Wadah Persatuan Mahasiswa Islam : PMRAM Terus Melangkah Ke Hadapan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Mehnah dan tribulasi lalu menjadikan PMRAM lebih matang untuk hari ini..Pelbagai suka dan duka, tawa dan air mata bersama terakam kemas dalam episod sejarah. Biar mereka zaman kini tahu kisah kita masa lalu...
Download di sini :  PMRAM 10' : OUR STORIES OF 2010

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

" Jangan Terlibat Dengan Rusuhan " - Pihak Keselamatan Mesir

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

KAHERAH 5 Jan - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd. Hazime meminta kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir untuk tidak terlibat dengan sebarang rusuhan yang diadakan di Mesir.

Beliau menegaskan perkara tersebut ekoran kejadian ledakan bom yang berlaku di hadapan gereja di Sidi Birsh, Iskandariah Mesir baru-baru ini.

Katanya, Pihak Keselamatan Mesir menghubungi beliau dan meminta seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia untuk tidak melibatkan diri sekiranya berlaku rusuhan oleh warga tempatan.

"Ketika berhubung dengan Pihak Keselamatan Mesir, saya diminta untuk memberi sebarang laporan kejadian yang melibatkan keselamatan mahasiswa-mahasiswi Malaysia. Oleh itu, sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, terus maklumkan perkara tersebut pada presiden" ujar beliau dalam satu kenyataannya pada hari ini.

Selain itu tambahnya lagi, Pihak Keselamatan Mesir juga menyuruh agar mahasiswa-mahasiswi Malaysia lebih berhati-hati ketika keluar daripada rumah dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti paspot, kad matrik universiti atau kad ahli PMRAM.

Beliau menegaskan, sikap culas segelintir mahasiswa-mahasiswi Malaysia untuk membawa dokumen tersebut akan menyusahkan beberapa pihak sekiranya berlaku penangkapan oleh Pihak Keselamatan Mesir.

Menurutnya, kejadian yang mengorbankan 21 nyawa tersebut merupakan suatu yang menyedihkan. PMRAM mengharapkan agar insiden yang berlaku ini bukanlah suatu perancangan yang bertujuan untuk memperlagakan antara 2 agama.

Tambahnya, sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk bersikap toleransi dan saling hormat mengormati antara satu sama lain. Sikap inilah yang PMRAM terapkan dalam setiap pembawakan aktiviti dan program yang dilaksanakan.

Rusuhan orang Islam dan Kristian di Shoubra , Kaherah sempena peristiwa letupan
bom di Alexandria pada tahun baru baru-baru ini.

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Terus Berjuang : Mahasiswa Bangkit 2011..!!

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


 Saya kurang pasti perhimpunannya di mana. Tunggu dan lihat...





Antara laman yang mengetengahkan isu seputar mahasiswa

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Kerenah Birokrasi : Mahasiswa Sokong Pandangan Timb, Menteri

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP-GMUKM) berpandangan yang jelas dan sama dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin bin Abdullah yang semalam menyarankan supaya pihak pentadbiran IPT tempatan supaya 'membuang amalan karenah birokrasi yang masih mengekang kebebasan para pelajar' dan segera menerapkan budaya 'Inovasi Demokrasi'.
Jelas beliau, budaya inovasi merujuk kesediaan berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam kehidupan.

“Dari segi konsep, budaya inovasi merangkumi kreativiti dan inovasi yang menjadi penggerak kepada pertumbuhan dalam setiap bidang."

Menurut beliau, budaya inovasi adalah satu daripada nilai dalam gagasan 1 Malaysia. Akan tetapi malangnya walaupun banyak pelan transformasi telah dilancarkan, malangnya pelajar masih dikekang oleh karenah birokrasi walaupun nilai ini jelas dikehendaki kerajaan untuk dicapai.

Beliau memberi contoh karenah birokrasi yang sering mengekang inovasi pelajar IPT yang perlu dihapuskan segera antara lain para pelajar dikehendaki menyediakan kertas kerja tebal untuk menganjurkan aktiviti mudah seperti ceramah dan forum.

Malah kata beliau, para pelajar terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan aktiviti semata-mata kerana pegawai yang mempunyai kuasa meluluskannya bercuti, menghadiri mesyuarat dan sebagainya.

“Sepatutnya kelulusan disegerakan kerana hayat keaktifan pelajar adalah mengikut sesuatu semester sahaja, justeru mereka tidak mempunyai tempoh masa yang panjang untuk sesuatu aktiviti,” ujar Datuk Saifuddin.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh ini, kedapatan aktiviti pelajar yang dikekang oleh kekurangan atau ketiadaan peruntukan, tetapi apabila terdapat permohonan aktiviti lain, ada pula peruntukannya dan melampau peruntukannya.

“Sepatutnya seboleh-bolehnya dijimatkan peruntukan supaya pelajar dapat menganjurkan sebanyak mungkin aktiviti,” katanya.

“Apabila pelajar mencari dana sendiri, mereka disukarkan pula untuk mendapatkannya untuk menyelesaikan urusan pembayaran aktiviti. Sepatutnya semakin pelajar bijak mencari dana sendiri, semakin dipermudahkan urusan mereka,” tambah beliau lagi.

Di samping itu beliau juga menegur sesetengah pihak yang memarahi dan memberi amaran kepada pelajar kerana menghubungi menteri atau timbalan menteri, secara langsung atau secara terus melalui media sosial. “Sepatutnya pelajar digalakkan untuk merapati menteri atau timbalan menteri secara terus,” katanya lagi.

Di peringkat MPP GMUKM, kita juga mengharapkan juga segala saranan dan komen daripada Datuk Timbalan Menteri KPT ini akan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Tiada sebarang agenda tersembunyi (hidden agenda) di peringkat mahasiswa dengan pihak pentadbiran kerana jelas kami mahasiswa di UKM ini secara khususnya masih dalam proses pembelajaran.

Sekiranya di peringkat pembelajaran ini pun sudah wujud amalan birokrasi, bagaimanakah kita hendak capai tahap keintelektualan serta paduan ilmu, iman dan amal sepertimana yang digariskan di dalam Falsafah UKM?

Gambar hiasan
Bak kata Prof Ungku A. Aziz, "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."

Sumber :   Harakah Daily

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Calon Kepimpinan Baru PMRAM Pusat : Menang Tanpa Bertanding

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


Takziah dan tahniah kepada calon-calon kepimpinan baru PMRAM Pusat dan HEWI PMRAM Pusat 2011 yang telah dicalonkan dalam kempen pilihan raya baru-baru ini. Kesemuanya dikhabarkan menang tanpa bertanding.

Kalianlah mata rantai perjuangan wadah mahasiswa Islam di bumi Kinanah ini. Semoga nusrah Allah sentiasa bersama kalian kelak..

Untuk makluman lanjut tentang pilihan raya PMRAM, boleh lawati : www.spr-pmram.blogspot.com

----------------------------------------------------------------------
Q.I : Menghitung hari................ Jumpa di sana nanti..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI