Ku Ingin Kembali.....

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Melilau diri tiada keruan
Menapak langkah ku tiada tujuan
Kenangan lalu terus ku tinggalkan
Biarlah hari ini..
ku jalani kisah baru
Ku ingin berganti kelam yang lalu

Suatu waktu..
Pernah ku ketuk pintuMu
Pernah seluruh pengabdian
Ku serah hanya untukMu
Pernah juga ku melakar janji
Dan akhirnya segalanya ku mungkiri

Kini ku sedari..diri hina terbuang
Terasa kepingan jiwa ini pecah
Berselerakan…
Tiada yang tinggal untukku
Hanyalah keluhan jua penyesalan


Ku mohon pada Mu Tuhan..
Maghfirah dan restu
Hulurkanlah serpihan kasih itu..
Berikanlah ku sekali lagi
 peluang mengabdi
agar teguh ku berdiri disamping Mu Rabbi..
hingga saatnya ku kembali
kepada Mu Ya Illahi..

 H.S : 04.41p.m
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Lalui Hari yang lebih bererti walau ada yang membenci..

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Kita menginginkan dari kehidupan ini kebahagian dan ketenangan yang berpanjangan.Mengharapkan mentari kegembiraan sentiasa menyinari setiap hari yang bakal dilalui.

Namun, siapa kita untuk menentukan takdir hidup sendiri sedangkan apa yang Allah tentukan itu jauh lebih baik dan Dia Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.

Melangkah kaki ini melewati hari-hari yang penuh bererti. Bahagia kita dan menangis kita merupakan pelangi hidup yang mewarnai usia yang semakin ke penghujung. Manusia-manusia disekeliling punya watak yang pelbagai dalam pentas dunia ini. Bohonglah kalau kita menyatakan kita hidup bersendirian disepanjang usia dan manusia lain tidak pernah hadir dalam hidup kita.Hatta Nabi Adam a.s pun dihadirkan Siti Hawa untuknya.

Kita berharap semua orang menyayangi kita dan menggembirakan hati kita. Tidak pasti pula kalau ada yang memilih untuk dibenci dan dimusuhi. Fitrah manusia untuk berkasih sayang dan hidup dalam kebahagiaan. Tetapi dalam ramai-ramai manusia yang menyayangi,  tidak kurang juga akan ada yang tidak menyenangi. Kerana kita dan mereka tidaklah sempurna..

Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula orang lain.Kadang-kadang mereka itu bukannya orang yang asing bahkan amat akrab dan kita kasihi, Bila wujudnya krisis hati dan jiwa yang tidak diingini sering juga kita berhati mendung dan bermuram diri. Hari-hari yang kita lalui terasa menghampakan.

Kenapa cepat merasa hidup ini tidak bererti hanya kerana seseorang sahaja yang membenci dan tidak menyenangi kita?? Tidak berbaloi rasanya dengan apa yang terjadi. Lebih ramai lagi yang memgasihi berbanding mereka yang tidak menyukai. Jadi,jalani hidup ini dengan lebih bererti dan hadirkan pelangi hari anda. Jangan biarkan perasaan sukar menguasai perjalanan indah hidup kita.

Walau bagaimanapun, jadilah manusia yang berlapang dada dan berhati mulia. Mungkin ianya atas kesilapan diri sendiri yang tidak disedari. Menjadi seseorang yang pemaaf sangat dituntut agama.Bersabarlah..Sekiranya kita fahami kerana kita dan mereka tidaklah sempurna.. Kita juga adalah bersaudara..

Saya hadiahkan lagu ini buat Pelangi Hari anda..Hayatilah..


Akhil Hayy - Feat Salleh Brothers,Amir Pearl & Azahari Nowseeheart - Di Bawah Satu Cahaya



Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Sanah Helwa Qurratul Ilyani..


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

To Q.I : Sanah Helwaaa...yang ke..... shhh....

1) Semoga diberkati hidup dari dunia hingga Akhirat..Amin..

2) Jadi anak yang taat pada emak dan abah serta kakak yang penyayang + garang sikit je dengan adik-adik.. -> Its Normally right..

3) Jadi wanita solehah dan srikandi agama-Nya yang bertaqwa..

4) Jadi apa lagi..?? hurm......

5) Ya Allah..limpahkan kebaikan yang tidak putus2 buatku dan terimalah amal kebajikanku..aminn..

Tidak dilupakan kepada teman mesir ku yang sangat baik hati,Sarah Ahmad yang akan melangsungkan pernikahannya pada hari ini juga.. Sama tarikh ye dengan hari lahir Q.I..kebetulan sungguh..

 " Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'aa bainakuma fil khair... " Maaf,tak dapat memenuhi jemputanmu...Panjang umur kita berjumpa dilain waktu...

She's ever my friend from my year 1 until i gred..Thanks Sarah..you helping me so much..

Now Q.I,you are still young but not still a child..Hapy anyway...Peaceee ( Mungkinkah dapat hagah kali ni..?? )

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Islam Adalah Agama Baru Di Belgium Dan Eropah Barat

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Wawancara Islamonline Bersama Philip Fouts di Antwerp, Belgium

Memiliki pengalaman luas dan tempoh yang panjang dalam bidang media Belgium, beliau tidak berbelah bahagi atas perkara kebenaran dan berani menyatakan kepalsuan.

Beliau sudah lama berkecimpung dalam bidang penyiaran radio dan televisyen milik Kerajaan Belgium, dan kini ditugaskan selaku penulis awam di Majlis Akhbar Belgium sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan menangani setiap laporan-laporan kes penentangan media massa.

Philip Fouts media warganegara Belgium menegaskan dalam wawancara dengan "Islam Online", gambaran yang dilaporkan oleh media massa Eropah terhadap Islam dan penganutnya sentiasa negatif, tidak seperti yang sebenarnya. Memerlukan usaha gigih bagi menjernihkan persepsi masyarakat akan kebenaran gambaran Islam yang sebenar.

Menurut pendapat Philip Fouts, hakikat pada permasalahan ini ialah apabila lenyapnya kerjasama erat dikalangan wartawan kedua-dua pihak. Mereka tidak mengenali bagaimana untuk berinteraksi bersama media. Tindakan wartawan yang ekstrim di kedua-kedua pihak bakal mengeruhkan hubungan antara Barat dan Islam.

S:Anda berkata gambaran dan persepsi Islam disisi media Barat negatif. Ini menyebabkan pergeseran terhadap umat Islam dan memburukkan hubungan Islam dengan Barat serta menghalang usaha dialog di antara mereka. Apakah punca yang menjadikannya terjadi?

Ya, itu adalah gambaran dan persepsi negatif kerana timbul masalah dalam memberi gambaran contoh mengenai masyarakat asing di Eropah. Agama Islam bagi mereka hanyalah agama bagi masyarakat pendatang. Gambaran mengenai Islam akan bergantung dan terkesan pada persepsi mereka mengenai agama Islam itu sendiri.

 Didapati, disana terdapat kelemahan besar dalam memberi gambaran mengenai Islam pada seluruh media massa. Tidak kira pada peringkat editor, penerbit ataupun kerjasama di antara institusi-institusi penyiaran.

Di Belgium sebagai contohnya, hanya 1 peratus sahaja dikalangan media melaporkan gambaran mengenai masyarakat pendatang ini sedangkan dalam masa yang sama nisbah mereka di dalam kependudukan masyarakat menjangkau 10 peratus atau lebih. Realiti menyebabkan persepsi dan gambaran jelas mengenai Islam sering tersasar dan menyimpang kepada negatif kerana peratusan pendatang itu merupakan umat Islam.

Seperti juga yang berlaku mengenai pandangan dan persepsi dalam hubungan di antara wartawan-wartawan Belgium dan Barat secara umum mengenai Islam. Mereka tidak melaporkan dan menggambarkan Islam melalui penganutnya walaupun menjadi polisi mereka bertindak melaporkan mengikut sumber yang sebenarnya.

 Media yang ditubuhkan pada hari ini merupakan dari orang kulit putih. Apa yang dilaporkan mengenai Islam hari ini tidak lebih sekadar hasil maklumat yang di ambil daripada masyarakat kulit putih, penduduk majoriti berbanding golongan minoriti iaitu umat Islam. Ini merupakan sebab pertama yang berlaku.

Alasan kedua pula ialah peristiwa penting yang berlaku kebelakangan tahun ini mengenai tuduhan Islam melahirkan militan, pendudukan pasukan tentera Barat di Iraq dan Afghanistan. Ini makin melahirkan ketegangan kepada pihak Barat dan Islam apabila laporan yang dipaparkan menyimpang dan bersikap negatif terhadap Islam.

Alasan ketiga adalah bahawa Islam adalah agama baru di Belgium dan Eropah Barat umumnya. Komuniti ini masih tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat meskipun melalui institusi-institusi yang ditubuhkan. Terdapat juga permasaahan perselisihan yang menyebabkan pandangan negatif Islam itu sendiri.

Dari aspek lain pula, seluruh golongan minoriti agama di Belgium mempunyai hak di dalam program siaran radio dan televisyen kerajaan. Akan tetapi Islam masih tidak upaya untuk menjayakan skop tersebut bagi memberi penerangan jelas mengenai agama sucinya.

Sehingga kini, tidak ada lagi media massa Islam atau program-program Islamik di dalam media massa. Saya berpandangan ianya wajar diwujudkan. Suara dan pandangan kesederhanaan Islam tidak terlalu ekstrim perlu diketengahkan melalui bidang ini.

Ini adalah beberapa elemen yang menyumbang pada gambaran negatif dari umat Islam di Barat pada khususnya dan Islam pada umumnya di media Eropah, dan membuat mereka memberikan persepsi negatif yang bertentangan dari kebenaran.

S:Tapi pandangan umat Islam, mereka berpendapat bahawa kebanyakan dari media menolak untuk menyajikan kebenaran tentang mereka dan sengaja disalahgunakan serta menyimpang daripada hakikat agama mereka. Mereka menegaskan, penerangan sebenar dan pembetulan gambaran sebenar Islam amat lemah atau seakan tidak wujud dalam media massa Barat. Apa pandangan anda tentang situasi ini?

Ya, ada kecenderungan di media yang menuju ke arah perselisihan. Menceritakan kisah yang sepatutnya benar kepada cerita yang palsu. Berlebihan dalam menceritakan kepalsuan sesebuah cerita.

Dari sudut lain pula, faktor umat Islam, ada juga masalah. Bahawa banyak daripada mereka tidak memahami konsep media massa. Seandainya mereka faham, maka akan diketahui bagaimana menggunakan konsep

Sidang Dialog

Wartawan harus bertindak secara profesional. Tugas kita adalah untuk mencari kebenaran dan menyampaikan kebenaran tersebut. Tidak wajar mencari perselisihan dan pertikaian. Eropah merupakan negara yang memiliki penduduk yang pelbagai. Media berperanan memberi gambaran mengenai multi-agama ini supaya wujud dikalangan mereka hubungan baik dan pertalian di antara mereka.
S:Apa yang diperlukan dari Muslim?
Umat Islam disarankan memahami konteks bidang media dan tugasnya. Mereka perlu berusaha sedaya upaya untuk menceburi bidang ini untuk memainkan peranan mereka dalam bidang penyiaran.

Catatan: Terdapat isi asal kandungan petikan wawancara ini yang dibuang terutama pandangan penulis ini mengenai isu karikatur nabi di Sweden sebelum ini. Ia bertujuan mengelakkan persepsi dan salah tanggap pembaca mengenai pendirian penyunting artikel ini.

Wartawan terbabit menyokong tindakan pelukis karikatur baginda nabi atas peruntukan kebebasan bersuara masyarakat tanpa menghiraukan sensitiviti penganut agama lain. Sila rujuk artikel asal.

Di Olah dari: IslamOnline

Oleh : UNIT KEMANUSIAAN PMRAM

Sumber : http://www.pmram.org/
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Petua untuk disenangi ramai..

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


Lumrah manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain, kita perlulah memiliki daya tarikan.

Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.

Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:

Pamerkan air muka bertenaga

Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.

Tenang dan kawal diri

Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.

Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja

Walaupun anda suka memakai pakaian ringkas , ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menutup aurat.

Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita tetapi jangan bertabarruj sudah bagi wanita..

Pilih yang positif, lupakan yang negatif

Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus.

Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

Berkawan dengan sesiapa sahaja

Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.

Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Bergaullah dengan sesiapa sahaja, kerana ia akan membuatkan anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, peringkat umur dan bangsa. Bak kata pepatah, 'bila masuk kandang ayam, berkokok... masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang harimau, kita mengaum!'

Berterus terang, telus dan jujur


Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada. Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.

Buat dan buktikan lebih baik daripada bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang anda buat. Masyarakat bijak menilai. Mereka tahu, orang yang banyak bercakap daripada melaksanakan sesuatu atau hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkan tetapi kurang dari segi pencapaian.

Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.

Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

Mempunyai prinsip


Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.

Mempunyai keyakinan diri

Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Siapa WANITA pada pandangan MEREKA..??

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Anda nak tahu pandangan kebanyakan bangsa dan agama di dunia ini berkenaan dengan wanita..?? Jom baca posting saya kali ini..

Wanita menurut pelbagai agama dan bangsa:

1. YUNANI
Kedudukan wanita pada masa ini hanyalah sebagai budak suruhan dan pelayan. Wanita bebas dalam arus syahwat dan nafsu hewani dengan menjadi pelacur. Akhirnya mereka mendapat tempat yang tinggi dan mulia di mana dibuat dongeng menjadi 'Dewa Cinta.' Mereka memandang rendah pada hubungan suami isteri hingga mereka bebas memilih lelaki yang ingin digaulinya secara terang-terangan tanpa perkahwinan.

2. ROMAWI
Lelaki mempunyai hak sepenuhnya terhadap isterinya hingga tahap berhak membunuh isterinya sendiri. Akhirnya para wanita pada zaman ini berani menyeret lelaki ke dalam arus perbuatan keji dan dosa. Mereka memandang baik tentang novel-novel porno. Urusan cerai menjadi sesuatu yang mudah hingga wanita zaman ini pernah menikah dengan lelaki sebanyak bilangan umurnya tanpa rasa beban dan malu. 
 
3. PARSI
Undang-undang pada masa ini menzalimi hak wanita dan menimpakan hukuman yang berat walaupun kesalahannya ringan. Hukumannya berbentuk sembelihan yang sangat kejam. Perempuan yang haid akan diusir dari tempatnya jauh dari kota dan tidak dibenarkan berhubungan dengan mereka. Lelaki pula bebas dengan hawa nafsunya dan dianggap raja semata-mata kerana dia seorang lelaki.

4. CINA
Masayarakat Cina dahulunya hidup dalam kerosakan dan kebinatangan. Mereka berzina tanpa rasa malu, sehingga banyak anak-anak yang dilahirkan tanpa diketahui siapa bapanya. Kaum wanita hanya menunggu perintah tanpa menolak . Anak perempuan tidak dapat mewarisi harta bapanya walaupun sedikit. Wanita dianggap racun yang merosak kebahagian dan harta keluarga.

5. INDIA
Wanita dianggap sebagai budak suruhan bagi ayah,suami dan anak-anaknya. Wanita dianggap sumber kesalahan dan penyebab kemunduran akhlak dan mental. Wanita diharamkan dalam hak-hak pemerintahan dan warisan. Wanitanya tidak diberi hak hidup setelah suaminya mati sehingga dia harus mati dihari kematian suaminya dan dibakar hidup-hidup dalam satu tempat pembakaran.

6.YAHUDI
Wanita pada masa ini makhluk yang rendah dan hina ibarat barang tak berharga yang dapat dibeli di pasar-pasar. Mereka menuduh wanitalah salah satu pintu jahannam dan membawa kepada dosa. Mereka beranggapan wanita laknat kerana telah menggoda Adam. Wanita dalam haid dianggap najis dan dilarang memasuki rumah. Wanita disetubuhi sebagai satu upacara ibadah yang suci dan zina dianggap sebagai bentuk taqarrub diri kepada tuhan mereka.

7. NASRANI
Menganggap wanita sebagai biang kemaksiatan,akar kejahatan dan dosa, mala petaka bagi keluarga dan rumahtangga serta membawa musibah. Bersetubuh dengan wanita adalah najis walaupun telah bernikah sehingga memandang bahawa hidup sebagai biarawati ( tidak kahwin) adalah tanda luhirnya akhlak seseorang. Cerai tidak dibenarkan dalam agama mereka sekalipun sudah sampai tahap saling membenci dan berjauhan antara suami isteri. Maka terjadilah peluang saling mengkhianati antara suami isteri tersebut.

8. ARAB JAHILIYYAH
Lelaki boleh menyerahkan isterinya kepada orang lain. Sekumpulan lelaki boleh menggauli seorang perempuan.Semua ini bertujuan semata-mata untuk mendapatkan anak berketurunan bangsawan. Marah dan kecewa jika mendapat anak perempuan seakan-akan ditimpa musibah maka anak tersebut akan dikuburkan hidup-hidup. Ini bertujuan untuk menjaga kehormatan dan takut mendapat aib kerana mereka adalah ahli tempur dan perang. Mereka akan mendapai aib dan hina jika menyerahkan anak-anak perempuan mereka untuk menebus tawanan perang

9. ISLAM
Siapa tidak pernah mendengar kisah Saidatina Khadijah, sayyidah wanita sedunia pada zamannya. Saidatina Aisyah isteri dan penghulu anak-anak Adam, guru bagi kaum lelaki. Hafshah, wanita penjaga Al-Quran.Ummu Salamah, mujahidah pertama memasuki Madinah. Zainab Binti Jahsy, Ummahatul Mukminin termulia dalam hal wali. Zainab Al-Kubra penebus suaminya. Fatimah Az-Zahra, Ummul Mukminin dan sayyidah wanita seluruh alam pada zamannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
KESIMPULAN


Istimewanya kau wanita dalam agamamu. Kita tidak akan kenal nama-nama wanita terkenal di atas dalam mana-mana lipatan sejarah sekalipun kecuali dalam sirah Islam.

Wanita yang mendapat gelaran dan darjat di sisi agama dan umat Islam. Berikan agama manapun, takkan kita ketemu wanita mulia kecuali dalam Islam.

" Kembalilah ke arah kemulian..Contohi peribadi Ummul Mukminin.. - Dilema, Hijjaz "
 
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Al- Kisah Seorang Pemuda & Profesor

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Seorang profesor sedang menaiki sampan bersama seorang pemuda untuk menyeberangi sungai. Professor pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Kampung Bunga Berjuntai bagi menyiapkan kajian terbaru beliau.
Mereka bersembang.

"Kamu ni tahu membaca ke?" tanya professor kepada anak muda itu.

"Saya buta huruf tuan. Kerja saya bawa orang seberang sungai je," jawab pemuda itu jujur.

"Kesian...kamu sudah kehilangan separuh nikmat kehidupan kerana tidak tahu membaca," balas prof.
Pemuda mendiamkan diri.

"Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan?" tanya prof lagi.

"Takde prof," balas pemuda itu ringkas.

"Ish...ish..kalau begitu, kamu kehilangan separuh lagi nikmat kehidupan. Macam mana kamu nak hidup kalau tidak ada wang simpanan," leter prof.

Pemuda itu sekali lagi mendiamkan diri. Akur dengan kelemahan diri.

Tiba-tiba sampan yang mereka naiki bocor. Air mula melimpah masuk ke dalam sampan.

"Prof...kamu tahu berenang tak," tanya pemuda itu?

"Tak tahu," jawab Prof kegusaran.

"Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu," jawab pemuda.

Cerita ini cukup bermakna. Ringkas tapi padat.
Setiap orang itu ada kebijaksanaan dan kelebihannya. Kecerdikan seseorang dalam suatu perkara tidak akan menjamin kecerdikannya dalam semua perkara.

Maksudnya, seorang doktor adalah orang yang paling pintar di hospital tetapi mereka bukanlah hero jika mereka bertugas di kilang Maggi. Malah fungsi mereka sangat terhad. Pastinya tidak mampu hendak dibuat ujian darah ke atas maggi seandainya didapati maggi berkenaan sakit(rosak).

Yang hendak ditekankan di sini adalah keperluan kita semua untuk saling memberi. Setiap orang dikurniakan idea yang berbeza, maka kita jadikan perbezaan itu sebagai satu rahsia kejayaan bukannya satu kelemahan.Cuma kadang-kadang di kalangan kita, ada yang malu untuk bersuara. Takut ideanya dikritik. Takut ideanya ditolak.

Mungkin mereka belum faham apa beza 'Cadangan vs Arahan'.
Akhir kata, mutiara kata untuk hari ini : Cantiknya pelangi adalah kerana warnanya yang pelbagai.

- Artikel iluvislam.com

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Video Pengisytiharan New World Order ( NWO )

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Dari meja KONSPIRASI : Video ini berkenaan pengisytiharan New World Order (NWO ) - Pemerintahan Dunia Baru. Ini adalah rancangan dajal al-masih untuk membuat manusia melupakan akhirat dan mengutamakan duniawi.

Pelan ini telah dirancang beratus tahun oleh The False Messiah sejak penubuhan Illuminati. Tetapi telah diistiharkan secara rasmi oleh ayah kepada Presiden G.W Bush iaitu H.W Bush pada 9/11/1991. Genap 10 tahun selepas pengistiharan itu, pada 9/11/2001berlaku peristiwa menggegarkan seantero dunia, WTC diserang oleh pengganas Islam kononnya walhal itu adalah kerja mereka sendiri.



Konsep NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States.
The Great Seal yg mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yg ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum atau New World Order.


Pada tahun 1935, kedua-dua cop mohor di atas telah dicetak di bahagian belakang wang kertas 1 dollar Amerika… Kemudian pada 11 September 1991, Presiden George H.W. Bush telah mengumumkan perlaksanaan New World Order di persidangan kongres.
Ringkasnya, NWO adalah perlembagaan tersembunyi bagi pentadbiran One World Government.

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Asas-asas Binaan Dajjal ( HollyWar Archives )



Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


The Sun City, SUNway Pyramid
 

Binaan Piramid ini adalah salah satu asas-asas ketibaan Dajal al masih. Piramid bertujuan untuk mengumpulkan tenaga. Bagi situasi ini adalah tenaga negatif. Pengumpulan tenaga di bahagian Timur. Firaun seakan diagungkan. Inilah situasi sekarang yang kita tidak sedari.


Nampak tak lambang segitiga di bahagian atas.
Piramid di Paris


Piramid di Dubai


Piramid Di Memphis, USA


Piramid Di Las Vegas


Banyak lagi binaan piramid di dunia ini. Ini hanyalah sebahagian contoh.Kesemuanya dibina atas Ley Lines untuk menyambut kedatangan dajal al-masih.

Maklumat tentang ley lines, http://en.wikipedia.org/wiki/Ley_line


The Gate Of Temple Solomon
KLCC- Binaan ini mungkin berasaskan The Gate of Temple Solomon yang akan dibina di The Holy land/ Jurusalem. Sebagai stargate di Timur. The Darkest Stargates adalah WTC selepas mega ritual Illuminati, ritual pengorbanan beramai-ramai (9/11).



Replika Temple Solomon



Sumber : http://freeourmind.com/v1/


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Gambar Pak Samad Said menziarahi Memali

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Berikut ialah gambar lawatan Pak Samad ke Memali..














Berkelah makan tengahari di tepi sungai 'Dataran Dato' A Samad Said' di Kampung Becah Sawa, Baling















Ucapan motivasinya di Sekolah Menengah Agama Taufikiah al-Khairiah al-Halimiah, Padang Lumat














Terharu menziarahi makan syuhada di Parit Panjang.




















Menerima beberapa naskhah buku mengenai sejarah Peristiwa Memali dari balu as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud, Solehah Husin.
















Kelongsong bom asap yang digunakan pada Peristiwa Memali 1985 mengenangkan Pak Samad kepada Gerakan Mansuh PPSMI.















Inilah kali pertama saya melihat gambar beliau yang sebenar," ujar Pak Samad menatap gambar as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

19 November : Hari Memperingati Tragedi Memali

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Hari ini bertarikh 19 November 2010 adalah hari memperingati Tragedi Memali yang telah berlaku pada 19 November 1985. Telah 25 tahun peristiwa berdarah itu berlaku.Berikut ialah video yang telah merakam tragedi tersebut. Al-Fatihah kepada para syuhada' Memali.Semoga para arwah dikalangan para penghuni JannahNya.Aminn..



Korban Memali

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Doa buat Antum yang sudah selamat disatukan..

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Gambar Hiasan

Tidak terlewat untuk saya ucapkan " Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair " kepada ayah saudara saya yang telah selamat diijab qabulkan dengan pasangannya semalam ( selepas solat Jumaat ) di rumah pengantin perempuan di Jerantut. Semoga Allah memelihara dan mengurniakan rahmah dan mawaddah kepada kalian. Makin besar lah keluarga kita ya..Alhamdulillah..

Tidak dilupakan juga buat teman-teman seperjuangan saya yang juga telah selamat mendirikan rumah tangga, Umie,Aisyah, Kak Akma,kak Sayidah dan ramai lagi,samaada berlangsung di tanah air atau di Ardil Kinanah, kudoakan semoga ikatan yang telah kalian bina di atas jalan dakwah ini akan kekal dan dilimpahi keberkatan sehingga ke syurga.

Mudah-mudahan generasi yang bakal lahir nanti dibentuk dan dicetak sebagai pejuang-pejuang yang meneruskan perjuangan dalam mendaulatkan agama Islam.. Aminn.. Mabruk.. Doakan ana juga..

Q.I said : Syafakillah buat adik-beradik HEWI yang ramai sakit.  Semoga musibah ini menjadi kaffarah buat kalian. Cepat sembuh untuk meneruskan perjuangan kita.. :)

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

2010 Kebangkitan Anak Muda..!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis.

Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.

Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki “idealisme fitrah” itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa.

Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politi terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini.

Dari kampus ini pulalah terlahir gerakan-gerakan atau perkumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa.

Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented.

Mahasiswa yang ber”mazhab” study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlangsung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara).

Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus.

Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu.

Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada.

Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat.

Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran.

 2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran.

Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik.

Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.


“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara.

Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas.

Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.”
Wallahualam.

http://seutastasbih.blogspot.com

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Harry Potter dan Gerakan Freemasonry

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sudah bertahun lamanya Harry Potter bertapak di dalam pemikiran pemuda dan pemudi mahupun kanak-kanak kita menjadikan watak-watak2 Harry Potter idola mereka. Namun dalam sedar akal waras kita, apakah maksud yg tersirat disebalik cerita Harry Potter yg telah kita sajikan anak2 kita elama beberapa tahun ini. Mari ikuti artikel ini bg mengupas dan mengkaji disebalik keseronokkan menonton cerita Harry Potter.

Mungkin anda sedia maklum,cerita Harry Potter ini merupakan cerita mistik yg berunsurkan Mesonic dan Kabbalah. Tapi anda cuma tidak mengindahkan kerana beranggapan ianya hanyalah suatu cerita rekaan semata2.
 
Namun dengan jalan cerita yg menarik, The Secret Hand berjaya mempengaruhi anak2 kita utk mengikuti ataupun menjadikan watak2 Harry Potter sebagai idola mereka.

JK Rowling. Nama sebenarnya ialah Joanne "Jo" Murray. JK Rowling ini adalah nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965.
 
Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.
Joanne Jo Murray aka JK Rowling
 
Dia cuba melanjutkan pengajian ke University Of Oxford tetapi gagal dan kemudian telah melanjutkan pengajian di University Of Exeter mengambil jurusan Bahasa Perancis. 
 
Selepas berpisah dengan suami pertamanya, dia membawa membesarkan anak perempuannya seorang diri dan menumpang di rumah adiknya, Diana di Edinburgh, Scotland. Dan di Edinburg jugalah dia telah menyiapkan buku Harry Potter pertamanya, Harry potter And Philosopher's Stone.

 
Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu Edinburgh, Scotland dan University Of Exeter.

Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini, mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita mengkaji kata kunci ini.

Edinburgh

Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. 
 
 Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling sesuai dipilih oleh Templar untuk menyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia mereka.

Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu, Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai Freemason. 
 
Mendukung misi yang sama, tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia sendiri.




 
Di sinilah para Mason bebas mengamalkan sihir Kabbalah tanpa tentangan dan dibina Rosslyn Chapel yang terkenal di kalangan ahli-ahli Mason dan Rosicrusian. Rosslyn Chapel telah dibina Willian Sinclair. Di seluruh Rosslyn Chapel, terdapat unsur-unsur Masonic yang jelas kelihatan di dinding-dinding.
 
Penulis buku Rosslyn And The Grail iaitu Mark Oxbrow dan Ian Robertson berpendapat ukiran di dinding Rosslyn Chapel adalah diambil dari ukiran dinding Temple Solomon. Rosslyn itu sendiri berasal dari bahasa Gaelic yang bermaksud pengetahuan kuno yang diwarisi generasi ke generasi.


Rosslyn Chapel




University Of Exeter




JK Rowling pernah menuntut di sini selama 4 tahun. Jika kita lihat moto universiti ini sendiri Lucem Sequimur yang bermaksud We Follow The Light. Mungkin rata-rata kita menganggap Light itu adalah ilmu tetapi dalam paganism-codex light itu adalah Lucifer/ Iblis.


Universiti ini juga menawarkan pengajian Olkutisme dan Paganisme kepada mahasiswanya. Dan semasa menuntut di sini, JK Rowling tidak hanya mempelajari bahasa Perancis malah turut sama menuntut dalam bidang ini. Program ini dinamakan 'Western Esotericism' di bawah HuSS (School of Humanities and Social Sciences).

Antara modul-modul pembelajaran di bawah program ini ialah:

1. Alexandrian Hermetism

2. The Hermatic Art Of Alchemy

3. Kabbalah

4. Rosicrucianism and Freemasonry

5. Theosophy and Esotericism

6. The Esoteric Body

7. Sufism And Islamic Devotional Study

8. Heretics And Mystics Language

9. Withcraft In History

10.The Disenchangement Of The World Society And The Supernatural In Early Modern Europe


Jadi jelaslah di sini JK Rowling bukanlah ibu tunggal yang berbakat menulis cerita kura-kura dan arnab, tetapi jauh lebih hebat dari itu. Dengan pengetahuan yang ditimba semasa di universiti beliau telah memasukkan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah ( Sihir zaman kuno ) dalam cerita fantasi rekaannya itu. 
 
Karyanya boleh diibaratkan seperti 'The Handbook Of Occult' tetapi dalam versinya sendiri dengan lebih 400 juta naskhah terjual di seluruh dunia.
 
Novelnya begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang dan ritual okultisme sihir seperti Minerva McGoganall, Mirror Of Erised, Quidditch dan banyak lagi. Secara tidak langsung mendedahkan kepada kita tentang sihir-sihir yang dilarang oleh Allah.



Tentang jalan cerita Harry Potter rasanya tidak perlu saya ulaskan di sini kerana jalan ceritanya terlalu panjang untuk diulas. Rasanya elok juga jika didedahkan asal nama watak-watak dalam cerita ini yang saya yakin ada kaitan dengan okultisme dan paganisme.


Harry Potter


Harry Potter adalah watak utama dalam cerita fantai ini. Harry bermaksud 'Panglima Perang' dan Potter diambil konon-kononnya bekas jiran JK Rowling



Ron Weasley



Ron Weasley adalah kawan baik Harry Potter dan Hermione. Ron juga boleh diterjemahkan sebagai Running Weasel yang berkaitan dengan jaguh catur pada kurun ke 6. Ron juga bermaksud Penasihat Raja.


Hermione Granger




Hermione adalah kawan baik Harry Potter bersama Ron. Namanya bermaksud Pembawa Pesan dan dalam mitos Yunani adalah Messenger Of Gods yang juga dikenali sebagai Hermes.


Albus Dumbledore



Albus membawa makna Putih dan Dumbledore adalah dari bahasa Inggeris Kuno yang bermaksud lebah besar yang berbulu.



Minerva McGonagall


Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan, Kesenian, Sihir, Perdagangan dan Seni Perang bagi masyarakat Rom. Manakala McGonagall bermaksud berani.


Sirius Black



Sirius adalah bintang berbentuk anjing yang paling terang di angkasa. Hampir semua ahli keluarga Sirius Black dinamakan sempena nama bintang, Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Bintang-bintang memainkan peranan penting dalam ritual Kabbalah dan Mesir Kuno.
Lucius Malfoy
 
Lucius juga adalah nama lain bagi Lucifer/Iblis. Namun bagi penyembahnya, Lucifer bermaksud Sang Cahaya, begitu juga dengan Illuminati.


Secara tidak sedar cerita sebegini akan mencemari minda kita dengan sihir-sihir tanpa kita sedari. Tidak cukup dengan novel, filemnya juga terus mendapat sambutan hebat dari seluruh dunia. 
 
Mereka telah men'program' minda kita tanpa kita sedari, dengan sihir kita akan dapat apa yang kita ingini. Inilah hakikat sebenar yang sedang terjadi. 
 
Sedangkan kita sedia tahu sihir itu adalah haram dan ditegah oleh Allah untuk mengamalkannya atau mempelajarinya, Secara tidak langsung dengan cerita sebegini kita telah mempelajari sedikit sebanyak tentang sihir atau magic ini.

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Al-Baqarah 102

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
An-Nisa 116


Kami pada zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu mengenai hal itu?” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Perlihatkan kepada ku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik.”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI