Wasiat kepada Saad Bin Abi Waqas







Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Wasiat ini adalah daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a kepada Saad bin Abi Waqas yang merupakan panglima perang tentera Islam ketika itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Adapun sesudahnya,maka aku wasiatkan kepadamu dan kepada orang yang bersamamu dari para tentera,agar bertaqwa kepada ALLAH S.W.T pada setiap keadaan kerana bertaqwa kepada Allah itu persiapan terutama untuk menghadapi musuh dan strategi terkuat dalam peperangan.Dan aku perintahkan kepadamu dan tentera yang bersamamu agar lebih menjaga diri dari maksiat daripada musuh kamu,kerana dosa tentera itu lebih menakutkan bagi mereka dari musuh mereka.Dan sesungguhnya kaum muslim itu menang kerana kemaksiatan musuh mereka terhadap Allah.

Seandainya bukan kerana itu,maka kita tidak mempunyai kekuatan mengalahkan mereka,sebab jumlah kita tidaklah seperti jumlah mereka dan perlengkapan mereka.Apabila kita sama dengan mereka dalam maksiat,maka mereka mempunyai kelebihan atas kita dalam hal kekuatan.Maka bila kita tidak dapat memenangi mereka dengan keutamaan kita,maka kita pun tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.."


-------------------------------------------------------------------------------------------

Wahai para Mujahid/ah yang membantu agama Allah S.W.T dan berjihad di jalanNya
Ingatlah bahawa...

- Bertaqwa & meninggalkan maksiat itu merupakan kekuatan terbesar kita menghadapi musuh Allah swt & muslimin.

- Maksiat itu penghijab kepada pertolongan Allah.

- Ingatlah,walau betapa ramai bilangan tentera musuh & sekuat manapun mereka dan kelengkapan mereka,kekuatan bala tentera Allah dan kekuasaanNya itu lebih dari segalanya.

- Sejarah telah merakamkan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi memilih tenteranya yang bangun solat di tengah malam dan Sultan Al-Fateh dan tenteranya adalah pasukan perang terbaik yang disabdakan Baginda s.a.w kerana ketaqwaan mereka.

- Para Mujahid/ah yang benar taqwanya dan ikhlas mempunyai kelebihan berbanding tentera musuh kerana penolong kita adalah Allah s.w.t.




--> Q.I said: Semoga berpedoman buat diri ini,mudah-mudahan taqwa,ikhlas & thabat..Amin..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI