Janji OBAMA genap setahun pemerintahannya yang lalu....



OBAMA =

O - Originally
B - Born in
A - Africa to
M - Manage
A - America

GENAP setahun lalu, pada Jun 2009, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dilantik ketika itu, Barack Obama, memberi ucapan bersejarah di Kaherah yang kononnya untuk memulihkan hubungan negaranya dengan dunia Islam.

Beliau secara lantang bercakap mengenai cabaran kritikal yang dihadapi Amerika Syarikat di dunia Islam sambil menawarkan paradigma dan permulaan baru untuk menangani hubungan antara AS dengan Islam.


Ucapannya mempunyai mesej yang jelas.


Saya datang ke Kaherah untuk mencari permulaan baru antara Amerika Syarikat dengan masyarakat Islam di seluruh dunia, hubungan berdasarkan kepentingan bersama dan rasa hormat antara satu sama lain dan yang bersandarkan kepada kebenaran serta prinsip keadilan, tolak ansur dan maruah seluruh manusia...” Masyarakat Arab dan Islam menyambut baik ucapan itu sambil menaruh harapan Presiden Amerika keturunan Afrika pertama itu akan bertindak serius menangani cabaran yang dihadapi Asia Barat dan mewujudkan hubungan baru dengan dunia Islam"

Sejumlah besar masyarakat Islam dan Arab juga menyambut ucapannya dengan harapan akan ada perubahan walaupun masih ada yang ragu-ragu. Pada masa sama, ramai di kalangan masyarakat Arab dan Islam yang merasakan lelaki yang nama sebenarnya Barack Hussein Obama akan lebih memahami harapan mereka berbanding pemimpin AS sebelumnya dan pada masa sama, menganggap mereka sebagai rakan, bukan masyarakat kelas bawahan.


Mereka juga berharap Obama menjadi orang yang akan membetulkan kesilapan dan salah guna kuasa yang dilakukan pemimpin AS terdahulu.


Menerusi ucapan itu, Obama meningkatkan harapan bahawa tindakan konkrit akan menyusul. Malah, kumpulan pejuang seperti Hamas, Hizbullah dan Ikhwanul Muslimin mengaku Obama memberi harapan baru dalam dasar luar AS. Tetapi, setahun selepas ucapan itu, realiti dasar Asia Barat pemimpin Amerika itu jelas bertentangan dengan harapan yang diberikannya.


Ramai masyarakat Arab dan Islam percaya beliau gagal mengotakan janji manisnya. Perkataan ‘memerangi keganasan’ tidak lagi digunakan tetapi Teluk Guantanamo masih tidak ditutup. Pada masa sama, Obama meningkatkan peperangan di Afghanistan, Somalia, Yaman dan di beberapa negara Islam lain.


Kempen keamanannya di Palestin menemui jalan buntu dan beliau ‘tewas’ dalam pusingan pertama pertarungannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Janjinya untuk membebaskan penduduk Palestin daripada penjajahan tentera Israel dan membantu mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka tidak mungkin tercapai dalam penggal pertama pemerintahannya. Obama gagal menghalang rejim Zionis membina lebih banyak penempatan Yahudi di wilayah yang dijajah rejim itu. AS, tidak seperti kebanyakan sekutunya di Eropah, khususnya Britain dan Jerman, bertindak begitu lemah berhubung kekejaman Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin yang diketuai Turki hingga menyebabkan sembilan aktivis hak asasi manusia terbunuh.


Ketika masyarakat antarabangsa menyuarakan kemarahan terhadap keganasan tentera Zionis itu dan menggesa supaya sekatan terhadap Semenanjung Gaza ditarik balik di samping mendesak siasatan antarabangsa dilakukan, kerajaan Obama pula cuba mencari alasan untuk mewajarkan keganasan Israel.


Langkah AS itu meningkatkan lagi tanda tanya mengenai kejujuran Obama ketika berucap di Kaherah. Yang terancam dengan pendirian pentadbiran Obama berhubung isu itu bukan saja kredibiliti pemimpin Amerika itu, tetapi juga keselamatan negara itu dan Barat.


Jelas, Obama masih belum berani untuk mengambil langkah bagi memecahkan kebuntuan hubungan Amerika dengan dunia Islam.


Dasar luarnya tidak berubah berbanding Presiden AS sebelumnya dan jika ada tindakan yang dilakukannya, ia lebih bersifat untuk mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk. Tanggapan masyarakat Islam di seluruh dunia ketika ini ialah Obama sama saja dengan pemimpin AS sebelumnya yang tahu bercakap untuk menyedapkan hati dan memberi harapan kosong. Jika beliau benar-benar mahu membaiki kerosakan yang dilakukan pemimpin sebelumnya dan menjalinkan hubungan baru berdasarkan kepentingan bersama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, beliau semestinya mempunyai kesungguhan dan wawasan untuk menggariskan tindakan baru serta memberi tumpuan lebih serius dalam menyelesaikan konflk di Asia Barat, khususnya kesungguhan untuk mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka.



Kecuali beliau berani melakukan demikian, Obama mungkin akan diingati oleh masyarakat Islam sebagai seorang lagi pemimpin Amerika yang hanya tahu bercakap kosong. Lebih buruk lagi, jika keadaan itu tidak diatasi segera, beliau mungkin dianggap sebagai orang yang memburukkan lagi hubungan Amerika dengan Islam.



Bagi masyarakat Arab dan Islam pula, mereka sepatutnya tidak boleh menaruh harapan tinggi terhadap ucapan Obama. Memang benar Obama Presiden AS, tetapi dasar luar Amerika bukan sesuatu yang diputuskan olehnya. Dasar itu ditentukan oleh pelobi Yahudi yang sudah menetapkan dasar berkenaan untuk tempoh masa yang lama hingga menyebabkan setiap Presiden Amerika tidak mampu untuk mengubahnya. - Agensi

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI