Muzakarah Berkelompok : Peranannya untuk Kebangkitan Ummah..!!

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Video Promo Muzakarah Berkelompok PMRAM..Saksikan...


Muzakarah Berkelompok / Smart Circle / Islamic Circle / Discussion Group dll pada asalnya dikenali dengan Usrah. Namun, ditukar nama supaya menarik lebih ramai mad'u selain atas sebab keselamatan ( di Mesir ) .

Muzakarah berkelompok mempunyai peranan sangat penting untuk memastikan Islam terus bertapak kukuh di muka bumi ini.Sejarah pada zaman Rasulullah s.a.w telah membuktikan,Islam itu telah tersebar dan berkembang luas ke seluruh dunia sehinggalah pada hari ini.Sinar Islam itu  telah terpancar dan bermula dari rumah Arqam bin Al-Arqam.

Selama 3 tahun Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada para sahabat terdekat secara sembunyi dan konsep yang Baginda s.a.w gunakan adalah sama iaitu Usrah atau Muzakarah Berkelompok.

Di situ para sahabat yang awal memeluk Islam ditarbiyah imannya sehingga mampu mengharungi pelbagai cabaran dan ancaman oleh puak Kuffar.Penyeksaan yang telah dikenakan kepada para sahabat itu sangat berat untuk ditanggung oleh mereka yang lemah iman dan tarbiyahnya.

Justeru, Muzakarah Berkelompok mempunyai kehebatan tersendiri sehingga mampu menggerakkan jiwa - jiwa umat supaya memperjuangkan Islam tercinta.

Seperti yang selalu di canangkan oleh Presiden PMRAM iaitu Saudara Shahrizan Mohd Hazime bahawa Muzakarah Berkelompok adalah medan untuk membentuk fikrah, bukan medan bertalaqqi kitab. PMRAM sangat optimis dalam mengajak ahli-ahlinya menjayakan Muzakarah Berkelompok.

Dengan Muzakarah Berkelompok, ahli PMRAM mampu membentuk fikrah islamiah, meningkatkan integriti mahasiswa Islam, meningkatkan kesedaran untuk amar ma'ruf nahi mungkar dan pelbagai lagi.

Semoga kita semua sentiasa sedar tentang kepentingan Usrah atau Muzakarah Berkelompok ini. Kesannya bukan tertumpu kepada individu sahaja tetapi ia mampu membawa kepada kebangkitan ummah Nabi Muhammad s.a.w pada akhir zaman ini.

Majulah Muzakarah Berkelompok untuk Ummah..!!!

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI