Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang beriman ! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.."
(al-Baqarah : 18)
(al-Baqarah : 18)
Segala puji bagi Allah..Pada helaan nafas ini,nikmat penghidupan yang masih dipanjangkan oleh-Nya.Tiada yang lebih pemurah dari Dia yang Maha Razzaq,tiada yang lebih pengasih dari Dia yang Maha Rahim.Ya Allah,peliharah daku dari menjadi hamba-Mu yang tidak bersyukur,peliharah daku dari menjadi hamba kufur nikmat.
Jiwa yang berada di dalam genggaman-Nya
Pada ketika ini..juga pada saat ini,dengan keizinan & Rahmat Tuhan,Dia menyampaikan hayat saya,menemukan saya dengan bulan rahmat,kempunan dan pembebasan dari api neraka.Berakhirnya ramadhan yang lalu,membuatkan saya terfikir apakah umur manusia saya yang amat singkat ini memberi kesempatan kepada saya lagi untuk bertemu ramadhan yang akan datang.Hati saya bimbang jika peluang itu tidak ada.kebimbangan itu berterusan pada saat ramadhan itu telah hampir dan sangat hampir.2 hari lagi,kemudian 1 hari lagi.Kemudian saya telah pun bertemu ramadhan.Benar-benar saya dapat melaluinya.Syukur ya Allah.. Begitu kebimbangan jiwa saya pada kedatangan ajal itu yang akan membuatkan saya tidak dapat bertemu ramadhan lagi.Pada hari terakhir Sya’ban yang bakal saya tinggalkan,hati saya selalu mengingatkan bahawa ajal ini tidak pernah lewat mendatangi kita jika tiba saatnya.Sekiranya Allah tetapkan hari terakhir Sya’ban,saya akan dipisahkan dari penghidupan dunia walaupun esok umat dunia akan bergembira dengan kedatangannya,maka saya akan tetap pergi tanpa ada kesempatan untuk melaluinya ke sekian kali.Seperti maksud firman-Nya :
“ Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu,kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata,kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan..”
(al-Jum’ah : 8)
Tetapi,begitulah nikmatNya.Begitu juga takdirnya.Bagi yang sudah tetap saatnya untuk dipanggil menghadap Illahi,ianya telah dicatat di Luh Mahfuz.Saya memerhati keadaan ini,bila mana orang tersayang sahabat-sahabat saya baru sahaja pergi,biarpun ramadhan akan hadir tidak lama lagi.Saya bermonolog sendiri,tidak sempat mereka bertemu ramadhan kali ini.Begitulah kita manusia yang serba lemah dan kerdil ini.Kita hanyalah hamba-Nya.Hidup sementara ini hanyalah permainan dan senda-gurau yang Allah nukilkan firman-Nya di dalam Kitab al-Furqan yang bermaksud :
(al-An’am : 32)
Makna Ramadhan di bumi Musa a.s
Melalui madrasah ramadhan di bumi Musa a.s ini begitu mensyahdukan.Hari-hari Ramadhan seolah-olah seperti pesta kebajikan dan ibadah bagi umat Islam di Mesir.Amat berbeza dengan tanah air.Warganya berlumba-lumba dalam perkara pahala.Tilawah al-Quran terdapat di mana-mana sahaja,di tepi jalan semasa sedang berjalan kaki,sewaktu sedang bekerja,bila mana ada saja waktu terluang terus al-quran berada di tangan,di dalam kenderaan-kenderaan awam,diperhentian bas,di kedai-kedai,semuanya bersama al-Quran.Apatah lagi masjid-masjid yang sentiasa dipenuh dengan hamba-hamba yang ingin mendekati Tuhannya.Belum lagi dikira sedeqah yang terdapat di kebanyakan tempat.Makanan percuma yang dihidangkan di masjid-masjid,di restoran ataupun di tepi-tepi jalan manakala sedeqah wang ringgit dari orang yang berkemampuan pula sentiasa ada.Pada malamnya,setiap orang berkejar-kejar ke masjid untuk terawih sehingga tidak muat tempat,dari bayi yang tidak pandai menirap sampailah ke warga emas yang tidak larat berdiri untuk solat.Begitu mereka tidak mahu tertinggal dalam perkara ibadat walaupun morey tidak disediakan langsung oleh setiap masjid,tetapi mereka hadir bukanlah dengan tujuan itu.Firman Allah Taala yang bermaksud :
" Berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.Di mana sahaja kamu berada,pasti Allah mengumpulkan kamu semuanya.Sungguh,Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..”
(al-Baqarah : 148)
Saya menyeru kepada diri saya yang serba dhaif ini serta kepada pembaca yang budiman,jangan biarkan nikmat ramadhan yang telah kita kecapi ini disia-siakan begitu sahaja tanpa ada pembaharuan roh,iman dan jiwa di dalam diri kita selaku seorang hamba... Wallahua’lam…………..
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah