K6: Gambar Menarik Untuk Tatapan Anda

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Barisan Masyaikh di Majlis Perasmian


Fadhilah As-Sheikh Al-Ustaz Ad-Duktur Muhammad Mahmud Abu Hashim menurunkan tandatangan di atas plat buku kutub sittah untuk menyempurnakan gimik perasmian


Presiden PMRAM menyampaikan cenderahati kepada perasmi


Fadhilah As-Sheikh Usamah


Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi As-Sayyid Jabr Al-Hasani

Ni gambar sewaktu perasmian dan majlis pembacaan. Lain-lain gambar sedang menanti lesen perlepasan.. Okeyy...

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Kehadiran Habib Ali Jufri : Kejutan buat para hadirin K6..

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Walaupun program Kuttub Sittah (K6) telah pun tamat pada malam tadi, esok akan diadakan pula Majlis Hi Tea bagi peserta tahun akhir bersama para masyaikh..

Kejutan bertuah buat para hadirin apabila tahun ini K6 menerima kedatangan oleh Habib Ali Jufri dari Yaman sebagai perasmi majlis penutupan yang kebetulan berkunjung ke Mesir. Tahun lepas, K6 menerima kedatangan dari mufti Mesir sendiri.

Bagi yang mengikuti Majlis Hi-Tea bersama Para Masyaikh esok,nantikan kejutan terbaru untuk anda... Tentunya istimewa dari PMRAM untuk anda...............

Untuk melihat suasana hari kedua Majlis Sima' Ahadis ini, bolehlah melihatnya di bawah.



Q.I said : Sangat syahdu apabila mendengar DOA dari Habib Ali Jufri untuk kebaikan PMRAM dan seluruh penuntut ilmu al-Azhar sebelum beliau menutup mutiara kalamnya. Semoga Allah berkati hidup beliau. Amin..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Lebih 1000 Peserta Menyertai Kuttub Sittah Siri II

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

 Presiden PMRAM menyampaikan hadiah 
kepada perasmi

Alhamdulillah..Kali ini saya berpeluang untuk mengikuti Majlis Pembacaan Kuttub Sittah Bersama Para Masyaikh al-Azhar Siri II. Program mega anjuran PMRAM ini telah bermula 27 Oktober,2 hari lepas dan masih berbaki lagi 2 hari.

Sangat menakjubkan saya,penyertaan kali ini menjangkau 1000 lebih peserta berbanding tahun lepas,kira-kira 700 lebih. Selain mahasiswa/i Malaysia,turut menyertai ialah mahasiswa/i dari negara Indonesia,Brunei dan  Singapor.Saya mendapat makluman, ada yang dari Malaysia sanggup terbang ke Mesir semata-mata untuk mengikuti program Kuttub Sittah. Subhanallah...

Program thaqafah ini menangkis tanggapan bahawa PMRAM tidak menumpukan kebajikan berbentuk ilmu dan thaqafah walhal program PMRAM syumul dan meliputi semua aspek. Penglibatan para Masyaikh al-Azhar juga menunjukkan wujudnya hubungan dua hala yang baik antara PMRAM dan al-Azhar sendiri,bahkan ketika program Kuttub Sittah siri pertama tahun lepas yang telah disabotaj oleh pihak JPMK, Mufti negara Mesir sendiri iaitu Syeikh Ali Jum'ah sanggup turun pada majlis penutupan akhirnya.

Program kali ini dirasmikan oleh Sheikh Ustaz Doktor Muhammad Mahmud Abu Hasyim, Dekan Kuliyah Usuluddin, Kampus Zagazig sebagai pengganti kepada Al-Imam Al-Akbar Sheikhul Azhar Ustaz Doktor Ahmad Muhammad Toyyib.

PMRAM merupakan persatuan induk bagi mahasiswa/i di Perlembahan Nil ini dan telah berusia 80 tahun ketika penubuhannya. Semoga PMRAM terus melangkah ke hadapan membawa agenda mahasiswa Islam untuk ummah.

Bagi yang mahu melihat suasana majlis,boleh lihat video di bawah. Selamat menonton...



Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

KALAULAH MEREKA TAHU SEBENARNYA….


 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

HANYA ALLAH  TAALA YANG SATU-SATUNYA BERKUASA DI ALAM INI. Semua makhluk ciptaan-Nya adalah LEMAH dan tiada berkudrat. Kudrat dan kekuatan yang kita ada hanyalah pinjaman dari-Nya. Justeru, keupayaan kudrat itu hanya picisan dari kekuatan dan keagungan al-Khaliq yang Maha Besar. Bila-bila masa sahaja Dia mampu mengambil  dan mencabut apa yang dipinjamkannya.

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Manusia-manusia hebat di hadapannya hakikatnya adalah LEMAH. Segalanya datang dari Allah. Justeru, apa perlunya kita takut di hadapan makhluk-Nya yang lemah serba tidak berdaya yang melakukan kezaliman..???  

Sekiranya semua makhluk di dunia bersatu untuk menimpakan keburukan dan bencana kepada kita, nescaya ia  tidak akan berlaku melainkan dengan izin-Nya sahaja. Begitulah sebaliknya. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita bukankah hanyalah dengan izin-Nya..??? Kalaulah mereka tahu demikian, tentu mereka tidak tundukdan menjadi hamba kepada manusia.. Mereka pasti  tanamkan rasa yang sangat takut hanya kepada al-Mutakabbir semata-mata.  

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Pergantungan hidup dan mati itu hanyalah pada Allah Taala sahaja. Kalaulah mereka tahu demikian, mereka tidak merasakan dunia ini segala-galanya bagi mereka. Mereka akan mengetahui dan meyakini bahawa Allah Maha Mendengar bisik doa mereka tatkala mereka memohon. Mereka sangat meyakini bahawa Allah sedang melihat apa yang sedang mereka lakukan.  

Kalaulah mereka tahu sebenarnya… tiadalah jalan yang paling benar yang perlu mereka lalui melainkan jalan yang telah dilalui oleh para nabi dan rasul. Justeru, mereka akan berjuang menegakkan agama-Nya dengan pelbagai cara. Kalaulah mereka tahu demikian, tentu mereka tidak disibukkan dengan kerja mengejar dunia yang sia-sia. Semua musuh agama akan mereka hadapi dengan darah dan nyawa. Syahid akan menjadi cita-cita utama dalam hidup mereka…

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Mereka telah ditimpa kelalaian oleh kenikmatan dunia yang menipu. Mereka hendaklah bangkit dan perbaharui roh Islam dalam jiwa. Mereka perlu lakukan sesuatu..!! Bukan hanya meratap kelemahan dan kelalaian.

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Suatu ketika dahulu, mereka pernah BERJANJI DI HADAPAN ALLAH TAALA untuk menjadi KHALIFAH yang memakmurkan dunia.

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Hidup di dunia yang sebentar ini seolah-olah kita berada di petang hari sahaja waktunya. Beberapa ketika lagi kita akan ditanya semula tentang janji kita..

Jadi..Kalau sekarang kita sudah tahu yang sebenarnya…Adakah kita sekadar sudah tahu..??

Ilham Pena;
Qurratul Ilyani
Haiyyu Sabie’
4.00 a.m

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

PMRAM Hantar Memorandum Salah Laku Pegawai

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..



Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

PMRAM Tetap Teguh Hadapi Ancaman dan Rintangan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

KAHERAH 24 Oktober - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime meminta seluruh ahli dan pendokong PMRAM agar tetap teguh serta tidak goyah dengan prinsip dalam menghadapi isu-isu yang melibatkan integriti pihak-pihak berwajib.
Justify Full
Menurutnya, sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam, kita diajar untuk menegur dan mengubah kemungkaran dengan cara profesional. Bukanlah hanya dengan meluahkan perasaan meminta simpati atau pun hanya berkata-kata tanpa ada sebarang tindakan.

"PMRAM mahukan seluruh ahli dan pendokong bertindak dengan cara yang profesional. Buktikan bahawa kita adalah mahasiswa Islam. Sebab itulah Islam menggariskan bahawa berani dan tegas itu termasuk dalam akhlak islamiyah" tegas beliau ketika memberi ucapan amanat emas pada Majlis Penerangan Isu Semasa dan Mahasiswa.

Majlis pencerahan isu seputar mahasiswa itu diadakan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru Haiyu Sabiek. Kehadiran pada malam tersebut mencecah hampir 1000 orang sehingga ada di kalangan ahli yang terpaksa berada di luar kawasan rumah akibat kehadiran melimpah.

Katanya, isu hak dan kebajikan yang PMRAM perjuangkan perlu diteruskan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.

Menurutnya, Islam mengajar umatnya untuk mempertahankan hak dan maruah kerana umat Islam punya harga diri. Demikianlah keadaan sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa Islam. Maka menuntut hak dan mempertahankan maruah merupakan akhlak yang perlu dikembalikan dalam jiwa umat Islam.

Justeru, beliau menegaskan bahawa sebenarnya mahasiswa Islam marah terhadap sikap dan tindakan yang menyalahi etika dan disiplin sebagai penjawat awam. Dan bukanlah marah kepada batang tubuh orang yang melakukannya.

Beliau juga menggesa kepada seluruh AJKT PMRAM Cawangan serta ahli untuk tetap teguh bersama-sama dengan PMRAM walaupun diuji dengan halangan dan kekangan. Sesungguhnya kekuatan yang paling utama adalah bersatu dan jangan sesekali berpecah.


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Isu Pegawai JPMK : Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu yang melibatkan penindasan mahasiswa Islam di Mesir berlaku. Bermula daripada isu Kutub Sittah pada tahun 2009 sehinggalah sekarang ini, ia berlaku bagaikan dirancang. Namun PMRAM meminta agar ahli bertenang serta bertindak mengikut arahan pimpinan.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pihak-pihak berwajib yang melanggar polisi dan etika sebagai seorang penjawat awam. 
Bagi PMRAM, tindakan Pengarah JPMK Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasyim yang menandatangai surat sokongan bagi penubuhan 'Academy Center' di Tanta merupakan tindakan yang tidak profesional.

Di dalam surat tersebut terdapat beberapa kesalahan mengikut format rasmi surat kerajaan. Bahkan beliau juga menafikan peranan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang selama ini menjaga keselamatan mahasiswa-mahasiswi Islam di sana. PMRAM menyifatkan kata-kata ini sebagai tuduhan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa walaupun DPMT mampunyai autoriti untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pihak keselamatan Mesir, PMRAM tidak pernah sesekali membelakangi peranan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam isu-isu keselamatan mahupun menafikan kewujudannya.

Beralih kepada isu yang berlaku di Mansurah pada 16 Oktober lalu. PMRAM sekali lagi melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap salah seorang pegawai JPMK yang menyalahgunakan kuasa. PMRAM menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Atase Akademik En. Khairi bin Jalaluddin juga sebagai tindakan yang tidak profesional.

Sebagai penjawat awam beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika taklimat biasiswa tersebut untuk mengedarkan borang Kelab Umno. Tindakan tersebut seolah-olah mengajak mahasiswa untuk terlibat dengan parti politik.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Walaupun tindakan tidak profesional ini dilakukan oleh beberapa orang pegawai JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan bahawa hubungan rasmi tetap akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih profesional dalam melaksanakan tugasnya demi menjaga nama baik negara Malaysia. PMRAM juga mengharapkan agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini terus mendapat bimbingan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan serta dilindungi daripada halangan dan ancaman.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menghadapi isu-isu yang melibatkan mahasiswa Islam ini.

Sekian.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Kemenangan Buat Mahasiswa : Tahniah dan syukur buat kalian..

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar

Hari ini merupakan satu titik sejarah di dalam Gerakan Mahasiswa kini, 5 Mahasiswa UM yang disabitkan kesalahan khianat dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 2 hari ini.

Ini merupakan kejayaan semua mahasiswa yang mendokong dan menyokong perjuangan menegakkan keadilan buat seluruh mahasiswa. Kita yakin dan percaya, keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa kelima-lima mahasiswa yang dituduh ini tidak pernah melakukan jenayah sepertimana yang dituduhkan.

Seluruh mahasiswa mengucapkan syukur dan gembira di atas kemenangan ini dan bagi pihak yang masih mengekang mahasiswa saya sarankan agar Hentikan sikap memperbudak-budakkan mahasiswa.

Cukuplah mahasiswa dikenkang sebegini rupa dan sudah tiba masanya mahasiswa diberikan ruang yang sebebas-bebasnya untuk menyatakan pandangan.

Terima kasih sekali lagi buat seluruh mahasiswa dan masyarakat yang sentiasa berdoa demi kemenangan di dalam kes ini.

Sumber Asal :  Solidariti Mahasiswa

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Hiduplah untuk Akhirat...

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


HIDUP.. Terlalu banyak dan luas tasawwur mengenai kehidupan. Begitu panjang dan jauhnya perjalanan hidup ini kita rasai meskipun ianya hanya sebentar cuma. Betapa banyak bahtera DUNIA yang ditenggelamkan oleh ombak mehnah sebelum mereka benar-benar sampai ke destinasi " PERLABUHAN " yang telah ditetapkan.

Adakalanya kita perlu refresh balik minda kita dan ketuk pintu hati dengan pertanyaan " ADAKAH HIDUP KITA HANYA UNTUK DUNIA SEMATA..?? " atau " ADAKAH SEGALA YANG KITA LAKUKAN UNTUK KEHIDUPAN KITA ADALAH AGAR KITA MAMPU HIDUP DENGAN BAIK..?? " Contohnya makan pakai kita adakah untuk menjadikan dunia kita lebih baik.??

Mungkin adakalanya kita tidak menyedari,segala yang kita lakukan dalam kehidupan seharian hanyalah bermatlamatkan dunia semata-mata.Bukan saya katakan semuanya begitu,tetapi adakalnya kita sebagai manusia sering terlupa.Terlupa untuk menjadikan urusan sehari-harian kita adalah untuk AKHIRAT. Kita lupa menjadikan apa yang kita makan,apa yang kita kerjakan adalah untuk akhirat.

Saya pernah membaca satu kata-kata..Yang saya ingat pesanannya iaitu : " Jadilah kamu anak-anak Akhirat, jangan kamu menjadi anak-anak Dunia.. " 

Bila kita sentiasa ingatkan diri kita,apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk Akhirat ( meraih redha Allah S.W.T ) , secara automatik segala  perlakuan akan rasa dipandu dan bermatlamat. Apa yang kita buat ada sebab dan manfaat.Selain itu,tentu kita tidak akan buat perkara yang sia-sia dan haram. Begitu sebaliknya kalau kita menjadikan dunia ini matlamat kita,tentu sahaja perkara yang baik akan dikotori dengan unsur-unsur yang tidak berkat atau kotor.

Mudah-mudah hati dan jiwa kita sentiasa disedarkan Allah Taala. Moga-moga apa yang kita lakukan sentiasa mendapat bantuan dan pertolongannya. Terlorong kepada kebaikan dan keberkatan..

Ya Allah..Pandulah diriku yang lemah dan lalai ini..Amin..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

21 OKTOBER : Sejarah Hitam Buat HEWI PMRAM..

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Tarikh 21 Oktober 1993 merupakan sejarah hitam buat HEWI PMRAM dan seluruh mahasiswi pendokong PMRAM apabila pejabat HEWI di ARMA terpaksa dikosongkan ekoran penafian hak yang dibuat atas alasan baik pulih ARMA.

Pengosongan Pejabat HEWI PMRAM di ARMA merupakan rentetan kesinambungan penafian ke atas PMRAM apabila diusir keluar dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah 1992, Encik Haji Ahmad Ismail melalui surat yang bertarikhkan 16 Mac 1992.

Dalam surat yang dikeluarkan kepada PMRAM tersebut mengarah pihak PMRAM mengosongkan pejabat PMRAM dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat dikeluarkan (16 Mac 1992).

Apabila pihak PMRAM terus tetap tidak keluar daripada pejabat PMRAM, pintu pejabat PMRAM telah pun dipalang dan dikunci pada 28 April dan akhirnya PMRAM diusir keluar sekaligus menafikan hak PMRAM selama ini yang berada di ARMA.


Malah masih tidak cukup dengan pengosongan pejabat PMRAM, sekali lagi Pengarah Jabatan Penuntut Kaherah Mesir 1993, Encik Haji Ahmad Ismail mengeluarkan surat arahan kepada HEWI PMRAM untuk mengosongkan Pejabat HEWI PMRAM yang berada di tingkat 1 Asrama Puteri di ARMA sebelum jam 12 malam, 21 Oktober 1993.

Sejarah hitam demi sejarah hitam terus menyelubungi PMRAM di atas penafian hak keberadaan di ARMA. Bukti-bukti surat yang ditandatangani jelas menunjukkan bahawa ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ekoran bantahan yang dilakukan oleh PMRAM ke atas persatuan baru yang ingin ditubuhkan iaitu PPMM (Persatuan Pelajar Malaysia Mesir).


Maka, hari ini kita lihat bagaimana srikandi-srikandi khususnya HEWI PMRAM terpaksa berdikari dalam menguruskan pejabat yang terletak di kawasan Mahkamah, Hayyu Sabi'e yang menelan belanja kos sewa mencecah LE 1000 per bulan.

Bahkan semenjak tahun 2000, telah beberapa kali Markaz HEWI terpaksa berpindah tempat. Di mana pejabat HEWI yang dirampas pada 21 Oktober dahulu?
Mahasiswa/wi mesti sedar dan celik sejarah ke atas hak mereka. Kesusahan dan kepahitan mahasiswi-mahasiswi terdahulu bersama HEWI PMRAM jangan dilupakan.

Tarikh 21 Oktober menjadi sejarah hitam buat mahasiswi sekalian. Teruskan berjuang bersama PMRAM dan HEWI PMRAM dalam mengembalikan hak yang telah dinafikan.

Sumber asal : Blog HEWI PMRAM

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Menara Warisan 5 Billion : PMRAM Saran Pertimbangkan Semula

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyarankan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menilai dan mengkaji semula dalam membuat pertimbangan semula berikutan perancangan untuk membina menara 100 tingkat sebagaimana yang diumum pada ucapan Bajet 2011.

Menara yang diberi nama Bangunan Warisan Merdeka tersebut bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia apabila ia dilaksanakan yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Isu yang menjadi topik perbualan adalah berkaitan kos yang amat tinggi dibelanja iaitu sebanyak 5 billion.

PMRAM sama sekali tidak menolak akan perancangan dalam menarik tarikan pelancong bagi meluaskan lagi promosi negara Malaysia ke dunia luar di samping untuk mendapatkan pelabur asing dengan kadar yang tinggi. Namun, pertimbangan melaburkan kos 5 billion dengan keperluan asas yang sewajarnya itu yang perlu dinilai semula.

Memandang kepada realiti masyarakat Malaysia yang masih rata-rata kurang kemampuan terutama dari sudut kebajikan dan pendidikan, kos 5 billion lebih bermanfaat untuk disalurkan ke arah tersebut sekaligus meletakkan negara lebih stabil dari sudut kebajikan dan menuju ke arah kemajuan dengan institut pengajian yang semakin berkembang. Hal ini dapat direalisasikan dengan saluran yang tepat berdasarkan kehendak yang mesti didahulukan mengikut tuntutan keadaan.
 
Justeru, PMRAM menyarankan sekali lagi agar pihak Kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan kos penggunaan 5 billion tersebut dengan mengkaji tuntutan yang selayaknya didahulukan bertepatan dengan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Mohd Faizzudin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
PMRAM 2010

Sumber asli : pmram.org


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

PMRAM Memandang Serius Isu Islamic Fashion Festival

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..



KAHERAH, 22 Oktober – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini menyatakan kekesalan terhadap isu panas yang melanda umat Islam sedunia hari ini, khususnya di Malaysia.

Isu berkenaan Islamic Fashion Festival yang dijalankan di Monte Carlo pada 9 Ogos mengundang kemarahan umum umat Islam di Malaysia apabila festival jelas bercanggah dengan landasan syara’.

PMRAM turut menyokong tindakan bantahan yang dilaksanakan oleh beberapa NGO Islam di Malaysia bagi menyatakan kekesalan isu tersebut dan meminta agar festival seperti itu tidak lagi dilaksanakan di Malaysia.

Semalam (21 Oktober, Khamis), MANHAL PMRAM telah pun mengeluarkan kajian yang berkaitan Islamic Fashion Festival yang jelas ia cukup mengundang kemarahan umat Islam apabila ia seakan-akan menghina Nabi Muhammad SAW apabila kalimah Muhamad yang diterbalikkan dan terdapat di pakaian yang dipakai oleh seorang model wanita yang tidak menutupi aurat.

Bahkan festival tersebut turut melanggar landasan syara’ apabila terdapat percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan serta terdapat beberapa model yang tidak menutupi aurat.

Naib Presiden I, merangkap Ketua Lajnah Badan Dan Dakwah, Saudara Adlan Mokhtaruddin berkata program-program sebegini amat dikesali kerana ia menyumbang ke arah keruntuhan moral akhlak di kalangan masyarakat yang kian parah sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Bahkan beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini konsert yang mengundang penuh kontroversi dan kemarahan umat Islam dengan membawa artis luar negara yang popular dengan simbolik gay juga merupakan tanda kerosakan akhlak yang semakin parah.

Justeru, isu-isu sebegini PMRAM memandang serius terhadap apa yang berlaku dan mengharapkan pihak kerajaan Malaysia serius menangani isu ini dengan baik bagi sama-sama menjaga maruah umat Islam serta memastikan segala program yang boleh mengundang kerosakan akhlak di kalangan masyarakat tidak lagi dijalankan.

Mohd Faizuddin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
PMRAM 2010
 Lain-lain gambar...



 Datin Seri Rosmah Mansor ketika merasmikan IFF
Kalimah yang dikatakan nama Nabi Muhammad s.a.w yang
diterbalikkan. Inikah fashion Islam yang dicanangkan..??

Menutup auratkah..??




Sumber asli : pmram.org


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

ORGANISASI MAHASISWA

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..
 
Organisasi pemuda dan mahasiswa yg baik adalah 
yg mampu memposisikan diri sbg medium bg pemuda
utk mengintelektualisasikan potensi mereka secara optimum.
Potensi itu harus diasah,dikembang dan diaplikasikan demi 
kemajuan ummah kerana orientasinya yg mulia itu
mahu tdk mahu organisasi anak muda dan mahasiswa
harus terlibat dan bergaul dengan persoalan2
sosial,eko, dan politik yg melanda masyarakat
-Anak Muda Mentranformasi Negara!


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Program Terdekat Buat Mahasiswa PMRAM...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Makluman tentang program terdekat................

Penerangan Isu-Isu Semasa & Mahasiswa serta "Ya Allah, Selamatkan Kutub Sittah" 
akan diadakan pada Tarikh :23 Oktober 2010 (SABTU)
Tempat :Rumah Kelantan Baru (RKB)
Masa :5.00 malam 
Agenda : Solat hajat khusus untuk Kutub Sittah,
Penerangan Isu Mahasiswa Islam Mesir
Anjuran : 
Badan Penerangan & Penerbitan & Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM 2010



  • RIADAH SISWI 
    anjuran Skuad Wajadiri Pmram (SWAD)
    akan diadakan pada hari Selasa bersamaan 26hb oktober 2010,
      Masa :12.30 tengahari 
    Tempat : di surau asrama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
    SWAD akan memberi pendedahan tentang teknik beladiri wanita,
    juga disertakan demonstrasi dari wakil Kelab Tae Kwon-Do 
    dan Persatuan Silat.
    Dijemput kepada semua mahasiswi untuk hadir
    dan diwajibkan ke atas ahli.[mesir shj]







  • Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

    " Fikrah Yang Jelas Membentuk Jatidiri Mahasiswa " - Presiden PMRAM

    Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

    MANSURAH 18 Oktober - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menegaskan bahawa PMRAM merupakan sebuah gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti dan program berdasarkan garis panduan syarak.

    Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli PMRAM sama ada di Kaherah mahupun di setiap cawangan untuk bersama-sama membantu agenda pembawakan PMRAM pada sesi ini.

    Beliau menyatakan bahawa, fikrah yang jelas bakal membentuk jatidiri dan integriti sebagai seorang mahasiswa Islam. Sebab itulah antara fokus pembawakan PMRAM pada sesi ini adalah "Mengembalikan Identiti Akhlak Islamiyah".

    Katanya, sikap menjaga hak dan maruah sebagai seorang mahasiswa Islam merupakan identiti akhlak islamiyah yang perlu dikembalikan dalam jiwa umat islam. Mahasiswa Islam bukanlah orang yang mudah dipermainkan dan diperbodohkan.

    "Islam mengajar kita untuk menjaga hak dan maruah. Orang yang membiarkan hak dan maruahnya dicabuli adalah orang yang dayus. Mereka ini dikeji oleh syarak. Sebab itulah PMRAM serius membentuk fikrah yang sebenar dalam jiwa mahasiswa Islam". Ujar beliau ketika menyampaikan amanat emas.

    Seramai hampir 70 mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ketika ramah mesra bersama Badan Pengurus dan HEWI PMRAM di Dewan Persada Jazirah al-Ward, Mansurah.

    Justeru, tambahnya PMRAM mempunyai wawasan yang panjang dan jauh. Bukan hanya sekadar di Mesir sahaja bahkan kesinambungan PMRAM di Malaysia adalah Islam.

    Ini, katanya kerana agenda pembawakan PMRAM adalah bagi mencari redho Allah SWT.

    "Segala aktiviti dan program yang PMRAM anjurkan adalah bagi menampakkan wajah Islam yang sebenar. Justeru, kita akan memahami kehendak syarak dengan kita melibatkan diri pada aktiviti persatuan" tegas beliau dalam ucapan penutup.

    Ramah mesra yang diadakan di Mansurah itu berakhir pada jam 3.50 petang.

    Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

    " Pastikan Ahli Merasai Bahawa PMRAM Ada Hak di ARMA "

    Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


    DUMYAT, 18 Oktober - Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengulas isu berkenaan ARMA ketika ditanya dalam ramah mesra bersama Kepimpinan PMRAM sempena Jaulau Badan Pengurus ke Dumyat.

    Beliau ketika ditanya mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh pihak PMRAM beserta jangka masa dalam mendapatkan kembali hak di ARMA, menjelaskan bahawa tanggungjawab berkaitan ARMA ini adalah sepenuhnya di bawah Timbalan Presiden merangkap Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia menerusi Unit Panitia ARMA.

    Beliau menerangkan bahawa tindakan Unit Panitia ARMA adalah untuk memastikan ahli mengetahui fakta sejarah berkenaan ARMA, menjaga kebajikan ahli PMRAM di ARMA dan berusaha mengembalikan hak PMRAM yang telah dinafikan.

    Namun begitu, beliau menjelaskan, melihat kepada sensitiviti ahli berkenaan hak PMRAM di ARMA semakin suram dan luntur, maka tanggungjawab utama ke atas Unit Panitia ARMA adalah untuk menaikkan semula sensitiviti ahli berkenaan isu ini.

    Unit Panitia ARMA menerusi objektif utama yang diletakkan begitu optimis dalam memperkasakan penerangan berkaitan di atara ARMA dan PMRAM di samping memainkan sensitiviti ahli bagi memastikan ahli cakna ke atas ARMA.

    "Usah ditanya bila PMRAM akan mendapatkan ARMA, atau berapa peratus keberjayaan PMRAM dalam mendapatkan haknya semula yang sudah hampir 20 tahun dinafikan. Apa yang penting sekarang, kita mesti memastikan ahli seluruhnya cakna isu ini ada merasai hak PMRAM di ARMA yang dinafikan selama hampir 20 tahun," jelas beliau kepada ahli-ahli PMRAM di PMRAM Cawangan Dumyat.

    "Kita mahukan suasana mengenai sensitivit ahli berkaitan ARMA adalah sebagaimana pada tahun 1992 yang mana ahli sanggup bangun dan bersuara untuk bersama-sama dengan kepimpinan PMRAM dalam mempertahankan hak tersebut. Ekoran tanggungjawab yang besar inilah tugas panitia diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Presiden yang menunjukkan bahawa misi ini sangat besar dan penting buat ahli dan kepimpinan PMRAM, " ulas beliau dengan lebih panjang.

    Menurut beliau, sehingga kini di bawah Unit Panitia ARMA, sebanyak 1400 buku kronologi ARMA telah pun diedarkan secara percuma kepada ahli di Kaherah dan seluruh DPM.

    Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

    Tudung moden Wanita Islam : Tudung Rahib Kristian..??

     Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

    Suatu perkongsian dari rakan blogger yang lain..

    Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang.

    Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

    Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud  :
    "Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka"
    – riwayat Abu Daud.

    RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

    Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

    Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

    Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

    selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

    Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...


    Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

    “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

    Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen


    _____________________________________________________________________
    Q.I Said : Suatu pengiktibaran buat ana seorang wanita dan seluruh wanita Islam di luar sana..

    Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

    CITA PEMUDA...

     Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


    Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

    Tajarrud di Jalan Dakwah...

     Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

    Pemuda pemudi sekalian sesungguhnya gerakan dakwah yang penuh ujian mehnah dan tribulasi sangat memerlukan hati-hati dan jiwa-jiwa yang memiliki tajarrud yang bersambung kepada Allah SWT, yang tidak selalu melihat pada kenikmatan dunia yang sementara, tidak bekerja untuk kepentingan peribadi, atau meraih kepemimpinan, atau kebanggaan, atau ingin menjadi terkenal, kerana itu diantara intipati yang menjadi fokus gerakan Islam dalam kerja tarbiyah adalah melatih pemuda pemudi untuk membersihkan jiwanya daripada kelalaian dunia, kemudian meningkatkan diri untuk hidup dengan tajarrud pada risalahnya, berjihad dan siap untuk berkorban di jalannya Fisabilillah dengan seluruh jiwa dan raga yang ada pada pemuda dan pemudi.

    ingatlah Bahawa jalan dakwah adalah satu, oleh kerana itu, berbagai dakwah yang diserukan oleh kebanyakan jemaah atau kelompok yang ada di Negara ini tidak akan meraih kemenangan atau hasil perjuangan jika tidak mampu melakukan tajarrud dengan usaha membersihkan jiwa dari fikrah (ideologi) pentingkan diri kerana dengan menguasai dakwah hanya pada akal dan perasaan mereka, maka tidak ada sesuatu apapun yang dapat membantu daie dalam menghadapi berbagai ujian dan mehnah tribulasi di tengah jalan dakwah yang sulit kecuali tajarrud kepada Allah dan ikhlas untuk-Nya.


    “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Al-An’am:162-163)


    Sayyid Qutb mengatakan, “Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar.”

    Syaikh Arselan, pemikir Muslim asal Syiria, yang menulis buku Mengapa Kaum Muslimin Mundur dan Orang Barat Maju menjelaskan jawabannya dalam kalimat yang sederhana, "kerana," kata Syaikh Arselan. "orang-orang barat lebih banyak berkorban daripada kaum Muslimin. Mereka memberi lebih banyak demi agama mereka daripada apa yang diberikan kaum Muslimin bagi agamanya".

    Dan ketika ada pertanyaan, "Apakah yang memerlukan untuk menegakkan agama ini dalam realiti kehidupan?" Maka jawabnya dengan kehadiran para pahlawan pemuda pemudi sejati yang tidak lagi hidup bagi dirinya sendiri, tetapi hidup bagi orang lain dan agamanya, serta sangup mengorbankan semua yang ia miliki bagi agamanya.

    Syaikh Syahid Hasan Al-Banna berkata: Yang saya maksud dengan tajarrud adalah membersihkan fikrah Anda yang berbagai prinsip dan berkepentingan individu kerana hal tersebut merupakan ideologi paling mulia, lengkap dan tinggi darjatnya


    “Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghah nya dari pada Allah?” (Al-Baqarah:138)

    Abul Hasan An-Nadwi mengatakan: “Diantara ciri khas para nabi dan para duat kepada Allah adalah tajarrud untuk berdakwah dan fokus kepada hati dan jiwa raga dan sesuatu yang berharga, waktu dan kekuatan, dan di antara keperibadian mereka adalah fokus pada kesungguhan, keahlian dan menyerahkan segala waktu dan potensi mereka untuk dakwah ini dan menyebarkannya serta dengan berjihad di jalannya, memberikan seluruh waktunya sehingga tidak ada yang tersisa sedikitpun dari apa yang mereka miliki, tidak sedikit pun yang ditahannya dan tidak terpengaruh atasnya sedikit pun bukan pada negara, keluarga, kelompok, hawa nafsu dan harta sehingga segala usaha mereka mendapatkan hasil yang gemilang”.


    Oleh kerana itu pemuda pemudi yang jujur adalah seorang yang selalu semangat dalam jihadnya, tidak terniat pada dakwahnya dan kesungguhannya dalam bekerja hanya untuk mendapatkan pengkat atau tampil sebagai pemimpin dalam dakwah namun hatinya daripada duniawi, tidak bercita-cita sedikitpun untuk mendapatkan jawatan itu.


    Sesungguhnya fenomena pertikaian, perpecahan dan perdebatan yang dialami oleh kebanyakan Gerakan dakwah memberikan isyarat kepada kita bertapa kurangnya tajarrud kepada Allah SWT yang sebenarnya, sehingga terjadi perbezaan pendapat.


    Firman Allah SWT

    “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu Jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Maidah:8)

    Namun ketika tajarrud hilang dari kehidupan seorang muslim, maka dirinya akan diisi oleh hawa nafsu dan bangga pada diri dan pendapat sendiri, dan hal tersebut merupakan pangkal kehancuran

    Firman Allah SWT
    “Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik”. (As-Shaff:5)


    Maka dari itu, berpegang teguhlah dengan tali Allah wahai Pemuda pemudi sekalian di mana saja kita berada, dan teruslah berjalan pada jalan dakwah ini, tajarrudlah untuk risalah ini, dan ikhlaslah untuk Allah sebagai Tuhan Pencipta kita, dan bekerjalah untuk Kebangkitan Islam Akhir zaman.
    Semoga janji Allah SWT di dalam surah an-nur ayat 55 akan berlaku tidak lama lagi I.Allah... Takbir3x Allahu Haq.


    Inilah Surat Allah Yang Maha Berkuasa kepada Gerakan Islam untuk Kemenangan Islam Akhir Zaman!! Apa tunggu lagi Ayuh Kita percepatkan proses Kemengan ini!!


    Firman Allah Al-Jabbar Al-Malik Al-Qahar:-

    "Aku (Allah) menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Aku (Allah) akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan Agama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka!!"


    Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

    APA PERLUNYA KITA BEKERJA UNTUK ISLAM..?? ( Vol.2)

     Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


    Di antara bukti-bukti yang menguatkan bahawa beramal untuk Islam adalah wajib dan ianya bersifat wajib taklifi (difardukan), bukannya tanggungjawab yang diperintahkan melakukan secara sukarela, dapat dilihat secara yakin dari beberapa sudut:

    1) Wajib dari sudut prinsip ( Mabda’ )
    2) Wajib dari sudut hokum
    3) Wajib dari sudut tuntutan ( Darurat )
    4) Wajib secara individu mahupun jemaah
    5) Ganjaran jihad adalah untuk mujahid itu sendiri

    Pertama: Wajib Dari Sudut Prinsip (Mabda').

    Beramal atau bekerja untuk (menegakkan seluruh ajaran) Islam pada prinsipnya adalah wajib kerana beramal atau bekerja adalah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia, didahului oleh para Nabi dan para Rasul kemudian ke atas umat manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat kelak.Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud:

    Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
    Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan
    dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
    (Surah Al-Asr, Ayat:1 - 3).

    Dan firman Allah yang bermaksud:

    Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan
    kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan
    menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan
    perutusanNya. (Surah Al-Maaidah, Ayat: 67).

    Dan firman Allah yang bermaksud:

    Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
    telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
    Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
    oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 159).

    Dalam sunnah Rasulullah s.a.w yang mulia terdapat riwayat-riwayat yang mempunyai hubungan secara khusus tentang dakwah kepada kebenaran dan menentang kebatilan. Di antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w:

    "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya
    dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa),
    maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan
    nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan
    hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.
    Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi".
     (Hadis riwayat Tirmizi).

    Sabda baginda yang lain:

    "Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman
    kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf
    (yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar
    sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi
    menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu
    lagi".
     (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

    Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

    "Apabila engkau melihat umatku takut untuk
    berkata kepada orang yang melakukan kezaliman: Wahai penzalim! Maka
    sesungguhnya dia telah mengucapkan selamat tinggal baginya".
     (Hadis riwayat Hakim).

    Kedua: Wajib dari Sudut Hukum.

    Beramal untuk Islam adalah wajib dilihat dari sudut hukum kerana tidak berjalannya syariat Allah di atas muka bumi dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam bekerja untuk menegakkan masyarakat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam. Umat Islam juga wajib bekerja supaya manusia tunduk mengabadikan diri kepada Allah di dalam iktikad keyakinan, akhlak dan sistem hidup mereka berdasarkan dalil dari Al-Quran yang menyebut yang bermaksud:

    Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak
    disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana
    perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di
    hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka
    menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
    (Surah An-Nisa', Ayat: 65).

    Dan firman Allah yang bermaksud:

    Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikutpengikutmu):
    Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka
    hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya
    ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk
    kembali (dalam segala keadaan).
    (Surah Asy-Syura, Ayat: 10).

    Begitu juga firman Allah yang bermaksud:

    Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
    diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang
    yang kafir.
    (Surah Al-Maaidah, Ayat: 44).

    Firman Allah yang bermaksud:

    Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
    diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
    (Surah Al-Maaidah, Ayat: 45).

    Firman Allah yang bermaksud:

    Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
    diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.
     (Surah Al-Maaidah, Ayat: 47).

    Apabila menegakkan masyarakat Islam dan melaksanakan hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah itu hukumnya wajib maka kerja-kerja yang membawa kepada kewujudan masyarakat Islam dan terlaksananya hokum Allah turut menjadi wajib berdasarkan kaedah syarak yang bermaksud:

    “Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu
    yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib".

    Sebahagian besar dari negara-negara (umat) Islam, kalau pun tidak dapat dikatakan seluruhnya diperintah oleh sistem-sistem ciptaan manusia yang merupakan campur aduk dari sistem undang-undang Rumani, Yunan,Perancis dan sebagainya.

    Demikian juga sistem ekonomi yang menguasai negara-negara tersebut adalah sistem ekonomi Kapitalisme dan Sosialisme.Ini adalah penyebab utama yang mendesak umat Islam supaya menyusun gerak-kerja untuk meruntuhkan sistem jahiliah dalam bentuk seperti ini dan kewajipan mengembalikan kehidupan Islam adalah menjadi fardu ain ke atas setiap muslim sehingga kepimpinan dan kekuasaan kembali kepangkuan Islam.

    Selain dari itu masih banyak kewajipan-kewajipan syariah yang perlaksanaan dan amalannya bergantung kepada adanya khalifah atau Imam sedangkan pelantikan Khalifah (Imam) itu sendiri sangat bergantung kepada wujudnya kekuasaan Islam.

    Oleh itu seluruh undang-undang yang berkaitan dengan sistem-sistem Islam sama ada di dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi, politik malah kesemua undang-undang yang berkait dengan hukum, kanun keseksaan, perdamai,peperangan, jihad,gencatan senjata, perjanjian damai, muamalat, kemasyarakatan dan ekonomi, semuanya ini dan sebagainya adalah di antara bidang-bidang Syariat Islam yang tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah Negara yang teguh di atas dasar-dasar Islam.

    Ketiga: Wajib Dari Sudut Tuntutan (Darurat).

    Beramal dan bekerja untuk Islam juga merupakan satu kewajipan jika dilihat dari sudut tuntutan untuk menghadapi cabaran-cabaran zaman kini dan serangan musuh-musuh Islam. Ianya adalah satu kewajipan kerana dengannya dapat menyekat penularan fahaman kebendaan dan ateis (tidak
    percayakan tuhan) yang berusaha menggugat kewujudan Islam.

    Sekiranya dilihat dengan pemerhatian yang teliti kepada nasib yang dialami oleh negara-negara umat Islam hari ini maka sudah pasti ia menjadi bukti menguatkan lagi tuntutan tersebut adalah tanggungjawab yang wajib di sisi syariat di mana umat Islam tadi seharusnya berdiam diri dan memandang ringan.Kita dapati banyak negara-negara (Umat Islam) yang mengadu dan merintih dengan penuh penderitaan kerana dikuasai oleh keserakahan orang-orang bukan Islam (kafir) sebagaimana yang dialami oleh rakyat Palestine, Kashmir, Eitrea, Qibrash, Bukhara, Samarkand dan lain-lain.Manakala beberapa negara lain pula menderita kerana cengkaman kuasa golongan minoriti yang berniat jahat ke atas umat Islam, mereka memerintahkan Umat Islam dengan kekuatan besi dan api.

    Kita dapati juga beberapa bahagian dari negara Umat Islam yang lain mengadu mengenai penderitaan mereka yang disebabkan oleh kekuasaan parti-parti puak kiri (yang terdiri dari sosialis dan komunis) atau puak kanan (yang berkefahaman kapitalis) dalam negara mereka. Begitu juga keadaan hidup di beberapa tempat yang lain yang berada di dalam suasana pertumpahan darah yang hebat hasil dari perebutan kuasa di antara
    kekuatan puak kiri dan puak kanan.

    Selain dari hal-hal yang tersebut di atas, sebenarnya betapa perlunya amal Islami sekalipun secara darurat, dari menyahut cabaran-cabaran dari dalam yang berupa kuncu-kuncu, tali barut dan penyokong musuh Islam. Firman Allah yang bermaksud:

    Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan
    (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
    (Surah Al-Anfaal, Ayat: 39).

    Keempat: Wajib Secara Individu Mahupun Jemaah.

    Tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam dari sudut kewajipan syarak (taklifi) adalah satu tanggungjawab ke atas individu (fardi) sama seperti kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab syariat yang lain di mana ganjaran pahala diberikan apabila dilaksanakan tanggungjawab tersebut dan dibalas dengan dosa apabila ia ditinggalkan.
    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan
    Neraka Saqar itu?
    (Surah Al-Muddaaththir, Ayat: 27).

    Firman Allah lagi yang bermaksud:

    Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada
    hari kiamat dengan seorang diri.
    (Surah Maryam, Ayat: 95).

    Firman Allah lagi yang bermaksud:

    Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu
    lakukan adalah untuk diri kamu.
    (Surah Al-Israa', Ayat: 7).

    Firman Allah lagi yang bermaksud:

    Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa
    perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
    (Surah Al-An'aam, Ayat:164.)

    Firman Allah lagi yang bermaksud:

    Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
    sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri.
     (Surah Al-'Ankabuut, Ayat: 6).

    Supaya orang lain itu semuanya turut serta dalam kerja-kerjanya membina masyarakat dan memakmurinya iaitu dengan membina kehidupan masyarakat atas dasar kebenaran (Al-Haq) dan memakmurkan dengan kebaikan, maka Islam telah menentukan ke atas setiap orang Islam bertanggungjawab memberikan khidmat dan pengorbanan mereka untuk Islam mengikut batas kemampuan masing-masing, selama mana insan itu berada dalam keadaan baligh, akal yang sihat dan ada kemampuan.

     Dari pengorbanan seperti ini akan menjadikan masyarakat Islam itu sebagai sel yang hidup dan bernyawa dalam badan. Setiap individu dalam masyarakat ini akan memberikan sesuatu malah mereka berlumba-lumba untuk berkorban.

    Dari kenyataan di atas jelaslah bahawa kewajipan beramal dan bekerja untuk menegakkan Islam oleh individu adalah sama seperti kewajipan-kewajipan syarak yang lain iaitu ia adalah satu kewajipan Islam.Oleh kerana beramal dan bekerja untuk Islam adalah kewajipan individu (fardi) dari sudut ini maka ia juga adalah satu kewajipan secara jama'ie (organisasi) apabila dilihat dari sudut tanggungjawab gerakan dan dari sudut perlaksanaannya.

    Kenyataan ini dibuktikan oleh realiti-realiti yang berlaku dan keadaan-keadaan yang pada dasarnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

    Di antara realiti-realiti tersebut ialah:

    1. Sebenarnya taklif atau tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam adalah satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul oleh orang perseorangan kerana matlamat amal Islami adalah untuk meruntuhkan jahiliah hingga ke akar umbinya lalu di atas runtuhan itulah ditegakkan Islam.

    Tugas yang berat ini menurut pengorbanan, kemampuan dan kesanggupan yang tidak mampu dilakukan secara perseorangan bahkan tugas ini tidak mampu dipikul sekalipun dengan memerah seluruh tenaga, kegigihan dan kesanggupan menghadapi segala penderitaan. Tanggungjawab ini hanya mampu dipikul oleh gerakan yang tersusun, yang memiliki kadar kemampuan yang setimpal dari sudut kesedaran, penyusunan dan kekuatan dalam menghadapi jahiliah yang wujud.

    2. Sesungguhnya usaha kerja Rasulullah s.a.w dalam rangka menghadapi serangan jahiliah dan kemudiannya menegakkan masyarakat Islam serta mengembalikan kehidupan mengikut lunas-lunas
    Islam merupakan dalil dan bukti bekerja secara berjemaah untuk menegakkan Islam adalah wajib.

    Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w tidak menggunakan cara bekerja secara individu di dalam bertindak,malah sejak dari awal-awal lagi baginda begitu mengambil berat kepada usaha-usaha menubuhkan jemaah dengan memilih anasir-anasir pembinaannya dangan teliti. Kemudian baginda s.a.w membentuk dan membersihkan mereka sehingga menjadi satu kekuatan dalam proses perubahan yang baginda s.a.w lakukan. Inilah yang telah dibuktikan oleh perjalanan sirah Rasulullah s.a.w dalam setiap peringkat dan lapangan.

    3. Selain dari itu amal dan gerak kerja untuk menegakkan Islam dipenuhi dengan halangan ranjau dan duri, ujian dan cubaan.Halangan-halangan yang menunggu di jalannya sangatlah banyak.
    Kuasa-kuasa asing yang saban waktu menunggu kesempatan memukul umatnya juga adalah banyak. Semua cabaran-cabaran ini menuntut kewujudan sebuah tanzim haraki (penyusunan gerakan jemaah) yang menyeluruh dari sudut kualiti dan kuantiti untuk menghadapi segenap peringkat amal, suasana persekitaran serta kemungkinan-kemungkinan yang mendatang.

    Dari ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w terdapat banyak dalil-dalil yang secara nyata menunjukkan beramal secara berjemaah yang kemas tersusun untuk menegakkan Islam adalah merupakan satu perkara penting.

    Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

    Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
    (maksiat) dan pencerobohan.
    (Surah Al-Maaidah, Ayat: 2).


    Kelima: Ganjaran Jihad Adalah Untuk Mujahid Itu Sendiri.

    1. Sejak awal-awal lagi para petugas yang bekerja untuk Islam mestilah memahami secara mendalam bahawa merekalah yang sebenarnya memerlukan Islam. Sewaktu mereka bekerja, berjihad dan berjuang,bererti mereka bertindak membersihkan diri dan jiwa mereka sendiri disamping menunaikan sebahagian dari hak-hak Allah ke atas mereka supaya mereka memperolehi ganjaran dari sisi Allah di hari kiamat kelak, hari di mana pandangan menjadi tunduk merendah dan hati
    menjadi bergetar kerana dilanda ketakutan ditimpa azab.Mereka inilah yang beruntung sekiranya mereka mara beramal dan merekyang rugi sekiranya mereka berundur dan berpaling tadah.
    Allah s.w.t berfirma yang bermaksud:

    Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
    sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;
    sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada
    sekalian makhluk.
    (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 6).

    Allah s.w.t juga berfirman yang bermaksud:

    Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan
    berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu
    mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
    (Surah Muhammad, Ayat: 38).

    2. Mereka juga mesti memahami bahawa nilai dan harga diri mereka sebenarnya adalah kerana pegangan mereka kepada Islam. Mereka tidak mempunyai apa-apa nilai sekiranya tidak bersama Islam (sama seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu).

     Kemuliaan dan ketinggian mereka yang sebenarnya tidak akan tercapai melainkan dengan mereka menggembleng tenaga dan melibatkan diri di dalam jemaah Islam yang memperjuangkan Islam dan terus kekal dalam jemaah yang berkenaan.

    Sesiapa yang mengasingkan diri dia akan keseorangan di dalam azab neraka. Sesiapa yang menyatukan dirinya secara benar dengan kumpulan tersebut bererti dia telah bergabung dengan nasab keturunan yang mulia mengikat diri dengan golongan yang mendapat petunjuk, yang terdiri daripada para Nabi dan para syuhada yang mendapat nikmat di sisi Allah s.w.t.

    3. Para petugas amal Islami juga mesti menyedari bahawa terus kekal bersama dengan jemaah adalah syarat bagi mendapat pendirian yang teguh sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

    "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih
    (dari kumpulannya)".

    Masyarakat yang dipenuhi dengan fitnah tidak ubah seperti malam yang gelap-gelita. Manusia tidak mungkin dapat menjalani kehidupan dengan sempurna atau tidak terjejas dengan kesan-kesan kotoran masyarakat tersebut sekiranya tidak menerima peringatan, nasihat dan ingat-memperingati.

    Firman Allah yang bermaksud:

    Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana
    sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang
    beriman.
     (Surah Az-Zaariyaat, Ayat: 55).

    Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud:

    Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
    Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan
    dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
    (Surah Al-Asr,Ayat: 1 - 3).

    Oleh yang demikian mereka mestilah hidup di bawah satu naungan keluarga yang beriman. Mereka mestilah bersama-sama dengan pasukan Tuhan yang Maha Pengasih dan terus hidup bersama mereka buat selama-lamanya.

    Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

    Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
    (Surah Al-Kahfi, Ayat: 28).
    4. Para petugas amal Islami juga mestilah benar-benar memahami bahawa mereka beramal dengan bekerja semata-mata kerana Allah dan berjihad pada jalannya. Mereka juga mesti memahami bahawa jalan ini adalah jalan yang paling jauh, penuh dengan kesukaran.

    Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak diingini manakala mereka pula dilingkungi oleh perkara-perkara yang menarik syahwat.Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yang hidup dalam suasana mewah, mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup.

    Jalan ini juga tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan mengikut runtunan nafsu, tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang sempit dada dan tidak memiliki kekuatan, tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian, apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda, tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang berpegang dan berkeras dengan pendapat sendiri sahaja sedangkan dia sendiri tidak mengetahui bahawa ia tidak mengerti (kedudukan yang sebenarnya) dan jalan ini juga tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak bersedia untuk tunduk kepada keputusan jemaah
    dan tidak sanggup pula beriltizam dengan pandangan-pandangan jemaah

    .Sesungguhnya jalan ini adalah jalan pembersihan jiwa, penyucian hati dan pengawalan diri, jalan kerahmatan dan kemuliaan. Jalan kesabaran dan ketetapan, jalan kebebasan dan kehormatan dan jalan kebenaran dan keikhlasan. Sesungguhnya jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh orang-orang mukmin yang hati-hati mereka mempunyai ikatan yang kukuh dengan Allah yang Maha Esa, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadanya.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

    Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
    Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
    Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah
    telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
    (SurahAt-Talaaq, Ayat: 126).

    Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud:

    Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya
    maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa
    yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah
    akan memberi kepadanya pahala yang besar.
    (Surah Al-Fath, Ayat: 10).

    Sahabat pembaca yang budiman,setelah meniliti karangan al-Mujahid Fathi Yakan ini,tentu anda sudah fahami secara menyeluruh tuntutan untuk bekerja demi Islam.

    Saya ingin bangkitkan kesedaran buat diri ini dan saudara-saudara sekalian.Musuh-musuh Islam seluruh dunia bekerja siang dan malam demi mencapai satu matlamat yang keji dan hina iaitu untuk menghancurkan islam.. Jadi,adakah kita tenang untuk berdiam diri..??? Hidup menyendiri tanpa memberi sumbangan demi menyelamatkan Islam..??

    Justeru,saya mengajak sahabat pembaca yang budiman,berilah sumbangan kepada Islam,walaupun sedikit,semoga istiqomah.Kelak kita akan disoal di akhirat,apakah sumbangan kita untuk Islam sewaktu kita hidup di dunia dahulu.Semoga Allah berkenan untuk menjadikan kita sebahagian daripada tentera agama-Nya.Ya Allah..Peliharalah kami dari hidup yang sia-sia….Amin..



    Sumber Rujukan : Maza Ya’ni,karangan Ustaz Fathi Yakan.

    Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

    .::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

    .::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

    Related Posts with Thumbnails

    Followers

    .:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

    .:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

    .::Zon Chat::.

    .::Ahlan Wasahlan::.


    MELAKAR CINTA FIRDAUSI