Selamat Pulang buat delegasi Ramadhan di Gaza

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Selamat pulang ke tanah air buat rombongan Ramadhan di Gaza (RADIG) pada 17 Ogos baru-baru ini.Rombongan tersebut adalah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.Dengan izin Allah rombongan tersebut telah berjaya memasuki sempadan 'Arish-Rafah dalam destinasinya ke Gaza untuk melaksanakan misi kemanusiaan.Saya amat kagum melihat rombongan ini yang rata-ratanya sudah menjangkau usia 40-an,tetapi atas nama persaudaraan dan perjuangan,mereka sanggup menggagahkan tubuh mereka dan menguatkan jiwa semangat mereka semata-mata untuk bertemu saudara-saudara seIslam di Palestin.Begitu juga dengan ahli rombongan yang terdiri dari para intelek dan korporat selain peserta termudanya yang berusia 14 tahun.

Non-Muslim pun turut serta

Paling unik juga,rombongan mereka turut disertai seorang non-Muslim,seorang guru wanita Cina yang kami panggil mesra dengan nama Kak Yong.Biarpun dia masih belum memeluk Islam,namun sensitiviti kemanusiannya sangat menakjubkan,malah tidak keterlaluan saya kira,jiwanya lebih dekat dengan penderitaan umat Islam Palestin,perhatiannya sangat tajam terhadap isu-isu yang dihadapi sauadara-saudara kita berbanding warga Islam yang lain.Kalau tidak,masakan dia sanggup berbelanja sendiri beribu-ribu ringgit Malaysia semata-mata untuk bersama-sama rombongan ini.Jangan tak tahu,Kak Yong pun turut berpuasa bersama-sama sahabat rombongan yang semuanya beragama Islam.Semoga Allah berkenan mengurniakan dia hidayah dan petunjukNya..Amin..

Ramah mesra dengan pelajar Malaysia di Mesir

Sebelum berangkat pulang ke tanah air,rombongan sempat bertemu kami dan beramah mesra.Apa yang paling kami nanti ialah peluang mendengar pengalaman mereka yang amat berharga.Bukan senang untuk masuk ke semenanjung Gaza,berpuasa bersama-sama saudara Palestin dan mendekati mereka.Bertemu-muka dengan perdana menteri Palestin,Ismail Haniah.Melihat realiti keadaan tanah jihad tersebut yang dimusnahkan oleh puak Zionis laknatullah.Semuanya pengalaman tersebut tidak dapat ditukar dengan segunung emas.Saya hanya mampu berkongsi pengalaman yang mereka ada dan memasang cita-cita untuk menjejakkan kaki di tanah jihad tersebut.Mudah-mudahan Engkau makbulkan ya Allah..



Delegasi di Lapangan Terbang KLIA sebelum berangkat ke Cairo

Isu Palestin bukan isu bangsa arab,bukan isu negara arab.Bahkan ianya isu umat Islam global,isu saudara kita seIslam yang berjihad menentang Yahudi Zionis,isu mempertahankan masjid suci ketiga umat,Al-Quds.Di mana umat Islam dunia yang berpulh juta untuk membela saudara kita di tanah Al-Quds..??? Bangkitlah wahai jiwa-jiwa Islam yang merdeka...!!!


Wira Malaysia Mavi Marmara- Ashwad Ismail ( Astro Awani)
& Mustapha Mansor yang mendapat pengiktirafan dari Ismail Haniyeh

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI