WANITA : Di antara KACA @ PERMATA..???

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Baru sebentar tadi,ketika saya leka menghadap komputer membuat kerja-kerja saya sambil diiringi lagu 'Dilema' nyanyian Hijjaz,tiba-tiba sahaja hati saya terpanggil untuk menulis pada entry kali mengenai wanita.Mata saya sudah mengantuk,badan sudah penat,seharian sedaya-upaya menyiapkan kerja saya di pejabat,sudah pukul 1.55 a.m tapi saya cuba meluangkan sedikit waktu untuk menulis.Agak tersentuh & sedih apabila saya cuba menghayati liriknya.Amat mendalam sekali mesejnya.Justeru,bangkit semangat saya untuk cuba menukilkan yang terselindung dalam sanubari untuk diterjemahkan buat peringatan saya & para pembaca yang saya hormati.

Ya,wanita sekarang jika diamat-amati..Mereka di antara kaca atau permata.Iman atau nafsu yang memimpin hati dan diri menjadikan wanita itu mulia atau hina di sisi PenciptaNya.Alhamdulillah,wanita yang sedar jiwanya,sedar akan agamanya terpelihara maruah kehormatannya kerana Allah menjadikan wanita itu untuk diangkat martabatnya setinggi-tinggi di sisi agama,untuk dihormati dan dikasihi bukan dizalimi atau didikriminasi.

Tapi,mengapa ya?Wanita sekarang diperhambakan dengan kerelaan mereka sendiri.Bukan seperti zaman Jahiliyyah dahulu,mereka dizalimi tanpa kerelaan dan keinginan oleh kaum lelaki.Bukankah wahyu Nabi s.a.w yang mulia telah menghapuskan keperitan dan tangisan Jahiliyyah lalu.Adakah kaum wanita moden sekarang langsung tidak tahu tentang hal itu atau memekakkan telinga bila diberitahu?? Mangapa wanita muslimah zaman kini sudah hilang cahaya iman di hati,diperbudakkan oleh hawa nafsu,buta jiwa dibuai cinta dunia,rapuh pedoman dan ketegasan memelihara maruah diri??Apakah mereka melakukannya kerana terpaksa atau rela diri??

Mengapa mereka menerima orde dan doktrin barat yang keji dan dusta bahkan bangga meniru wanita-wanita kafir yang hina tiada agama??Wanita berpegang teguh pada Islam ditohmah kononnya mereka jumud dan tiada kemajuan.Berpakaian menutup seluruh tubuh yang ketinggalan zaman.Apa mereka sangka ketinggian harga diri yang cuba dipertahankan para muslimah menjadi rendah tanpa mendedahkan tempat-tempat yang menjadi tarikan dan panahan syaitan kepada kaum lelaki??Sebenarnya wanita yang demikianlah meletakkan harga diri mereka serendah-rendahnya dan menjualnya kepada kaum adam yang rakus dan tiada iman.Ternyata mereka yang tiada maruah tergila-gila cuba menjaja diri kepada yang sudi sedangkan wanita Mukminah itu tiada ternilai harga diri,sangat berhati-hati.

Di mana para isteri Nabi s.a.w yang Allah sudah janjikan syurga buat mereka sebagai tauladan dan idola kepada para wanita Islam zaman kini?? Bukankah wanita merupakan sayap kiri para rijal yang berjuang demi iman mereka serta menjadi pembantu dan penguat jiwa agama mereka,bukannya menjadi penghancur,fitnah dunia dan syaitan yang meleburkan iman.

Ingatlah wahai wanita sabda Baginda s.a.w yang bermaksud :

"Tidak ada fitnah yang ku tinggalkan (dibelakangku) yang lebih besar bahayanya bagi kaum lelaki  dari wanita (itu sendiri) " -  Riwayat Muttafaqun 'Alaih

Dalam hadis lain Baginda s.a.w bersabda lagi :

"Wanita itu tali-temali (jerat) syaitan.Kalaulah tidak kerana syahwat nescaya wanita tidak mempunyai kuasa menundukkan lelaki " - Riwayat At-Tirmizi

Lihatlah,walaupun wanita itu dilihat lemah akal dan kudratnya,tapi dia mampu menundukkan lelaki dengan dirinya.Wanita yang kurang iman pasti mengambil peluang ini untuk kesenangan duniawi mereka.JANGAN KITA LUPA wahai para wanita sekalian,sekalipun kita ada kelebihan tersebut,kaum kita juga yang paling ramai untuk di humban dalam neraka Allah.Na'uzubilah....Kerna apa?? Kerana dosa tangan-tangan kaum wanita kita juga.

WANITA itu FITNAH..segala-galanya Allah ciptakan cantik pada dirinya.Jadi,jangan sekali-kali biarkan syaitan sewenang-wenangnya menggunakan kita demi melemahkan iman kaum rijal,bahkan kitalah yang membantu mereka ke arah taqwa,menjadi pembakar semangat mereka di medan jihad,sayap kiri yang meneguhkan jiwa mereka ketika digoncang.Pendidik zuriat mereka yang melahirkan para mujahid & mujahidah untuk melakar kemenangan agama yang bersejarah.

Duhai para wanita...
Bukanlah syariat itu cuba membebankan dan menyempitkan fitrah kita,tetapi cuba memelihara dan memimpinnya mengikut lunas-lunas agama selaras dengan kepentingan dan keperluan kita.Dalam agama hak-hak kita dijaga.Antaranya harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada kerabat dari kalangan wanita berdasarkan nisob-nisobnya (bahagiannya),fasakh nikah,tebus talak dan pelbagai lagi hak-hak para wanita yang dibela.Mengapa perlu lagi kita berpaling ke arah lembah-lembah yang mencampakkan kita ke daerah yang paling hina?? 

Duhai wanita...Kembalilah ke arah kemuliaan..Kalianlah puteri srikandi harapan agama & bangsa.Contohilah para ummul mu'minin yang solehah dan bertaqwa.Kalian tidak akan pernah rugi.Percayalah..Jangan sia-siakan diri kerana mengejar kesenangan dunia yang fana.Kelak kalian pasti akan ditanya.Malulah dengan apa yang telah dilakukan.Malulah kepada Allah yang menciptakan kalian begitu indah dan sempurna,lalu kalian menggunakannya ke jalan yang batil dan sesat.

Akhirnya,dengarlah duhai wanita..Kita adalah perhiasan dunia,bagai kilau permata di antara kaca..Sayangnya bagai pudar cahaya hingga tiada lagi beza di antaranya.




---> Q.I said : Ya Allah,jadikan ku wanita yang solehah,perhiasan dunia terindah kerana pakaian iman dan malu terpancar dari pekerti yang luhur........Amin...
Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Masalah hidup : Ada petuanya....


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Anda sedang bermasalah?bakal berhadapan dengan masalah ataupun sebelumnya pernah mengharungi sesuatu masalah...??

Baik,walau apapun keadaan anda,saya ingin mengingatkaan kembali diri saya dan pembaca yang budiman bahawa masalah atau problem ataupun musykilah ialah salah adalah suatu ujian dari Allah sama ada untuk menghapuskan dosa-dosa kita ataupun meningkat darjat kita di sisiNya.Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

(Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar.iaitu orang yang ditimpa musibah,mereka berkata "Innalillahi wainna ilaihi rajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) )

Ternyata selagi kita masih hidup kita akan terus diuji.Bukan bermakna ujian yang dicipta Allah untuk menyusahkan kita,bahkan untuk mendidik kita agar sentiasa menjadi hambaNya yang benar-benar taqwa,malah dengan kesabaran yang lahir hasil dari didikan Allah itu membuahkan sebesar-besar nikmat.Biarpun kita tidak menyedari ganjaran tersebut di dunia,tetapi ianya tetap tersimpan di sisi Allah yang kemudian menjadi penolong kita menghadapi api neraka kelak.Firman Allah juga dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud :

( yang menciptakan mati & hidup,untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya.Dan Dia Maha Perkasa,Maha Pengampun)

Justeru,dalam menghadapi setiap masalah hidup,tentu Allah mengurniakan penawarnya atau alternatif kepada para hambaNya untuk melalui liku-liku ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Allah supaya para hambaNya sentiasa merasa redha dengan setiap takdir yang tertulis untuknya.

Kebetulan saya pernah terbaca mengenai satu kisah dan sekarang saya pula mahu berkongsi untuk anda membacanya.


---------------------------------------------------
(Hassan Al-Basri & pelbagai aduan kepadanya..)

Al kisah.......Suatu hari Hassan Al-Basri dikunjungi seorang lelaki yang mengadu mengenai daerahnya yang kering-kontang kerana dilanda kemarau.

Hassan Al-Basri menjawab : Mohonlah ampun kepada Allah.

Selepas itu,datang lagi seorang rakan yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi Hassan Al-Basri menjawab : Mohonlah ampun kepada Allah.

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan reaksi Hassan ialah dengan mengatakan: Beristighfarlah kepada Allah.

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus,Hassan juga memintanya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya,lalu mereka bertanya mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata : Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka,tetapi berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah Nuh ayat 10-12 yang bermaksud :

(Maka aku katakan kepada mereka,mohonlah ampun kepada Tuhanmu.Sesungguhnya Dia Maha Pengampun,nescaya Dia mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu,mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai)


-------------------------------------------------------------

Nah,lihat..Mudahkan bagi kita untuk menghadapi segala sesuatu yang sulit dan memberatkan jiwa kita.Allah sesungguhnya sentiasa mengetahui keadaan kita,bahkan dia yang mengurniakan dan menciptakan masalah bagi kita,jadi mohonlah petunjuk dan merujuk kepada yang mencipta masalah tersebut dalam pada kita menghadapinya.Tentu kelebihan ini tidak terdapat pada orang selain Islam.Alhamdulilllah beruntunglah & tiada rugi mereka yang betul-betul berpegang dan mengamalkan ajaran yang sebenar.

Jadi,setakat ini dahulu perkongsian ilmiah kita.Mudah-mudahan bermanfaat untuk dijadikan peringatan untuk saya terutama dan para pembaca yang budiman.Wallahu'alam....

" Jika dunia ini persinggahan,mengapa kita tidak banyakkan bekalan untuk teruskan perjalanan,kerana kita cuma ada satu persinggahan "......

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

GOLDMAN SACHS & ROTHSCHILD : ZIONIS dalam Ekonomi kita..



Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Goldman Sachs

Sesuatu yang perlu diketahui oleh ahli ekonomi Malaysia ialah penyebab kejatuhan ekonomi Greece baru-baru ini adalah berpunca dari Goldman Sachs. Apakah Malaysia mahu perkara itu terjadi di negara ini?


Goldman Sachs memang sangat berpengaruh dalam penguasaan keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan. Mereka mampu membuli pelabur dan bank-bank tempatan mengikut dasar-dasar zionis mereka tanpa sebarang ancaman.

Di Amerika sahaja kita dapat melihat bagaimana Lehman Brothers yang dikatakan gergasi ekonomi dunia boleh mengikut arahan Lloyd Blankfein (CEO Goldman Sachs) agar memindahkan semua dana bantuan USD5 billion yang diperoleh dari kerajaan Amerika kepada Kementerian Pertahanan Israel.

Pada Oktober 2008, Mexico mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk sehingga mengakibatkan puluhan ribu rakyat berdemonstrasi di jalanan bagi menentang pentadbiran Presiden Manuel Lopez Obrador. Semuanya berpunca dari mainan kotor Goldman Sachs yang menguasai bank-bank tempatan melalui agennya iaitu Menteri Kewangan Mexico yang dikatakan berdarah campuran Argentina-Israel.
Pada 16 April 2010, Suruhanjaya Sekuriti Amerika (SEC) membuat pertuduhan rasmi bahawa Goldman Sachs Group telah menipu sebahagian besar pelabur-pelabur di Amerika melebihi nilai USD1 billion.

Tapi di Malaysia, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SEC) tetap meneruskan lesen kebenaran kepada Goldman Sachs untuk beroperasi di sini.

Pengerusi Goldman Sachs bagi rantau Asia Tenggara ketika hadir dalam satu majlis di Petaling Jaya telah mengeluarkan kenyataan berikut;

“The future outlook for Malaysia’s capital markets and its asset management industry is very positive and through our local presence we look forward to playing a larger role in their development.”

(dinyatakan dalam akhbar The Star, 9 Disember 2009)

Permainan ekonomi dari gengster-gengster Goldman Sachs ini mungkin menjadi lebih mudah kerana syarikat bapa konspirasi mereka, Rothschild Malaysia sudah menetap di Malaysia sejak 2006.

Rothschild Malaysia Sdn. Bhd.

Kemasukan Rothschild di Malaysia bermula dari pembukaan pejabat Rothschild di Singapura pada dengan nama NM Rothschild & Son. Syarikat gergasi tersebut mempunyai seorang wakil Malaysia yang menjadi ahli lembaga pengarahnya iaitu Pn. Rosnah Omar, bekas Pengarah Urusan Bank Bumiputera Malaysia Bhd.



(Gambar atas) Pn. Rosnah Omar (bertudung) juga menganggotai jawatankuasa LOFSA pada 2003.


NM Rothschild & Son (Singapura) memilih Rosnah menyertai mereka pada 1998 kemungkinan disebabkan pengalamannya yang luas dalam bidang perbankan di London dan New York selama lebih 8 tahun dalam syarikat Prudential Bache Securities, Bankers Trust International dan Security Pacific Hoare Govett.

Bermula tahun 2005, NM Rothschild & Son (Singapura) telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dengan melantik beliau sebagai pengarah cawangan. Andaian yang boleh dibuat ialah Rothschild cuba memanipulasi karismatik dan kepakaran rakyat Malaysia ini bagi menaruh kepercayaan kerajaan dalam membawa masuk gengster-gengster bank dari Amerika bagi membuli bank-bank tempatan.

Ini ditegaskan sendiri oleh Rosnah dalam satu ucapannya;

“With our (Rothschild) historical background, strength in M&A, international exposure and role in a growing number of cross-border deals, we believe we can work with local banks.”

Perlantikan Rosnah Omar sebagai Director General bagi Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA) pada Julai 2003 juga merupakan satu perkara yang perlu diperhatikan oleh pakar-pakar ekonomi. Kita sedia maklum bahawa LOFSA berhubung terus dengan Menteri Kewangan memberi laporan dan nasihat dalam pengurusan bank-bank offshore.

Teori PRU 2011 : Pakatan Rakyat VS Rothschild

Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU13 yang dijangka pada 2011, maka realiti pertama yang bakal dihadapi oleh kepimpinan tertinggi ialah pengaruh agen-agen Rothschild yang menguasai sistem ekonomi di Malaysia.

Dengan pengaruh ini, bermakna PR terpaksa menghadapi krisis ekonomi yang bakal dicetuskan oleh gengster-gengster bank dari Rothschild jika sekiranya dasar-dasar ekonomi yang diminta oleh mereka (gengster) tidak dipenuhi oleh kerajaan PR.

Kejatuhan ekonomi mendadak selepas kemenangan PR 2011 akan mewujudkan krisis kepercayaan yang kronik terhadap kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat.

Ilmu ekonomi dunia yang dibina oleh Yahudi Zionis bermula dengan bank. Bank dijadikan sumber kekuatan dan kayu ukur kepada kejayaan ekonomi sesebuah negara walaupun negara tersebut mempunyai minyak. Menguasai bank-bank dalam sesebuah negara bermakna menguasai keseluruhan nyawa ekonomi negara tersebut. Ini kerana bank memegang poket simpanan rakyat dan geran-geran harta rakyat yang dicagarkan.

Kesimpulannya, sekiranya PR menang, ia belum boleh lagi menarik nafas lega kerana seluruh ekonomi Malaysia dikuasai gengster-gengster asing.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PR juga harus meneliti semula mesej ucapan dari Baron David de Rothschild tentang Malaysia pada Mac 2006 lalu;

“This new office reinforces our long term presence and commitment to Malaysia. We have great confidence in the Malaysian economy and look forward to growing our business.”
---------------------------------------------------

P/S : maklumat-maklumat tentang Rothschaild Malaysia tidak sulit, ia boleh didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan majalah-majalah ekonomi tempatan

Sumber : ibnuyaacob.com

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Gambar Yahudi di zaman Hitler & sekarang

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Gambar yahudi di zaman Hitler dan sekarang..
Namun ada satu perkara yang perlu di selidik, bahawa peperangan yang dianjurkan Hitler juga adalah disokong oleh Illuminati bagi mencetuskan Perang Dunia ke-2. Hal ini mampu dijadikan cara untuk meneruskan peperangan demi peperangan. Dunia terus tertipu oleh kaum yahudi dengan konspirasi yang mereka cipta..
http://www.conspiracyplanet.com/channel.cfm?channelid=126&contentid=1109&page=2



(HITLER )////////////////// ( ISRAEL KINI)



































--> Q.I said : Banyak lagi gambar-gambar mereka..Tapi tak diupload..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Siapa Dalang perpecahan UMAT ISLAM???

Sumber : BBC NEWS

Apakah punca perang saudara, huru hara dalam negara dan kejadian bunuh membunuh sesama Islam? ....... Konspirasi Zionis ........

Untuk bahan bacaan tambahan, ada sebuah artikel yang ditulis pada 26 September 2005 oleh Professor James Kurth seorang pensyarah Sains Politik di Swarthmore College. Beliau merupakan pengajar polisi luar Amerika, polisi pertahanan dan politik antarabangsa. Artikel tersebut bertajuk 'Splitting Islam'. Anda boleh baca secara lanjut di sini > (sila copy dan paste ke browser anda)

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Adakah benar Obama adalah Osama??




Link-link yang memaparkan Barrack Obama yang mirip wajahnya dengan Osama bin Laden..

http://michellemalkin.com/2007/10/23/osama-obama-omissions/


http://www.wnd.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=53606


http://www.indianexpress.com/news/osama-speaks-before-obama-does/470902/


http://www.huffingtonpost.com/tag/obama-osama

http://www.buzzfeed.com/jonah/obama-looks-like-osama



Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

ZIKIR pelindung dari azab Allah s.w.t



Rasulullah bersabda : " Tiap suatu itu ada penggilapnya.Penggilap hati ialah Zikrullah.Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah selain dari Zikrullah (mengingat Allah).Sahabat bertanya : Jihad fi sabilillah pun tidak boleh (menandingini)? Jawab Baginda s.a.w : Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai ia patah" (RIWAYAT AL-BAIHAQI)
-----------------------------------------------------



- Ternyata Rasulullah s.a.w menjamin seseorang boleh terselamat dari azab Allah s.w.t hanya dengan zikrullah.



- Dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Al-Baihaqi juga : Telah berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Allah telah berfirman :



" Duhai Hambaku !! Jika engkau mengingatiku dalam keadaan menyendiriAku akan mengingatimu dalam keadaan menyendiri dan jika engkau mengingatiku di hadapan ramai
Aku juga akan mengingatimu di hadapan ramai yang lebih baik dan lebih besar dari keramaian mereka.."



- Begitu besar perhatian Allah s.w.t kepada setiap hamba-hamba yang banyak mengingatiNya..
- Zikir juga menyucikan kekotoran hati-hati manusia dan menghasilkan ketenangan jiwa.Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran : "Ingatlah dengan mengingati Allah.hati-hati akan menjadi tenang"



- Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya hati-hati ini berkarat seperti berkaratnya besi yang terkena air" . Maka sahabat bertanya " Ya Rasulullah bagaimana hendak membersihkannya?" Baginda s.a.w menjawab " Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)



------------------------------------------------
--> Q.I said : Ya Rabbi,bersihkan jiwaku yang kotor dan kurniakan keteguhan hati dan keikhlasan dalam mencari redha dan petunjukMu dalam menghadapi segala sesuatu...

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Iklan Jalanan California kutuk ISRAEL

Sebuah banner besar terpampang di samping gedung San Francisco Chronicle, California, mengutuk serangan Israel terhadap relawan flotilla dan tuntutan diakhirinya blokade Gaza (foto: dok.pribadi)

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Warga Malaysia di Mesir ditangkap disyaki terbabit militan


KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir selepas disyaki terbabit dengan aktiviti militan dan pengganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir, 13 Jun lalu.Ketika ditahan, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41 bersama isteri dan dua orang anaknya berada di lapangan terbang berkenaan untuk menaiki penerbangan pulang ke tanah air.

Beliau berada di negara berkenaan selama sebulan bagi menduduki peperiksaan Syariah pengajian peringkat Sarjananya di Universiti Zamalek namun dimaklumkan mengalami masalah dokumentasi ketika di lapangan terbang itu menyebabkan hanya isteri dan dua orang anaknya dibenarkan pulang.

Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah mengenai penahanan Muhamad Zulkifli oleh pihak berkuasa Mesir itu.

Sila Klik untuk lihat artikel asal. link

--> Q.I said :

- Erm... Tak tahu nak komen macam mana,memang di Mesir siapapun yang disyaki terlibat dengan gerakan Islam akan ditangkap jika dikenal pasti..Allah bersama mereka yang benar berjuang di jalanNya..

- Isu militan di Malaysia,masih hangat lagi diperkatakan.Apakah agenda sebenar mereka menimbulkan isu yang sepatutnya dikaji dahulu apakah benar lagi sahih kewujudan militan tersebut dan perancangan mereka sebelum diwarkan kepada masyarakat umum.

- "Bejuang memang PAHIT kerana syurga itu Manis"

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Janji OBAMA genap setahun pemerintahannya yang lalu....



OBAMA =

O - Originally
B - Born in
A - Africa to
M - Manage
A - America

GENAP setahun lalu, pada Jun 2009, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dilantik ketika itu, Barack Obama, memberi ucapan bersejarah di Kaherah yang kononnya untuk memulihkan hubungan negaranya dengan dunia Islam.

Beliau secara lantang bercakap mengenai cabaran kritikal yang dihadapi Amerika Syarikat di dunia Islam sambil menawarkan paradigma dan permulaan baru untuk menangani hubungan antara AS dengan Islam.


Ucapannya mempunyai mesej yang jelas.


Saya datang ke Kaherah untuk mencari permulaan baru antara Amerika Syarikat dengan masyarakat Islam di seluruh dunia, hubungan berdasarkan kepentingan bersama dan rasa hormat antara satu sama lain dan yang bersandarkan kepada kebenaran serta prinsip keadilan, tolak ansur dan maruah seluruh manusia...” Masyarakat Arab dan Islam menyambut baik ucapan itu sambil menaruh harapan Presiden Amerika keturunan Afrika pertama itu akan bertindak serius menangani cabaran yang dihadapi Asia Barat dan mewujudkan hubungan baru dengan dunia Islam"

Sejumlah besar masyarakat Islam dan Arab juga menyambut ucapannya dengan harapan akan ada perubahan walaupun masih ada yang ragu-ragu. Pada masa sama, ramai di kalangan masyarakat Arab dan Islam yang merasakan lelaki yang nama sebenarnya Barack Hussein Obama akan lebih memahami harapan mereka berbanding pemimpin AS sebelumnya dan pada masa sama, menganggap mereka sebagai rakan, bukan masyarakat kelas bawahan.


Mereka juga berharap Obama menjadi orang yang akan membetulkan kesilapan dan salah guna kuasa yang dilakukan pemimpin AS terdahulu.


Menerusi ucapan itu, Obama meningkatkan harapan bahawa tindakan konkrit akan menyusul. Malah, kumpulan pejuang seperti Hamas, Hizbullah dan Ikhwanul Muslimin mengaku Obama memberi harapan baru dalam dasar luar AS. Tetapi, setahun selepas ucapan itu, realiti dasar Asia Barat pemimpin Amerika itu jelas bertentangan dengan harapan yang diberikannya.


Ramai masyarakat Arab dan Islam percaya beliau gagal mengotakan janji manisnya. Perkataan ‘memerangi keganasan’ tidak lagi digunakan tetapi Teluk Guantanamo masih tidak ditutup. Pada masa sama, Obama meningkatkan peperangan di Afghanistan, Somalia, Yaman dan di beberapa negara Islam lain.


Kempen keamanannya di Palestin menemui jalan buntu dan beliau ‘tewas’ dalam pusingan pertama pertarungannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Janjinya untuk membebaskan penduduk Palestin daripada penjajahan tentera Israel dan membantu mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka tidak mungkin tercapai dalam penggal pertama pemerintahannya. Obama gagal menghalang rejim Zionis membina lebih banyak penempatan Yahudi di wilayah yang dijajah rejim itu. AS, tidak seperti kebanyakan sekutunya di Eropah, khususnya Britain dan Jerman, bertindak begitu lemah berhubung kekejaman Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin yang diketuai Turki hingga menyebabkan sembilan aktivis hak asasi manusia terbunuh.


Ketika masyarakat antarabangsa menyuarakan kemarahan terhadap keganasan tentera Zionis itu dan menggesa supaya sekatan terhadap Semenanjung Gaza ditarik balik di samping mendesak siasatan antarabangsa dilakukan, kerajaan Obama pula cuba mencari alasan untuk mewajarkan keganasan Israel.


Langkah AS itu meningkatkan lagi tanda tanya mengenai kejujuran Obama ketika berucap di Kaherah. Yang terancam dengan pendirian pentadbiran Obama berhubung isu itu bukan saja kredibiliti pemimpin Amerika itu, tetapi juga keselamatan negara itu dan Barat.


Jelas, Obama masih belum berani untuk mengambil langkah bagi memecahkan kebuntuan hubungan Amerika dengan dunia Islam.


Dasar luarnya tidak berubah berbanding Presiden AS sebelumnya dan jika ada tindakan yang dilakukannya, ia lebih bersifat untuk mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk. Tanggapan masyarakat Islam di seluruh dunia ketika ini ialah Obama sama saja dengan pemimpin AS sebelumnya yang tahu bercakap untuk menyedapkan hati dan memberi harapan kosong. Jika beliau benar-benar mahu membaiki kerosakan yang dilakukan pemimpin sebelumnya dan menjalinkan hubungan baru berdasarkan kepentingan bersama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, beliau semestinya mempunyai kesungguhan dan wawasan untuk menggariskan tindakan baru serta memberi tumpuan lebih serius dalam menyelesaikan konflk di Asia Barat, khususnya kesungguhan untuk mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka.



Kecuali beliau berani melakukan demikian, Obama mungkin akan diingati oleh masyarakat Islam sebagai seorang lagi pemimpin Amerika yang hanya tahu bercakap kosong. Lebih buruk lagi, jika keadaan itu tidak diatasi segera, beliau mungkin dianggap sebagai orang yang memburukkan lagi hubungan Amerika dengan Islam.



Bagi masyarakat Arab dan Islam pula, mereka sepatutnya tidak boleh menaruh harapan tinggi terhadap ucapan Obama. Memang benar Obama Presiden AS, tetapi dasar luar Amerika bukan sesuatu yang diputuskan olehnya. Dasar itu ditentukan oleh pelobi Yahudi yang sudah menetapkan dasar berkenaan untuk tempoh masa yang lama hingga menyebabkan setiap Presiden Amerika tidak mampu untuk mengubahnya. - Agensi

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Selesai Tahriri,Esok masuk Kantor...


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Alhamdulillah,baru semalam imtihan tahriri faslu thani berakhir..Hanya tinggal syafawi lagi..Tidak bermakna boleh merdeka sepenuhnya lagi.. :) Iskandariah memang selalu akan syafawi lambat berbanding Kaherah..Mansurah lagi hebat tahun ni..Rata-rata pelajar sudah hampir habis imtihan,tapi mereka di Mansurah masih tak dapat duduk diam dan tenang sebab Luhgah Injliziyyah diadakan semula 13 Julai ni..Apapun,mudah-mudahan kita semua memperoleh kejayaan dalam imtihan kali ini..Aminn..

Esok pula,InsyaAllah akan terbang ke Cairo..Masuk kantor..Taklifan menanti saya.... Dalam kesibukan menghadapi imtihan,amanah tidak boleh diabaikan.. Nusrah Allah saya harapkan,mudah-mudahan segala-galanya berjalan baik.Sudah tentu tamat imtihan saya dan sahabat perjuangan terus syaghal dengan tugas-tugas Islam..

Tahun ni pula,merupakan tahun terakhir..Jika diizinkan Allah,saya dan sahabat perjuangan akan menamatkan pengajian dan akan pulang..Agak cemburu saya mendengar teman-teman yang sudah sibuk menempah tiket balik ke tanah air dan ke sana-sini membeli hagah untuk yang tersayang..Al-Maklumlah,dah 3 tahun di sini.

Walau apapun,saya masih punya perancangan dan taklifan yang perlu diselesaikan di sini..Terima kepada mak abah atas doa yang tak pernah putus-putus.Itulah antara sumber utama kejayaan anakmu di sini..

--> Q.I said: Apa khabar tanah airku.............??

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

Wasiat kepada Saad Bin Abi Waqas







Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Wasiat ini adalah daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a kepada Saad bin Abi Waqas yang merupakan panglima perang tentera Islam ketika itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Adapun sesudahnya,maka aku wasiatkan kepadamu dan kepada orang yang bersamamu dari para tentera,agar bertaqwa kepada ALLAH S.W.T pada setiap keadaan kerana bertaqwa kepada Allah itu persiapan terutama untuk menghadapi musuh dan strategi terkuat dalam peperangan.Dan aku perintahkan kepadamu dan tentera yang bersamamu agar lebih menjaga diri dari maksiat daripada musuh kamu,kerana dosa tentera itu lebih menakutkan bagi mereka dari musuh mereka.Dan sesungguhnya kaum muslim itu menang kerana kemaksiatan musuh mereka terhadap Allah.

Seandainya bukan kerana itu,maka kita tidak mempunyai kekuatan mengalahkan mereka,sebab jumlah kita tidaklah seperti jumlah mereka dan perlengkapan mereka.Apabila kita sama dengan mereka dalam maksiat,maka mereka mempunyai kelebihan atas kita dalam hal kekuatan.Maka bila kita tidak dapat memenangi mereka dengan keutamaan kita,maka kita pun tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.."


-------------------------------------------------------------------------------------------

Wahai para Mujahid/ah yang membantu agama Allah S.W.T dan berjihad di jalanNya
Ingatlah bahawa...

- Bertaqwa & meninggalkan maksiat itu merupakan kekuatan terbesar kita menghadapi musuh Allah swt & muslimin.

- Maksiat itu penghijab kepada pertolongan Allah.

- Ingatlah,walau betapa ramai bilangan tentera musuh & sekuat manapun mereka dan kelengkapan mereka,kekuatan bala tentera Allah dan kekuasaanNya itu lebih dari segalanya.

- Sejarah telah merakamkan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi memilih tenteranya yang bangun solat di tengah malam dan Sultan Al-Fateh dan tenteranya adalah pasukan perang terbaik yang disabdakan Baginda s.a.w kerana ketaqwaan mereka.

- Para Mujahid/ah yang benar taqwanya dan ikhlas mempunyai kelebihan berbanding tentera musuh kerana penolong kita adalah Allah s.w.t.




--> Q.I said: Semoga berpedoman buat diri ini,mudah-mudahan taqwa,ikhlas & thabat..Amin..

Melakar Cinta Firdausi,InniAkhafullah

GELOMBANG KEADILAN



InniAkhafullah

KADER DAKWAH



"Jika dakwah adalah nafas yang terhembus di setiap saat,
maka jagalah ia,agar ia tetap terhirup & kita tetap hidup kerananya...
Jika dakwah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan,
maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan pencak...
Jika dakwah adalah jalan yang panjang,
maka janganlah berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yang terang-benderang.....
Jika dakwah adalah bunga,maka sebarkanlah rekahannya agar ia terus menebarkan wangi ke seluruh penjuru dunia
"

.::KENALI PIMPINAN PMRAM SESI 2010::.

.::Video Lagu Rasmi PMRAM::.

Related Posts with Thumbnails

Followers

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.:: ARMA ADALAH HAK KITA..!! ::.

.::Zon Chat::.

.::Ahlan Wasahlan::.


MELAKAR CINTA FIRDAUSI