WANITA : Di antara KACA @ PERMATA..???

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Baru sebentar tadi,ketika saya leka menghadap komputer membuat kerja-kerja saya sambil diiringi lagu 'Dilema' nyanyian Hijjaz,tiba-tiba sahaja hati saya terpanggil untuk menulis pada entry kali mengenai wanita.Mata saya sudah mengantuk,badan sudah penat,seharian sedaya-upaya menyiapkan kerja saya di pejabat,sudah pukul 1.55 a.m tapi saya cuba meluangkan sedikit waktu untuk menulis.Agak tersentuh & sedih apabila saya cuba menghayati liriknya.Amat mendalam sekali mesejnya.Justeru,bangkit semangat saya untuk cuba menukilkan yang terselindung dalam sanubari untuk diterjemahkan buat peringatan saya & para pembaca yang saya hormati.

Ya,wanita sekarang jika diamat-amati..Mereka di antara kaca atau permata.Iman atau nafsu yang memimpin hati dan diri menjadikan wanita itu mulia atau hina di sisi PenciptaNya.Alhamdulillah,wanita yang sedar jiwanya,sedar akan agamanya terpelihara maruah kehormatannya kerana Allah menjadikan wanita itu untuk diangkat martabatnya setinggi-tinggi di sisi agama,untuk dihormati dan dikasihi bukan dizalimi atau didikriminasi.

Tapi,mengapa ya?Wanita sekarang diperhambakan dengan kerelaan mereka sendiri.Bukan seperti zaman Jahiliyyah dahulu,mereka dizalimi tanpa kerelaan dan keinginan oleh kaum lelaki.Bukankah wahyu Nabi s.a.w yang mulia telah menghapuskan keperitan dan tangisan Jahiliyyah lalu.Adakah kaum wanita moden sekarang langsung tidak tahu tentang hal itu atau memekakkan telinga bila diberitahu?? Mangapa wanita muslimah zaman kini sudah hilang cahaya iman di hati,diperbudakkan oleh hawa nafsu,buta jiwa dibuai cinta dunia,rapuh pedoman dan ketegasan memelihara maruah diri??Apakah mereka melakukannya kerana terpaksa atau rela diri??

Mengapa mereka menerima orde dan doktrin barat yang keji dan dusta bahkan bangga meniru wanita-wanita kafir yang hina tiada agama??Wanita berpegang teguh pada Islam ditohmah kononnya mereka jumud dan tiada kemajuan.Berpakaian menutup seluruh tubuh yang ketinggalan zaman.Apa mereka sangka ketinggian harga diri yang cuba dipertahankan para muslimah menjadi rendah tanpa mendedahkan tempat-tempat yang menjadi tarikan dan panahan syaitan kepada kaum lelaki??Sebenarnya wanita yang demikianlah meletakkan harga diri mereka serendah-rendahnya dan menjualnya kepada kaum adam yang rakus dan tiada iman.Ternyata mereka yang tiada maruah tergila-gila cuba menjaja diri kepada yang sudi sedangkan wanita Mukminah itu tiada ternilai harga diri,sangat berhati-hati.

Di mana para isteri Nabi s.a.w yang Allah sudah janjikan syurga buat mereka sebagai tauladan dan idola kepada para wanita Islam zaman kini?? Bukankah wanita merupakan sayap kiri para rijal yang berjuang demi iman mereka serta menjadi pembantu dan penguat jiwa agama mereka,bukannya menjadi penghancur,fitnah dunia dan syaitan yang meleburkan iman.

Ingatlah wahai wanita sabda Baginda s.a.w yang bermaksud :

"Tidak ada fitnah yang ku tinggalkan (dibelakangku) yang lebih besar bahayanya bagi kaum lelaki  dari wanita (itu sendiri) " -  Riwayat Muttafaqun 'Alaih

Dalam hadis lain Baginda s.a.w bersabda lagi :

"Wanita itu tali-temali (jerat) syaitan.Kalaulah tidak kerana syahwat nescaya wanita tidak mempunyai kuasa menundukkan lelaki " - Riwayat At-Tirmizi

Lihatlah,walaupun wanita itu dilihat lemah akal dan kudratnya,tapi dia mampu menundukkan lelaki dengan dirinya.Wanita yang kurang iman pasti mengambil peluang ini untuk kesenangan duniawi mereka.JANGAN KITA LUPA wahai para wanita sekalian,sekalipun kita ada kelebihan tersebut,kaum kita juga yang paling ramai untuk di humban dalam neraka Allah.Na'uzubilah....Kerna apa?? Kerana dosa tangan-tangan kaum wanita kita juga.

WANITA itu FITNAH..segala-galanya Allah ciptakan cantik pada dirinya.Jadi,jangan sekali-kali biarkan syaitan sewenang-wenangnya menggunakan kita demi melemahkan iman kaum rijal,bahkan kitalah yang membantu mereka ke arah taqwa,menjadi pembakar semangat mereka di medan jihad,sayap kiri yang meneguhkan jiwa mereka ketika digoncang.Pendidik zuriat mereka yang melahirkan para mujahid & mujahidah untuk melakar kemenangan agama yang bersejarah.

Duhai para wanita...
Bukanlah syariat itu cuba membebankan dan menyempitkan fitrah kita,tetapi cuba memelihara dan memimpinnya mengikut lunas-lunas agama selaras dengan kepentingan dan keperluan kita.Dalam agama hak-hak kita dijaga.Antaranya harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada kerabat dari kalangan wanita berdasarkan nisob-nisobnya (bahagiannya),fasakh nikah,tebus talak dan pelbagai lagi hak-hak para wanita yang dibela.Mengapa perlu lagi kita berpaling ke arah lembah-lembah yang mencampakkan kita ke daerah yang paling hina?? 

Duhai wanita...Kembalilah ke arah kemuliaan..Kalianlah puteri srikandi harapan agama & bangsa.Contohilah para ummul mu'minin yang solehah dan bertaqwa.Kalian tidak akan pernah rugi.Percayalah..Jangan sia-siakan diri kerana mengejar kesenangan dunia yang fana.Kelak kalian pasti akan ditanya.Malulah dengan apa yang telah dilakukan.Malulah kepada Allah yang menciptakan kalian begitu indah dan sempurna,lalu kalian menggunakannya ke jalan yang batil dan sesat.

Akhirnya,dengarlah duhai wanita..Kita adalah perhiasan dunia,bagai kilau permata di antara kaca..Sayangnya bagai pudar cahaya hingga tiada lagi beza di antaranya.




---> Q.I said : Ya Allah,jadikan ku wanita yang solehah,perhiasan dunia terindah kerana pakaian iman dan malu terpancar dari pekerti yang luhur........Amin...
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI