Masalah hidup : Ada petuanya....


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Anda sedang bermasalah?bakal berhadapan dengan masalah ataupun sebelumnya pernah mengharungi sesuatu masalah...??

Baik,walau apapun keadaan anda,saya ingin mengingatkaan kembali diri saya dan pembaca yang budiman bahawa masalah atau problem ataupun musykilah ialah salah adalah suatu ujian dari Allah sama ada untuk menghapuskan dosa-dosa kita ataupun meningkat darjat kita di sisiNya.Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

(Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar.iaitu orang yang ditimpa musibah,mereka berkata "Innalillahi wainna ilaihi rajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) )

Ternyata selagi kita masih hidup kita akan terus diuji.Bukan bermakna ujian yang dicipta Allah untuk menyusahkan kita,bahkan untuk mendidik kita agar sentiasa menjadi hambaNya yang benar-benar taqwa,malah dengan kesabaran yang lahir hasil dari didikan Allah itu membuahkan sebesar-besar nikmat.Biarpun kita tidak menyedari ganjaran tersebut di dunia,tetapi ianya tetap tersimpan di sisi Allah yang kemudian menjadi penolong kita menghadapi api neraka kelak.Firman Allah juga dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud :

( yang menciptakan mati & hidup,untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya.Dan Dia Maha Perkasa,Maha Pengampun)

Justeru,dalam menghadapi setiap masalah hidup,tentu Allah mengurniakan penawarnya atau alternatif kepada para hambaNya untuk melalui liku-liku ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Allah supaya para hambaNya sentiasa merasa redha dengan setiap takdir yang tertulis untuknya.

Kebetulan saya pernah terbaca mengenai satu kisah dan sekarang saya pula mahu berkongsi untuk anda membacanya.


---------------------------------------------------
(Hassan Al-Basri & pelbagai aduan kepadanya..)

Al kisah.......Suatu hari Hassan Al-Basri dikunjungi seorang lelaki yang mengadu mengenai daerahnya yang kering-kontang kerana dilanda kemarau.

Hassan Al-Basri menjawab : Mohonlah ampun kepada Allah.

Selepas itu,datang lagi seorang rakan yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi Hassan Al-Basri menjawab : Mohonlah ampun kepada Allah.

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan reaksi Hassan ialah dengan mengatakan: Beristighfarlah kepada Allah.

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus,Hassan juga memintanya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya,lalu mereka bertanya mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata : Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka,tetapi berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah Nuh ayat 10-12 yang bermaksud :

(Maka aku katakan kepada mereka,mohonlah ampun kepada Tuhanmu.Sesungguhnya Dia Maha Pengampun,nescaya Dia mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu,mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai)


-------------------------------------------------------------

Nah,lihat..Mudahkan bagi kita untuk menghadapi segala sesuatu yang sulit dan memberatkan jiwa kita.Allah sesungguhnya sentiasa mengetahui keadaan kita,bahkan dia yang mengurniakan dan menciptakan masalah bagi kita,jadi mohonlah petunjuk dan merujuk kepada yang mencipta masalah tersebut dalam pada kita menghadapinya.Tentu kelebihan ini tidak terdapat pada orang selain Islam.Alhamdulilllah beruntunglah & tiada rugi mereka yang betul-betul berpegang dan mengamalkan ajaran yang sebenar.

Jadi,setakat ini dahulu perkongsian ilmiah kita.Mudah-mudahan bermanfaat untuk dijadikan peringatan untuk saya terutama dan para pembaca yang budiman.Wallahu'alam....

" Jika dunia ini persinggahan,mengapa kita tidak banyakkan bekalan untuk teruskan perjalanan,kerana kita cuma ada satu persinggahan "......

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
0 Responses

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI