Majlis Ulamak Indonesia pantau siaran televisyen

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendapati 11 rancangan televisyen disiarkan sepanjang 10 hari pertama Ramadan sebagai tidak bersesuaian dengan bulan suci umat Islam berkenaan.

Daripada pemantauan kita masih ada beberapa tayangan televisyen yang tidak seharusnya ditayangkan pada bulan ini.

Kami mencatatkan ada 11 tayangan, kata Wakil Ketua Pasukan Pemantauan TV Ramadan MUI Pusat, Imam Suhardjo. Suhardjo berkata, pemantauan MUI bertujuan mengawal kandungan program yang ditayangkan di televisyen, terutama sepanjang Ramadan. Pemantauan dilakukan sejak 11 hingga 21 Ogos.

Masih banyak tayangan TV memperlihatkan kekerasan fizikal dan psikologi sepanjang Ramadan ini, katanya.

Kekerasan fizikal terbabit antara lain menampilkan tayangan adegan memukul atau menghempas kepala seseorang. Biasanya perkara itu berlaku dalam program rancangan komedi.

Kekerasan psikologi ini biasa dilihat menerusi tayangan komedi yang memuatkan perbuatan saling mengejek, menghina dan mencaci. Ini mungkin akan ditiru, terutama oleh kanak-kanak, kata Imam.
Sekurang-kurangnya 11 tayangan yang dinilai tidak sesuai oleh MUI termasuk Wayang on Stage (AnTV), Fiesta Buka Puasa (AnTV), Layar Kemilau, episod Warok Ponorogo (TPI), Cerita Pagi (TPI), Layar Pagi (TPI), Mister Olga (RCTI), InBox (SCTV), Sinetron Ustad Jaka dan Surga Untukmu (Indosiar), Saatnya Kita Sahur (TransTV), Berita Pagi dan Selebrita Pagi serta iklannya (Trans7) dan Shalat Tarawih dari Masjidil Haram (TVRI).

Tayangan solat Tarawih sepatutnya amat positif. Tetapi teknik pemotongannya ketika imam sedang membaca surah tidak sesuai, katanya.

Bukan setakat program biasa, beberapa iklan turut dipantau MUI yang didapati tidak bersesuaian. Agensi

 Link asal

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI