KALAULAH MEREKA TAHU SEBENARNYA….


 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

HANYA ALLAH  TAALA YANG SATU-SATUNYA BERKUASA DI ALAM INI. Semua makhluk ciptaan-Nya adalah LEMAH dan tiada berkudrat. Kudrat dan kekuatan yang kita ada hanyalah pinjaman dari-Nya. Justeru, keupayaan kudrat itu hanya picisan dari kekuatan dan keagungan al-Khaliq yang Maha Besar. Bila-bila masa sahaja Dia mampu mengambil  dan mencabut apa yang dipinjamkannya.

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Manusia-manusia hebat di hadapannya hakikatnya adalah LEMAH. Segalanya datang dari Allah. Justeru, apa perlunya kita takut di hadapan makhluk-Nya yang lemah serba tidak berdaya yang melakukan kezaliman..???  

Sekiranya semua makhluk di dunia bersatu untuk menimpakan keburukan dan bencana kepada kita, nescaya ia  tidak akan berlaku melainkan dengan izin-Nya sahaja. Begitulah sebaliknya. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita bukankah hanyalah dengan izin-Nya..??? Kalaulah mereka tahu demikian, tentu mereka tidak tundukdan menjadi hamba kepada manusia.. Mereka pasti  tanamkan rasa yang sangat takut hanya kepada al-Mutakabbir semata-mata.  

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Pergantungan hidup dan mati itu hanyalah pada Allah Taala sahaja. Kalaulah mereka tahu demikian, mereka tidak merasakan dunia ini segala-galanya bagi mereka. Mereka akan mengetahui dan meyakini bahawa Allah Maha Mendengar bisik doa mereka tatkala mereka memohon. Mereka sangat meyakini bahawa Allah sedang melihat apa yang sedang mereka lakukan.  

Kalaulah mereka tahu sebenarnya… tiadalah jalan yang paling benar yang perlu mereka lalui melainkan jalan yang telah dilalui oleh para nabi dan rasul. Justeru, mereka akan berjuang menegakkan agama-Nya dengan pelbagai cara. Kalaulah mereka tahu demikian, tentu mereka tidak disibukkan dengan kerja mengejar dunia yang sia-sia. Semua musuh agama akan mereka hadapi dengan darah dan nyawa. Syahid akan menjadi cita-cita utama dalam hidup mereka…

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Mereka telah ditimpa kelalaian oleh kenikmatan dunia yang menipu. Mereka hendaklah bangkit dan perbaharui roh Islam dalam jiwa. Mereka perlu lakukan sesuatu..!! Bukan hanya meratap kelemahan dan kelalaian.

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Suatu ketika dahulu, mereka pernah BERJANJI DI HADAPAN ALLAH TAALA untuk menjadi KHALIFAH yang memakmurkan dunia.

Kalaulah mereka tahu sebenarnya…

Hidup di dunia yang sebentar ini seolah-olah kita berada di petang hari sahaja waktunya. Beberapa ketika lagi kita akan ditanya semula tentang janji kita..

Jadi..Kalau sekarang kita sudah tahu yang sebenarnya…Adakah kita sekadar sudah tahu..??

Ilham Pena;
Qurratul Ilyani
Haiyyu Sabie’
4.00 a.m

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI