Larangan Mengumpat

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Seperti firman Allah:
“Dan jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya.” (al-Hujurat: 12)

Kita dilarang ghibah (mengumpat).
Rasulullah s.a.w. berkehendak akan mempertajam pengertian ayat tersebut kepada sahabat-sahabatnya yang dimulai dengan cara tanya-jawab, sebagaimana tersebut di bawah ini:

"Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, iaitu: Kamu membincangkan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bincangkan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bincangkan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa'i)

Manusia tidak suka kalau bentuknya, perangainya, nasabnya dan ciri-cirinya itu dibincangkan. Seperti tersebut dalam hadis berikut ini: "Dari Aisyah ia berkata: saya pernah berkata kepada Nabi: kiranya engkau cukup (puas) dengan Shafiyah begini dan begini, yakni dia itu pendek, maka jawab Nabi: Sungguh engkau telah berkata suatu perkataan yang andaikata engkau campur dengan air laut niscaya akan bercampur." (Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Ghibah adalah keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran. Sebab pengumpatan ini berarti melawan orang yang tidak berdaya.

Ghibah disebut juga suatu ajakan merusak, sebab sedikit sekali orang yang lidahnya dapat selamat dari cela dan cerca.

Oleh kerana itu tidak menghairankan, apabila al-Quran melukiskannya dalam bentuk tersendiri yang cukup dapat menggetarkan hati dan menumbuhkan perasaan. Firman Allah:

Dan jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya; apakah salah seorang di antara kamu suka makan daging bangkai saudaranya padahal mereka tidak menyukainya!!” (al-Hujurat: 12)

Setiap manusia pasti tidak suka makan daging manusia. Maka bagaimana lagi kalau daging saudaranya? Dan bagaimana lagi kalau daging itu telah menjadi bangkai? Nabi memperoleh pelukisan al-Quran ini ke dalam fikiran dan mendasar di dalam hati setiap ada kesempatan untuk itu.

Ibnu Mas'ud pernah berkata: "Kami pernah berada di tempat Nabi s.a.w., tiba-tiba ada seorang laki-laki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang laki-laki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada laki-laki ini: Berselilitlah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus berselilit sedangkan saya tidak makan daging ? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu." (Riwayat Thabarani dan rawi-rawinya rawi-rawi Bukhari)

Dan diriwayatkan pula oleh Jabir, ia berkata: "Kami pernah di tempat Nabi s.a.w. kemudian menghembuslah angin berbau busuk. Lalu bertanyalah Nabi: Tahukah kamu angin apa ini? Ini adalah angin (bau) nya orang-orang yang mengumpat orang-orang mu'min." (Riwayat Ahmad dan rawi-rawinya kepercayaan)

Jadi,jelaslah di sini perbuatan mengumpat ini adalah larangan yang besar dari Allah S.W.T sehingga ditanyakan kepada kita mahukan kalau kita memakan daging saudara kita sendiri..??
Tentu kita sangat-sangat merasa jijik dan tidak sanggup memakannya.Justeru,begitulah kita andaikan bahawa sanggupkah kita menceritakan keaiban saudara kita sendiri??

Semoga kita koreksi sama-sama apa yang telah kita lakukan selama ini.Kadang-kadang kita akui perkara ni terjadi tanpa kita sedar.Mengumpat rakan baik kita sendiri dibelakangnya serta menyatakan keburukannya kepada orang lain.Apatah lagi kepada mereka yang menjadikan budaya mengumpat ini sebagai sesuatu yang rutin.Bahkan jika tidak mempunyai gosip-gosip terkini untuk dijaja kepada " group mengumpat " mereka,hari yang dilalui tidak seronok.Agak pelik saya dengan budaya sebegini.Apa kepuasan yang mereka dapat tidak diketahui.Walhal,dosa hasil umpatan tidak semakin berkurang malah pahala orang yang diumpat semakin bertambah.

Saya tinggalkan anda dengan kalam dari Saidina Ali bin Abi Talib k.w yang bermaksud :

" Seseorang itu menjatuhkan nilai dirinya bila dia mula merasa tamak,dia rela dengan kehinaan apabila dia menceritakan tentang kemiskinan dan kesusahannya.Dia menghinakan dirinya bila dia tidak dapat mengawal lidahnya.."

Kalam dari Saidina Umar bin Al Khattab r.a yang bermaksud :

" Jangan kagum mendengar suara seseorang,tetapi kagumilah orang yang bila diberi amanat dia laksanakan,yang tidak pernah mengganggu orang dengan mulut ataupun tangannya.."

 
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Terusik Hati dengan Aku Cinta Allah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahman..



Ya Allah...Jangan tinggalkanku lagi..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Jom Balik Kampung- Beraya bersama HATI PMRAM 10'

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..



Video Promo HATI PMRAM 10'

Kepada seluruh ahli-ahli PMRAM yang berada di Perlembahan Nil ini,anda dijemput untuk menghadiri Haflah Aidilfitri PMRAM (HATI PMRAM 10') pada 18 september ini di Dataran Haiyyu Asyir.Pelbagai agenda menarik menanti anda disana.... Jom balik KAMPUNG..!!!
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

This is my BIG JOB,,,!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


 Inilah big job yang saya cakap hari itu..  Akan menemui anda tidak lama lagi..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

VIDEO PROMO HEWI'S TOUR 2010

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Lailatul Qadar ; Adakah malam tadi..??

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Hari ni saya rasa hari yang sangat damai.Hampir waktu zohor tadi cuaca di luar agak redup,angin sepoi-sepoi pun nyaman bertiup.. 10 malam terakhir ini,semua orang sibuk mencari lailatul qadr.Mudah-mudahan Allah berkenan menemukan kita dengan malam 1000 bulan ini.Amin..


Sedikit perkongsian ilmiah pada kali ini. 

Adakah Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan?

Lailatul Qadar boleh berlaku pada 27 Ramadhan akan tetapi ia tidak semestinya berlaku pada 27 Ramadhan. Sememangnya merupakan pendapat yang masyhur di kalangan sebahagian umat Islam bahawa Lailatul Qadar jatuh pada 27 Ramadhan. Kemasyhuran ini diulas oleh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah:[1]
Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalah malam 27 bulan Ramadhan. Ubay bin Ka‘ab pernah bersumpah akan hal ini kerana alamat-alamat yang dia lihat. Hal ini juga terkenal di kalangan jumhur kaum Muslimin sehinggakan malam itu (malam 27) diperingati dengan peringatan yang rasmi.
Sebenarnya tidak ada yang meyakinkan dalam hal ini.[2] (Wujud) banyak pendapat yang memberikan ketentuan (kepada bilakah malam Lailatul Qadar). Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyebut sekurang-kurangnya 46 pendapat dalam hal ini. (Di antara pendapat-pendapat tersebut), sebahagiannya dapat dikembalikan kepada sebahagian yang lain. Yang paling kuat adalah ia berlaku pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ia berpindah-pindah (dari tahun ke tahun) sebagaimana yang dapat kita fahami daripada hadis-hadis yang membicarakan masalah ini.

Hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara tepat

Hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara tepat adalah sebagai motivasi kepada umat Islam untuk sentiasa berusaha menghidupkan kesemua sepuluh malam terakhir dengan ibadah dan doa. Seandainya Lailatul Qadar telah ditetapkan pada malam yang tertentu, nescaya umat Islam akan mengabaikan ibadah dan doa pada malam-malam yang lain. Sekali lagi, penjelasan Yusuf al-Qaradhawi menjadi tumpuan kita:[3]
Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja. Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipatgandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah.
Hal ini sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan Nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan.[4]

Beberapa alamat Lailatul Qadar

Di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan tiga alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar:
1.   Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.[5]
2.   Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.[6]
3.   Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik.[7]

Tiga alamat di atas adalah benar. Akan tetapi seseorang itu hanya akan dapat mengetahui secara yakin Lailatul Qadar setelah berakhirnya bulan Ramadhan dengan menganalisa kesemua sepuluh malam terakhir berdasarkan alamat-alamat di atas. Ini kerana alamat-alamat di atas mungkin wujud secara berbeza-beza di antara malam yang berbeza-beza. Sebagai contoh, malam 21 mungkin memiliki alamat sinaran matahari yang tidak terik pada pagi harinya, malam 23 mungkin memiliki alamat suasana yang nyaman, malam 25 mungkin memiliki suasana yang lebih nyaman berbanding malam 23, malam 27 mungkin disinari dengan bulan yang terbit seperti potongan bekas simpanan air manakala malam 29 mungkin memiliki kesemua tiga alamat sekali gus.

Tujuan diterangkan alamat-alamat Lailatul Qadar bukanlah untuk menetapkan malam yang tertentu tetapi sebagai sumber motivasi untuk terus beramal dalam rangka mencari Lailatul Qadar.

Apa yang seharusnya dilakukan pada Lailatul Qadar?

Mulai sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, seseorang itu hendaklah memperbanyakkan solat malamnya. A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila memasuki sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan, beliau mengasingkan diri daripada para isterinya (tidak bersetubuh) dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamulail.[8]

Di samping itu dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan bahawa dia pernah bertanya:

“Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku.”[9]

Demikian pengenalan yang dapat penulis berikan kepada para pembaca sekalian berkenaan Lailatul Qadar. Ringkasnya ia adalah satu malam teristimewa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada kita umat Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Lailatul Qadar berlaku pada salah satu daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Sengaja tidak ditentukan secara tepat Lailatul Qadar untuk memberi motivasi kepada umat Islam untuk sentiasa menghidupkan sepuluh malam yang terakhir tersebut dengan qiamulail dan doa, bukan dengan nyalaan lampu. Malam 27 Ramadhan bukanlah Lailatul Qadar akan tetapi ia adalah salah satu daripada sepuluh malam yang mungkin berlakunya Lailatul Qadar. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUJUKAN

[1]               Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 176.
[2]               Di sini al-Qaradhawi bukannya menolak keterangan Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas kerana apa yang disebut oleh kedua-dua sahabat yang mulia tersebut hanya benar bagi tahun yang mereka alaminya. Ia tidak boleh dijadikan dalil yang menetapkan secara mutlak kerana Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun.
[3]               Fiqh al-Siyam, ms. 176-177
[4]               Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah ialah berdoa dengan menyebut Nama-Nama Allah. Lebih lanjut rujuk buku Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2004.
[5]               Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 1170 (Kitab puasa, Bab keutamaan Lailatul Qadar……)
[6]               Rujuk Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5475.
[7]             Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 762 (Kitab Solat Musafir, Bab anjuran bersolat pada malam Ramadhan……)
[8]             Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 1174 (Kitab Iktikaf, Bab bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir……)
[9]             Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 3119 (Kitab Doa).

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Promote Blog sendiri..???

 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Hari ini saya meluangkan masa untuk posting lagi.Baru saja lepas menyiapkan paperwork saya yang terkini.I have waiting for my big job soon.Plan something new to me and especially for my department.. Erm..Nak cerita story semalam,after i have done posting new article.Macam biasa saya akan send ke list YM saya.Tiba-tiba dengan serentak ada dua orang teman dr YM menegur sambil berjenaka yang saya promot blog sendiri.Heeeeee.. Am I really..?? diorang memang suka kenakan saya..Senyum saya lepas membacanya.Saja nak kongsi,saya balas begitu.

But,what the point is,if anyone ask me later or not,I will answer them that : YES..!! I would like to promote it..  :) hii... Why not..?? Apa yang utama,ia bukan sebab kepentingan peribadi.Ada sesuatu yang saya cuba sampaikan.Macam tu jugak teman-teman saya yang lain yang terjun sama dalam lapangan dakwah ini.Kalau puak kuffar mencanang dan mempromosikan perkara-perkara yang batil secara sangat berleluasa.Wajib bagi kita mempromosi pula sesuatu yang di anjurkan syariat.SECARA BESAR-BESARAN,of course..!!

Perkara-perkara baik,sangat patut kita tonjolkan dalam apa cara sekalipun.. Yang penting jugak,niatnya kerana apa..?? Tanyalah hati sendiri..Pasti hati kita tidak akan menipu..Sebarkan ISLAM seluas-luasnya....Promot..promot....promot...!! Jangan maraa ye... (^_~)Y

Q.I said ; Temui kami di slot pengucapan awam di Madrasah Saidatina 'Aisyah 6 Sept,jam 12.30-2.30 a.m nanti ye.. (Promot lagi ke..??) 


Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Kan bagus kalau macam ni...

 Bismillah ar-rahman ar-rahim..


Dalam saya meninjau apa yang menarik di dalam laptop seorang teman,tiba-tiba saya terjumpa video iklan pendek ini.Iklan ini saya agak ia ditayangkan di siaran televisyen negara Arab Saudi.

Apa yang saya terfikir,selepas melihat video ini,alangkah baiknya kalau tayangan-tayangan berunsur peringatan atau nasihat ini sentiasa berputar di stesyen t.v negara-negara Islam.

Kesan dan pengaruh media ini sangat besar terhadap pemikiran seseorang individu.Oleh yang demikian,antara kaedah berkesan yang digunapakai oleh para orientalis,freemasonry dan lain-lain untuk menyebar kefahaman-kefahaman mereka ialah melalui medium media.Justeru,kalau kita dapati sekarang gerakan-gerakan anti Islam ini telah menguasai keseluruhan media-media dunia.

Jadi,sangat perlu bagi umat Islam untuk berlumba-lumba dengan puak kuffar dalam menyebar kefahaman Islam yang sebenar selain memastikan umat Islam menguasai medium media yang amat mudah diterima oleh semua peringkat.

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI