APA PERLUNYA KITA BEKERJA UNTUK ISLAM..?? ( Vol.1)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai
orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(SurahMuhammad, Ayat: 31).

Saya ingin memetik kalam seorang tokoh Islam abad ke-20,Al Allamah Muhammad Iqbal Rahimullah ‘alaihi,beliau menyentuh tentang “ Peranan Muslim ” .Apa yang beliau sampaikan ialah :

Muslim tidaklah dijadikan untuk hanyut bersama arus dan tidak pula untuk mengikut ke mana kafilah orang menuju.Muslim ini dijadikan agar menjadi pengarah dunia,pengarah masyarakat dan kebudayaan.Dialah  yang mengajak orang kepadanya dan memenuhi mereka dengan iradahNya kerana Muslim adalah pemilik risalah,pemilik ilmu yakin dan penanggungjawab perjalanan dunia.

Kedudukan muslim bukanlah sebagai peniru dan pengikut melainkan sebagai kepala,pemimpin pembimbing dan pengarah.Muslim adalah perlaksana amar dan pencegah mungkar.Bila ia ditentang zaman,ditemplak masyarakat dan penyimpangan,tidaklah ia hendak menyerah,tiada melarikan diri dalam kalah…”

Setelah kita teliti kata-kata beliau,maka kita akan dapati kitalah sebagai khalifah bagi umat dunia.Kitalah sebagai pemimpin untuk membawa risalah agama suci  ini.Jadi untuk menyampai kepada matlamat ini,kita perlukan sumber-sumber yang menguatkan jentera umat pilihan ini iaitu pengorbanan dari segi masa,tenaga harta dan sebagainya.Kita perlu bergerak dan bekerja..!! Ya..bekerja..Tanpa kita kita bekerja,maka matlamat ini tidak akan kesampaian.


Kalau anda membaca kitab karangan Ustaz Fathi Yakan iaitu Maza Ya’ni,terdapat bab yang membicarakan tentang saya mestilah meyakini bahawa beramal untuk islam adalah wajib.
Beliau juga menulis tentang wajar bagi kita beriltizam dengan kerja-kerja Islam dan kerjasama dengan aktiviti-aktiviti Islam.

Beriltizam Dengan Kerja-kerja Islam dan Kerjasama Dengan Aktiviti-aktiviti
Islam.

Apabila kita mengaku sebagai seorang muslim, maka kita wajib bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja dalam satu jemaah, bekerjasama dengan pendakwah lain yang menyeru kepada Allah dan menyuruh kepada kebaikan serta mencegah keburukan. Kita perlu bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam.


Allah berfirman yang bermaksud:
Kami akan menguatkan tenaga dan daya usahamu dengan
saudaramu (Harun). (Surah Al-Qasas, Ayat: 35).

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan
dosa (maksiat) dan pencerobohan. 
 (Surah Al-Maidah, Ayat: 2).


Rasulullah s.a.w bersabda: 
 "Seseorang muslim dengan seorang muslim yang
lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu
sama lain".
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda lagi:  
"Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah.
Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)".
(Abu Daud meriwayatkan hadith seperti ini.)

Sabdanya lagi:  
"Kamu wajib bersama jemaah muslimin dan Imam (pemimpin)
mereka".
(Hadith sebahagian riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda yang lain:
"Jemaah itu berkat".
"Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab".
Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaan-Nya.

Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumah tangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah.Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.

Baginda juga bersabda:

"Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam
maka dia bukanlah dari golongan mereka".

Rasulullah s.a.w menjelaskan perkara ini secara langsung:

"Engkau memegang pos penting dari pos-pos Islam, maka (awas) jangan
sampai musuh dapat terlepas dari pengawasan kamu".

Di dalam peperangan Uhud Saad bin Ar-Rabie' ditemui di dalam saat-saat menghampiri maut sedang di tubuhnya terdapat tujuh puluh liang luka kerana rejaman tombak, tetakan pedang dan tusukan panah, lalu ia menoleh kepada Zaid bin Thabit lalu berkata:

"Katakanlah (sampaikanlah berita ini) kepada Rasulullah s.a.w, sesungguhnya saya telah mencium bau syurga dan beritahulah kaumku orang-orang Ansar, tidak ada keuzuran mereka di sisi Allah sekiranya mereka benar-benar ikhlas kepada Rasulullah s.a.w selama mata kamu masih belum pejam, kemudian di saat itu juga dia
menghembuskan nafasnya yang terakhir".
Bekerja untuk islam adalah tuntutan syariat.Selagi daulah islamiah tidak tertegak di muka bumi,maka kewajipan untuk melaksanakan gerak kerja islam ini tidaklah gugur.

Selagi tanggungjawab ini tiada siapa yang memikulnya, maka seluruh kecuaian atau kecacatan para petugas amal Islam dan kecuaian orang yang tidak turut serta dalam kerja-kerja ini, menurut pandangan Islam adalah satu dosa yang tidak akan hilang melainkan orang-orang Islam bersegera bangun memikul tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja untuk menegakkan Islam.

Di antara bukti-bukti yang menguatkan bahawa beramal untuk Islam adalah wajib dan ianya bersifat wajib taklifi (difardukan), bukannya tanggungjawab yang diperintahkan melakukan secara sukarela, dapat dilihat secara yakin dari beberapa sudut.

Saya akan sambung perbahasan ini pada masa akan datang.Hujah-hujah beserta dalil dari Al-Quran yang membenarkan bahawa beramal untuk Islam adalah wajib.
Wallahu a’lam…
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI