Bawa Balik Pelajar Di Mesir,Bukan Pindah..

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


KUALA LUMPUR, 2 Feb: Hasil daripada komunikasi dengan persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5,000 orang pelajar di Mesir kelmarin, beberapa perkara yang dibincangkan dan mesti diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia lebih 10,000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.

Berdasarkan apa yang sedang berlaku dan kemungkinan yang akan berlaku ke atas semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir, pendirian Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Malaysia menggesa Kerajaan Malaysia membawa balik seluruh pelajar Malaysia di sana, bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir.

“Tindakan ini juga dilakukan oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat situasi di sana yang semakin bahaya,” kata Timbalan Presiden Ilmam, Mohd Farhan Madzlan.
Katanya, kerajaan mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.

“Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka,” katanya.
Menurutnya, maklumat boleh didapati secara langsung dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan Mohd Hazime di talian +20113771841.

Katanya, pihaknya telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu itu untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana yang boleh menghubung:

Mohd Farhan Madzlan (019-2103035)
Syed Toriq, Perlis (013-5190501)
Mohd Nizam Mohd Noh, Kedah (019-5586401)
Ahmad Farizan Abd Hadi, Pulau Pinang (013-6650388)
Zawawi Hasan, Perak (013-5908377)
Syed Abdul Kadir, Selangor (017-7770282)
Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman, Kuala Lumpur (012-3484140)
Norazman Muhammad, Negeri Sembilan (019-6400062)
Zarul Salleh, Johor (019-6813876)
Mohd Saifuddin, Pahang (013-9341730)
Mohd Azizul Hisham, Terengganu (019-9544780)
Abdul Fatah, Kelantan (013-9210960)

“Akhirnya, kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Dan kami akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sumber: Harakah Daily

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Protes Tunisia Merebak ke Mesir

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

POLIS menggunakan semburan air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mendesak Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di Kaherah semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KAHERAH – Sekumpulan aktivis menggunakan rangkaian sosial di Internet bagi meminta tunjuk perasaan diadakan lagi selepas ptotes terbesar diadakan kelmarin sehingga awal pagi semalam.


Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun atas dakwaan rasuah, penindasan dan pengangguran.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri memberi amaran bahawa polis tidak akan berlembut dengan tunjuk perasaan itu.

Ribuan anggota polis ditempatkan semalam di bandar raya ini bagi berdepan dengan tunjuk perasaan yang diilhamkan daripada gerakan demonstrasi di Tunisia sehingga menyebabkan bekas Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri.

Protes di Tunisia itu memuncak selepas seorang peniaga sayur-sayuran membakar dirinya bagi memprotes rasuah yang berlaku di negaranya.

Zine El Abidine dibenci rakyatnya kerana amalan rasuah yang berleluasa dan pembolotan harta oleh kaum keluarga dalam perniagaan manakala kadar pengangguran meningkat di Tunisia.

Protes di Mesir turut berlaku disebabkan kematian seorang lelaki, Khaled Saad yang menurut saksi-saksi dan keluarganya dipukul oleh dua anggota polis di Iskandariah pada tahun lalu.

Polis menyatakan kira-kira 200 anggota penunjuk perasaan ditahan awal semalam dalam pertempuran dengan anggota-anggota pihak berkuasa di sini dan di beberapa lokasi di Mesir.

– Agensi

Link : Kosmo Online

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

I'm Healing...............................

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


It's so hard to explain.......
What I'm feeling..
But I guess it's ok..
Cause I'll keep believing..
There's something deep inside..
A smile can change a life..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

SUARA KEALPAAN

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Panahan mata asa ke hadapan
Sekejap ke kiri sekejap ke kanan
Akhir kembali ke atma qalbu
Sambil memandang jasad berteleku

Batin hebat mengecam perilaku
Puaskah dengan menurut nafsu
Berat rusuk membatu
Berpeluk tubuh meluput sisa waktu

Wahai jiwa yang masih gagah
Bukan renta tidak lemah
Apa korban mu untuk ummah..??
Tidak ingat menggalas amanah
Tidak sedar diri
Melempiaskan nafsu
kepentingan duniawi

Ummat tidak sekali rugi
Jika kau lari dari medan ini
Kau pengecut dan pemalas
Taklifan ini tetap ada pengganti,
 penggalas
Jika kau tega kedunguan
Tunggu sahaja keputusan
Dari Tuhan di hari Keadilan


Syari’ Mahkamah,
Hayyu Sabie’
28 Nov '10


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Ajarkan Ku Mendidik Hati.. : Kisah Antara Sabar dan Mengeluh

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahman...

Pada zaman dahulu, ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan tidak seorang pun yang menyekutuinya ( mempercayai ) aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu.."

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala. Lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun yang mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
--------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Q.I : Ya Rabbi..Afrigh 'alaiyya sobraa... Temukan kesabaran pada jiwaku agar aku tidak bersedih hati terhadap apa yang menimpaku dari hal dunia yang fana...Amin..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI