kali saya akan tambah semula..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Nantikan kemunculan KEKAL 10'...



Nantikan kemunculan KEKAL 10' hanya di...................... PMRAM.....

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Utamakan Hak ALLAH dalam setiap urusan...


Nasihat AlHabib Imam Dai'ilallah AlQutbiyah Abdullah Al-Haddad :

"Seseorang yang sibuk memenuhi hak Tuhannya daripada hak dirinya dan hak teman-temannya, maka dia adalah hamba yang dekat.
Seseorang yang sibuk memenuhi hak dirinya daripada hak Tuhan dan hak teman-temannya, maka dia adalah hamba syahwat.
Seseorang yang sibuk memenuhi hak teman-temannya daripada
hak Tuhannya dan hak dirinya, maka dia adalah hamba kedudukan. Seseorang yang sibuk dengan memenuhi hak Tuhannya dan hak teman-temannya daripada hak dirinya, maka dia adalah pewaris Nabi."
(Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad).



Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

SETIA SEORANG ISTERI - WILDAN



Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Pesawat tempur Amerika yang ganas..!!!

AC-130 merupakan sebuah pesawat tempur yg digunakan oleh tentera bagi sokongan pertempuran jarak dekat. Misi-misi lain termasuk pertahanan perimeter dan titik, pengiring, pendaratan, penurunan dan pengekstrakan zon sokongan, kawalan udara, dan operasi mencari serta menyelamat.



Pesawat berat ini dilengkapi dgn senjata sisi dan sensor canggih, sistem navigasi dan kawalan persenjataan bagi kadar masa tambahan. AC-130 telah digunakan secara efektif selama lebih tiga puluh tahun dalam memusnahkan kubu pertahanan dan sasaran2 lain. Satu kelemahan AC-130 ialah lazimnya serangan hanya boleh dilakukan pada waktu malam berikutan kendaliannya yang agak lemah dan sumber sasaran yg terhad kadangkalanya kurang tepat bagi mengenalpasti identiti sasaran.



Semasa Perang Vietnam, pesawat kelas ini telah memusnahkan lebih daripada 10,000 buah trak musuh dan telah di-kredit kerana byk membantu tentera darat dalam menyelamatkan mereka. Dalam Operation Desert Storm di Iraq, pesawat ini menyediakan pertahanan pangkalan dan sokongan udara jarak dekat untuk pasukan darat. Dalam satu misi, tentera Iraq telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat AC-130H mengakibatkan kesemua 14 krew petugas terkorban.


 

 
Antara misi-misi yg terlibat:



* Operation Urgent Fury - Grenada, 1983

* Operation Just Cause - Panama, 1989

* Operation Desert Storm - Iraq/Kuwait, 1991

* Operation Restore Hope - Somalia, 1992–94

* Operation Support Democracy - Haiti, 1994

* Operation Deny Flight/Joint Endeavor - Bosnia, 1993–99

* Operation Assured Response - Liberia, 1996

* Operation Allied Force - Kosovo, March-July, 1999

* Operation Enduring Freedom - Afghanistan, 2001–present

* Operation Iraqi Freedom - Iraq, 2003–present



Seunit AC-130H mempunyai kos bernilai US$132.4 juta. Kini terdapat lapan AC-130H dan tujuh belas pesawat AC-130U yang masih aktif dalam perkhidmatan.


Sumber :
http://ajaibbenar.blogspot.com/



Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI