Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..
Alhamdulillah..Kali ini saya berpeluang untuk mengikuti Majlis Pembacaan Kuttub Sittah Bersama Para Masyaikh al-Azhar Siri II. Program mega anjuran PMRAM ini telah bermula 27 Oktober,2 hari lepas dan masih berbaki lagi 2 hari.
Sangat menakjubkan saya,penyertaan kali ini menjangkau 1000 lebih peserta berbanding tahun lepas,kira-kira 700 lebih. Selain mahasiswa/i Malaysia,turut menyertai ialah mahasiswa/i dari negara Indonesia,Brunei dan Singapor.Saya mendapat makluman, ada yang dari Malaysia sanggup terbang ke Mesir semata-mata untuk mengikuti program Kuttub Sittah. Subhanallah...
Program thaqafah ini menangkis tanggapan bahawa PMRAM tidak menumpukan kebajikan berbentuk ilmu dan thaqafah walhal program PMRAM syumul dan meliputi semua aspek. Penglibatan para Masyaikh al-Azhar juga menunjukkan wujudnya hubungan dua hala yang baik antara PMRAM dan al-Azhar sendiri,bahkan ketika program Kuttub Sittah siri pertama tahun lepas yang telah disabotaj oleh pihak JPMK, Mufti negara Mesir sendiri iaitu Syeikh Ali Jum'ah sanggup turun pada majlis penutupan akhirnya.
Program kali ini dirasmikan oleh Sheikh Ustaz Doktor Muhammad Mahmud Abu Hasyim, Dekan Kuliyah Usuluddin, Kampus Zagazig sebagai pengganti kepada Al-Imam Al-Akbar Sheikhul Azhar Ustaz Doktor Ahmad Muhammad Toyyib.
PMRAM merupakan persatuan induk bagi mahasiswa/i di Perlembahan Nil ini dan telah berusia 80 tahun ketika penubuhannya. Semoga PMRAM terus melangkah ke hadapan membawa agenda mahasiswa Islam untuk ummah.
Bagi yang mahu melihat suasana majlis,boleh lihat video di bawah. Selamat menonton...
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah
Presiden PMRAM menyampaikan hadiah
kepada perasmi