Warga Malaysia di Mesir ditangkap disyaki terbabit militan


KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir selepas disyaki terbabit dengan aktiviti militan dan pengganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir, 13 Jun lalu.Ketika ditahan, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41 bersama isteri dan dua orang anaknya berada di lapangan terbang berkenaan untuk menaiki penerbangan pulang ke tanah air.

Beliau berada di negara berkenaan selama sebulan bagi menduduki peperiksaan Syariah pengajian peringkat Sarjananya di Universiti Zamalek namun dimaklumkan mengalami masalah dokumentasi ketika di lapangan terbang itu menyebabkan hanya isteri dan dua orang anaknya dibenarkan pulang.

Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah mengenai penahanan Muhamad Zulkifli oleh pihak berkuasa Mesir itu.

Sila Klik untuk lihat artikel asal. link

--> Q.I said :

- Erm... Tak tahu nak komen macam mana,memang di Mesir siapapun yang disyaki terlibat dengan gerakan Islam akan ditangkap jika dikenal pasti..Allah bersama mereka yang benar berjuang di jalanNya..

- Isu militan di Malaysia,masih hangat lagi diperkatakan.Apakah agenda sebenar mereka menimbulkan isu yang sepatutnya dikaji dahulu apakah benar lagi sahih kewujudan militan tersebut dan perancangan mereka sebelum diwarkan kepada masyarakat umum.

- "Bejuang memang PAHIT kerana syurga itu Manis"

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI