Tulisan al-Maududi : Guru-guru Yg Dicurigai Merbahaya Kpd Islam

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Segala puji bagi Allah... Suka saya mahu kongsikan salah satu tulisan dari Abul 'Alaa al-Maududi, seorang tokoh gerakan Islam dari Pakistan. Beliau seorang intelektual Islam yang serba-boleh , punya peribadi yang unggul, seorang pemimpin pergerakan Islam yang sangat komited dalam gerak kerja dakwah dan dihormati kewibawaannya oleh ahli gerakan bahkan oleh pihak lawan.

Tulisan asal beliau yang bertajuk " Peranan Pelajar ( saya mentakrifkan mahasiswa) " hanya saya sentuh berkenaan tentang -Guru-guru ( Lecture di universiti-universiti ) yang Dicurigai Merbahaya Kepada Islam. Seperti mana yang kita tahu bahawa Konspirasi Freemason untuk menguasai bangsa-bangsa dunia ialah dengan menghancurkan generasi pemuda baik dari segi agama, syaksiah, fikrah dan sebagainya. 

 Kerana mereka sangat yakin bahawa dengan musnahnya generasi pemuda hari ini, akan hancurlah masa depan agama, bangsa dan negara. ~ Syababul Yaum, Rijalul Ghad ( Pemuda Hari Ini ialah Pemimpin Masa Depan )

Jadi , tulisan Abul 'Ala al-Maududi mengajak para remaja, khususnya mahasiswa agar berhati-hati terhadap perancangan musuh Islam yang ingin menghancurkan umat pilihan ini dengan segenap cara.

-------------------------------------------------------------------------------

GURU-GURU YANG DICURIGAI MERBAHAYA KEPADA ISLAM


Di pusat-pusat pengajian tinggi kita, terdapat sekumpulan guru-guru ( tenaga pengajar ) yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam di kalangan mahasisiwa. Mereka sentiasa berusaha menerangkan kepada mahasiswa-mahasiswa bahawa agama Islam itu tidak mempunyai tamadun, tidak mempunyai kemajuan, tidak mempunyai dasar-dasar politik dan ekonomi. Kalau pun ada, maka itu tidak sesuai lagi dengan tuntutan masa sekarang.Mereka berkata bahawa undang-undang Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan zaman kemajuan sekarang.

Orang-orang Islam menurut mereka tidak pernah mencatit peristiwa kepahlawanan dalam lembaran sejarah. Pahlawan-pahlawan yang kita dengar selama ini adalah dari orang-orang yang bukan Islam. Jaguh-jaguh segala ilmu pengetahuan dan bermacam-macam kesenian dan sastera, juga pereka-pereka alat sains moden semuanya dari orang-orang yang bukan Islam.

Di sini sukalah saya berkata dengan terus terang bahawa tenaga pengajar yang mengajar pelajaran-pelajaran seperti ini kepada mahasiswa-mahasiswa kita dan menuangkan fikiran-fikiran sempurna ini, mereka itu adalah pengkhianat..!! Bahkan mereka itulah pengkhianat dan seteru yang paling buruk kepada negara-negara Islam, kerana merekalah yang menghapuskan tamadun Islam atau dengan lain perkataan merekalah yang berusaha untuk menghancurkan negara.

Alangkah buruknya nasib bangsa yang generasinya dididik oleh pengkhianat-pengkhianat seperti ini. Dan perkara yang lebih membahayakan dari hal ini ialah terdapat juga beberapa jabatan di pusat-pusat pengajian tinggi di setengah-setengah negara Islam dikendalikan oleh tenaga pengajar bangsa Amerika ( orang barat ) dan pakar-pakar pengajian timur ( liberal, sekular dan seumpamanya ).

Paling malang lagi mereka ini mengendalikan Jabatan-jabatan Pendidikan dan ilmu kemasyarakatan. Mereka itu tidak silu-silu mencurahkan tenaga mereka untuk merosakkan generasi kita dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan kemasyarakatan. Tidakkah ini membunuh diri namanya..??


KEAIBAN SISTEM-SISTEM PELAJARAN

Kerajaan kita juga harus memikirkan: Bagaimanakah cara kita boleh menghapuskan keaiban yang terdapat dalam sistem pelajaran dan pendidikan kita? Ada pun pengetahuan-pengetahuan dan kesenian yang diajar di negara-negara Islam sebenarnya tidaklah ada cacatnya, Apa yang merosakkannya ialah orang-orang yang mengendalinya itu tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya.

Oleh sebab itulah mereka menciptanya dengan cara yang dengan sendirinya menimbulkan di kalangan mahasiswa-mahasiswa perasaan tidak percaya kepada alam semesta dan apa yang ada di dalamnya ini tumbuh. Dengan itu pelajar-pelajar akan memikirkan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya
tanpa kehendak pihak yang mentadbirkannya, berjalan tanpa dikuasai oleh sesiapa dan di sana tiada Tuhan yang menjadikannya, menguruskannya dan mengatur perjalanannya.

Begitu juga tanggapan yang menjadi asas pengetahuan ini ialah: Bahawa manusia itulah tuan dan pengarah kepada dirinya. la tidak lagi memerlukan Tuhan untuk memberi petunjuk kepadanya, bahkan pertunjuk dari Tuhan itu dianggapnya tidak ada. Kedua-dua tanggapan inilah yang mencabut tamadun
Islam dari akar umbinya.

Maka berkewajipanlah kita mengubah aliran ini dalam mencipta setiap pengetahuan secara aliran baru yang berasaskan iman kepada Allah. Tidaklah dapat dipertikaikan lagi bahawa kita semua wajib melibatkan diri untuk mengkaji segala pengetahuan, seperti falsafah dan ilmu kemasyarakatan. Kita juga harus melibatkan diri untuk mengkaji setiap cabang pengetahuan serta mengambil faedah dari maklumat-maklumat yang telah dihasilkan oleh manusia dalam peringkat-peringkat sejarah.

Tetapi sekiranya kita mahu hidup kekal sebagai orang Islam maka wajiblah kita mempelajari pengetahuan-pengetahuan ini dengan syarat sesudah pengetahuan itu diislamkan. Tidak syak lagi bahawa pengetahuan ini dalam bentuknya yang ada sekarang ini akan mengkafirkan kita, samada kita mahu
atau tidak. Inilah masalah pokok bagi sistem pelajaran kita sekarang. Sekiranya ia lekas difahami dan diubati maka akan hampirlah kita kepada kebajikan dan kebahagian.

Ramai orang hairan dan dukacita apabila mendengar pendapat ini. Mereka berkata: Adakah ilmu pengetahuan praktikal (yang memerlukan ujian dalam bilik makmal) itu mempunyai hubungan dengan ugama Islam..??. Mereka bersuara demikian sekalipun mereka telah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang telah berlaku di Rusia yang menyeru kepada konsep sovit bagi ilmu pengetahuan praktikal.

Dengan nama Allah, katakanlah kepada saya wahai saudara-saudara sekalian: Jika ilmu pengetahuan praktikal itu tidak ada kaitannya dengan agama Islam, maka adakah ianya pula mempunyai kaitan dengan Marxsism?.

Mana-mana anggota masyarakat komunis tidak mahu mempelajari ilmu pengetahuan, falsafah, sejarah dan ekonomi yang bercorak borjois, tetapi orang-orang itu mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan tersebut yang sudah dicelup dengan fahaman Marx dengan tujuan akan lahirlah dengan banyaknya ulama-ulama dan pakar-pakar sosialis.

Masyarakal sosialis tidak akan kekal tegak atas dasar-dasarnya sekiranya pelajaran yang dicipta mengikut acuan borjois dibenarkan diajar dalam pengetahuan masyarakat mereka. Bahkan sudah menjadi kebiasaan bahawa setiap orang yang mempunyai tamadun dan cara hidup yang tertentu tidak rela anak-anak mereka dididik dengan ilmu pengetahuan dan kesenian yang dicipta oleh orang-orang yang menentang tamadun dan cara hidupnya yang tersendiri. Kerana ini ertinya, akan menghapuskan identitinya serta meresapkannya ke
dalam bentuk yang lain.

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
1 Response
  1. Moga2 mahasiswa2 Islam celik mata hati bila berhadapan dengan lecturer seperti ini.


.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI